Monday 2 July 2012

07. ELAINE CHANG HOW YUEN 郑皓妍





1.BIODATA DIRI




NAMA                                   :      郑皓妍(中) ELAINE CHANG HOW YUEN (英)
NO. KAD PENGENALAN  :      920806-12-5630
NO. MATRIK                        :      IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 007
OPSYEN                              :      PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT                              :      NO 17.LRG BUAH PALA 2,TAMAN 
                                                     NELLY PHASE 1,
                                                     KOLOMBONG 88450,SABAH. 
TELEFON                            :      010-937-5526
EMAIL                                  :       elaine9286@hotmail.com /
                                                      howyuen9286@gmail.com




2.SURAT TAWARAN



3.PENCAPAIAN AKADEMIK


Kursus Sains Sukan tahap Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan







4.PENCAPAIAN KOKURIKULUM


TAHUN 2008


WAKIL NEGERI SUKAN WUSHU KE SUKAN MALAYSIA (SUKMA) TERENGGANU


TAHUN 2009

WAKIL DAERAH SUKAN WUSHU KE SABAH GAMES(SAGA)




TAHUN 2010


UJIAN GIMNASTIK BERKUMPULAN PJK




TAHUN 2011




友谊花开硬笔书法比赛


PERSEMBAHAN PESTA ANGPAU




PAMERAN KEBUDAYAAN KAUM CINA




TAHUN 2012

KAGUM KEBANGSAAN PERLIS 









5.PROGRAM BINA INSAN GURU



LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU
PISMP (SJK (C) PC2 JANUARI 2012

            Program Bina Insan Guru ini merupakan satu program di mana para guru diberi peluang untuk membina akhlak, memupuk semangat juang yang tinggi,  mempunyai tahap ketahanan mental dan fizikal menyumbang tenaga dan pengetahuan kepada diri, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai – nilai keguruan. Objektif program B.I.G adalah ingin menunjukkan dan mengetahui ciri – cirri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Di samping itu, guru pelatih juga dapat menguasai kemahiran asas interpersonal, kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan dan efektif. Bukan sahaja itu, program tersebut boleh juga memperkembangakan potensi guru pelatih sebagai insane melalui pembinaan kendiri dalam semua aspek tugas pada masa yang akan datang.
            Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya telah menganjurkan program Bina Insan Guru, iaitu program B.I.G di Pusat Kokurikulum Sabah, Kem Malanggang Kiulu, Tuaran pada tahun ini. Program tersebut selama 4 hari 3 malam, bertarikh  20 Februari hingga 23 Februari 2012. Para peserta program tersebut merupakan opsyen PISMP Pengajian Cina kumpulan 2. Opysen ini terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki serta 18 orang perempuan. Program ini diketuai oleh Encik Abdullah Muhammad selaku Kem Komandan Program BIG 2012.
Oleh sebab bilangan bas IPG kami tidak mencukupi, masa bertolak ke destinasi telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama adalah jam 6.30 awal pagi manakala sesi kedua adalah jam 10.30 pagi. Selepas sampai di Pusat Kokurikulum Sabah, kami diberikan taklimat tentang cara mendirikan khemah dengan tepat. Seterusnya, kami mendirikan khemah tersebut mengikut kumpulan yang telah kami bahagi sebelum itu. Kami telah menggunakan setengah jam untuk mendiri dan mengemas khemah kami masing – masing.
Setiap hari, kami dikehendaki bangun pada pukul 5.30 pagi untuk menghadirkan kelas moral. Selepas itu, kami diwajibkan untuk mengawad kaki dengan iringan Encik Abdullah Muhammad. Selepas berkawad, kami pun menikmati sarapan yang disediakan oleh pelajar – pelajar yang bertugas.
            Pada hari pertama, kami memulakan aktiviti pertama iaitu mengembara ke KG Tombung. Kami telah mendaki gunung selama dua jam dari Pusat Kokurikulum Sabah. Semasa sampai di checkpoint, kami telah mempelajari cara untuk memasak dengan tanpa gas dengan menggunakan baatu serta ranting –ranting pokok. Kami juga telah menyediakan nasi putih, ikan sardin dan kari ayam kepada pensyarah – pensyarah. Selepas itu, kami pun bertolak balik ke  khemah dengan berjalan kaki juga.
            Pada hari kedua pula, kami menyertai acara berkayak iaitu “rafting” dalam Bahasa Inggeris. Kami telah dibahagikan ke dalam kumpulan untuk menjalani aktiviti tersebut. Kami berasa sangat genbira kerana ini adalah kali pertama kami semua berkayak. Walaupun kami berasa amat penat, tetapi ini merupakan salah satu pengalaman yang baik bagi kami. Pada malam tersebut, kami juga mengadakan malam bakat di dewan Pusat Kokurikulum Sabah.
            Pada hari ketiga, kami semua mengemas barang – barang dan khemah kami untuk bertolak balik ke IPG.
           
GAMBAR – GAMBAR


Ini merupakan khemah yang didirikan oleh kami diri sendi
ri pada hari pertama perkhemahan B.I.G.


Gambar tersebut menunjukkan kumpulan saya iaitu kumpulan 8 semasa makan di kantin Pusat Kokurikulum Sabah.


Gambar di atas menunjukkan semasa kami semua melakukan senaman pada awal pagi.




Gamabar ini diambil semasa kumpulan kami melawati salah satu keluarga orang Kadazan Dusun semasa mengembara.


Gambar ini menunjukkan keadaan semasa kami berjalan melalui jambatan gantung.





Monday 25 June 2012

17. Pua Xin Yee

1. BIODATA DIRI

NAMA                                   : 潘欣怡(中)
        PUA XIN YEE(英)
NO. KAD PENGENALAN  : 921014-12-5258
NO. MATRIK                        : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 017
OPSYEN                              : PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT                              : Kg. Bambangan, Jln. Kiansom, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
TELEFON                            : 016-8351320
EMAIL                                  : xinyee_14@hotmail.com

2. SURAT TAWARAN


3. PENCAPAIAN AKADEMIK


4. PENCAPAIAN KOKURIKULUM

2012
  • 红包大会串 (灯笼舞)
  • 友谊花开 (硬笔比赛)
  • 特殊班级学校探访
  • 慈济环保讲
2011
  • 友谊花开 (硬笔比赛)
  • 中华文化展
2010
  • 中秋晚会(宫廷舞) 
KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PERTANDINGAN TULISAN CANTIK



5. PROGRAM BINA INSAN GURU

Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) 2012
PISMP Pengajian Cina Semester 1

        Pada 20 Februari – 23 Februari 2012, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Para peserta program ini terdiri daripada 5 kelas, iaitu PISMP Pengajian Cina Semester 1 Kumpulan 1 dan 2, PISMP TESL Semester 1 Kumpulan 1, 2 dan 3. Program BIG ini disertai seramai 122 orang, iaitu seramai 47 orang guru pelatih daripada PISMP Pengajian Cina dan 75 orang guru pelatih daripada PISMP TESL. Program ini diketuai oleh Encik Abdullah Muhammad selaku Kem Komandan Program BIG 2012. Saudara Minarldo James Unggau telah dilantik sebagai pengerusi program BIG.

            Program Bina Insan Guru ini merupakan satu program di mana para guru diberi peluang untuk membina akhlak, semangat juang yang tinggi dan mempunyai tahap ketahanan mental dan fizikal untuk menyumbang tenaga dan pengetahuan kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Tujuan utama program ini adalah untuk memastikan para guru pelatih dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi dalam kalangan peserta Program BIG ini. Selain itu, diharap para peserta juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang ada untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran pada masa depan nanti.   Program ini diharap dapat melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kemantapan sahsiah yang tinggi dan profesionalisme yang unggul dalam menghadapi cabaran pendidikan arus globalisasi dunia tanpa sempadan.

            Antara objektif Program Bina Insan Guru ini adalah untuk menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Objektif kedua ialah untuk melatih para guru pelatih meningkatkan ketahanan fizikal, mental dan semangat juang. Seterusnya adalah untuk menguasai kemahiran asas interpersonal dan menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. Objektif yang terakhir bagi Program Bina Insan Guru ini adalah untuk memperkembangan potensi para guru pelatih sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.
Isnin, 20 Feb 2012

            Sebelum mulanya Program Bina Insan Guru ini, para guru pelatih telah banyak kali bermesyuarat untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan. Para guru pelatih telah dibahagikan kepada 10 kumpulan supaya aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Setiap kumpulan juga mengadakan perjumpaan masing-masing untuk membincangkan tugas-tugas kumpulan sendiri dan persembahan yang akan dilakukan pada malam bakat nanti. Pada hari yang pertama, kumpulan 1-7 telah bertolak terlebih dahulu ke Kem Malanggang Kiulu, Tuaran pada jam 8 pagi. Manakala kumpulan 8-10 pula bertolak ke destinasi pada jam 10:30 pagi. Mentor kami iaitu Encik Mohd. Fauzi Hj Alwee turut mengiringi dalam program ini.

            Semua peserta telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di dewan terbuka Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Taklimat tentang peraturan-peraturan, penyediaan tapak, ikatan asas dan cara mendirikan khemah telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah kepada kami semua. Selepas itu, para guru pelatih diberi masa selama 15 minit untuk mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Semua khemah berjaya didirikan dengan lancar sekali dalam masa yang pendek. Seterusnya kami telah dipanggil oleh ketua kem untuk berbaris serta berkumpul semula di tapak perhimpuan untuk aktiviti kawad kaki. Aktiviti sukantara telah dijalankan mengikut sukan divisi masing-masing, antara aktiviti yang telah dijalankan ialah larian 60 meter, lontar peluru dan lompat tinggi.

            Pada pukul 6 hingga 9 malam, kami diberi masa untuk pengurusan diri seperti minum petang, mandi dan bersiap sedia untuk solat berjemaah. Masuk sahaja waktu Maghrib, semua peserta yang beragama Islam dikehendaki berada di surau untuk menunaikan kewajipan dan diselangi dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Syahir Ismail. Bagi peserta bukan beragama Islam, aktiviti mereka bersama tutor mengenai topik-topik berkenaan aktiviti moral. Pada pukul 9 hingga 10.30 malam bermulanya sesi “Ice Breaking” di dewan Kem Malanggang Kiulu. Melalui aktiviti ini, kumpulan PISMP Pengajian Cina telah lebih berkenalan dengan kumpulan PISMP TESL selaras dengan objektif Program Bina Insan Guru ini.

            Lebih kurang pukul 11 malam, sebelum kami bersiap ke tempat tidur, satu kod rahsia diperlukan secara berbisik untuk memastikan keselamatan kami terjamin agar tiada orang yang tidak dikenali masuk ke kawasan perkhemahan kami lebih-lebih lagike kawasan kem. Dengan adanya kod rahsia berjaga malam ini, para peserta dapat mengenal pasti rakan-rakan peserta kursus dengan menyebut kod yang dirahsiakan itu. Selesai dengan kod, ahli jawatankuasa keselamatan memberi maklumat mengenai tugasan berjaga malam yang telah disediakan mengikut masa yang ditetapkan dari pukul 11 hingga 5 pagi secara bergilir-gilir. Menjelang subuh peserta yang bertugas mengejutkan peserta-peserta program yang lain untuk membuat pengurusan diri dan solat subuh berjemaah beserta dengan tazkirah bagi peserta muslim.
           
Selasa, 21 Feb 2012

            Pada jam 5:30 pagi, kami telah bangun untuk membersihkan diri. Peserta yang beragama Islam berjemaah solat Subuh dan juga tazkirah manakala peserta yang bukan beragama islam pula menghadiri aktiviti moral. Selepas selesai sahaja solat Subuh, beberapa peserta bertugas untuk menyediakan sarapan pagi manakala peserta-peserta yang lain pula meneruskan dengan aktiviti yang pertama iaitu Malaysia cergas dengan aktiviti senaman dan nyanyian empat buah lagu seperti biasa yang diketuai oleh pengerusi iaitu saudara Minarldo James Unggau. Selepas itu, kami diberi rehat untuk bersarapan sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu aktiviti kembara.

            Selepas bersarapan, kami mendengar taklimat daripada ketua jurulatih bersama dengan ketua komanden, fasilitator, semua jurulatih aktiviti dan mentor-mentor kami untuk penerangan mengenai aktiviti darat iaitu “Jungle Trekking” yang akan kami lakukan. Aktiviti kembara ini merupakan aktiviti merentas hutan sekitar Sungai Kiulu. Para guru pelatih akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan telah dibekalkan dengan 4 bungkus maggi, 7 tin sardin, 1 bungkus kecil beras dan 6 bekas aluminium untuk aktiviti memasak. Aktiviti kembara hutan dimulakan selepas selesai taklimat. Para guru pelatih perlu memerangi satu jambatan gantung yang panjang sebelum tiba di Kampung Tombung. Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan kajian sosio-ekonomi di kampung tersebut.

            Dalam sepanjang aktiviti kembara hutan tersebut, para guru pelatih akan  meredah bukit dan lurah yang cerun dancuram, serta kawasan batuan yang licin dan berbahaya. Seterusnya, kami meneruskan lagi perjalanan ke  tebing sungai agar dapat melaksanakan tugas memasak nasi dan mi segera di dalam bekas aluminium yang disediakan dengan menggunakan bahan-bahan alam sekitar. Setiap kumpulan telah berusaha untuk menghidupkan api dan memasak makanan dalam masa yang ditentukan. Selepas aktiviti memasak ini selesai, para guru pelatih bertolak pulang ke Kem Malanggang Kiulu. Aktiviti kembara hutan ini telah mengambil masa lebih kurang 4 jam. Para guru pelatih tiba di kem pada jam 4pm dan diberi masa untuk membersihkan diri serta minum petang.

            Selepas selesai makan malam pada jam 9pm, para guru pelatih telah menjalankan latihan dalam kumpulan yang pertama yang berkaitan dengan mengenali potensi diri. Seperti malam yang sebelumnya, para guru pelatih telah menjalankan tugas menjaga malam mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan. Pada malam ini, saya telah ditugaskan untuk berjaga malam atau dikenali sebagai “santri”. Saya selaku ketua menjaga malam pada jam 12 hingga 1 pagi telah memastikan tugas ini dijalankan oleh ahli menjaga malam yang lain dengan baik dan sempurna.

Rabu, 22 Feb 2012

            Pada hari ketiga iaitu Rabu, 22 Februari, tepat pukul 5.30 pagi kami dikejutkan dengan suara pengerusi supaya kami bersiap untuk membuat pengurusan diri bagi melaksanakan jadual dan aktiviti yang telah ditetapkan. Pukul 6.30 hingga 7.30 pagi kami berkumpul di lapangan untuk mengira bilangan peserta yang ada. Kami meneruskan aktiviti dengan kawad kaki dan nyanyian 4 buah lagu. Senaman telah dilakukan oleh para guru pelatih dengan bimbingan beberapa orang wakil guru pelatih. Beberapa guru pelatih juga telah ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi semasa aktiviti senaman dilakukan.

            Selepas itu, semua guru pelatih telah dibahagikan kepada 15 kumpulan yang terdiri daripada 6-8 orang dalam satu kumpulan. Kemudian, guru pelatih yang mahir berenang telah diarah untuk menjadi ketua bagi setiap kumpulan supaya boleh menyelamatkan guru pelatih yang tidak pandai berenang jika berlaku sebarang kemalangan. Guru pelatih bertolak ke Kiulu White Water Rafting dengan menaiki bus yang telah disediakan. Taklimat keselamatan dan cara-cara berkayak telah diberikan oleh jurulatih di situ sebelum aktiviti air dimulakan. Jaket keselamatan dan topi keledar telah disediakan oleh pihak berkenaan dan dipakai oleh setiap guru pelatih untuk keselamatan.
            
             Kayak merupakan salah satu aktiviti air yang mengkehendaki para guru pelatih untuk menggunakan kemahiran berkayak disamping membina daya stamina yang tinggi untuk mendayung kayak tersebut. Keceriaan dapat dilihat pada setiap wajah peserta kerana kebanyakan daripada mereka sangat menanti-nantikan aktiviti ini. Selepas berkayak selama 1 jam, semua guru pelatih berhenti di tebing sungai dan melakukan aktiviti “body rafting”. Aktiviti ini boleh membantu para guru pelatih menangai ketakutan terhadap air dan meningkatkan keyakinan diri semasa berada di dalam air selain daripada keseronokan yang diperolehi melalui aktiviti ini. Seterusnya, guru pelatih telah bersinggah di perhentian untuk menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak berkenaan.

            Aktiviti berkayak berjalan lebih kurang 5 jam, dan kami tiba di kem pada jam 4pm. Seterusnya, guru pelatih yang beragama Islam telah menunaikan kewajipan manakala guru pelatih yang bukan beragama Islam telah membuat pengurusan diri seperti mandi dan minum petang. Selepas itu, setiap kumpulan telah diberi masa untuk menjalankan perbincangan dan membuat latihan bagi persembahan yang akan dilakukan pada malam bakat nanti. Selepas makan malam, mulalah malam bakat yang dijalankan di dewan Kem Malanggang Kiulu dengan kehadiran semua jurulatih, mentor dan pensyarah. Persembahan yang ditonjolkan pada malam tersebut penuh dengan pengisian dan juga jenaka-jenaka yang mencuit hati. Kami juga berasa terhibur dan berpuas hati dengan persembahan yang telah kami laksanakan.

            Malam Bakat tamat pada jam 11:30 malam dengan lancar sekali. Selepas itu, para guru pelatih mengemaskan dewan untuk persiapan bagi majlis penutupan pada hari esok iaitu 23 Februari 2012. Kumpulan 1 dan 2 telah ditugaskan untuk membersihkan semua alatan yang digunakan di dapur selepas malam bakat selesai. Guru pelatih yang lain turut membantu mereka supaya kerja tersebut boleh disiapkan dengan cepat. Tugas menjaga malam turut dijalankan seperti biasa oleh mereka yang telah ditugaskan.

Khamis, 23 Feb 2012

            Menjelang subuh hari Khamis 23 Februari iaitu 5:30 pagi, para guru pelatih yang beragama islam bersolat subuh secara berjemaah dan manakala yang lain pula membuat pengurusan diri. Selesai sarapan dan membuat pengurusan diri, kami diminta untuk berada di dalam dewan Kem Malanggang Kiulu untuk aktiviti yang terakhir iaitu majlis penutupan BIG. Sebelum majlis penutupan dijalankan, pengerusi bagi Program Bina Insan Guru telah memberi sedikit arahan kepada kami semua supaya majlis ini berjalan dengan lancar. Kemudian, semua guru pelatih pun mengambil tempat duduk mengikut kumpulan masing-masing.

            Pada jam 8 pagi, tibalah para jurulatih dan mentor, dan akhir sekali ialah Encik Syam yang akan merasmikan majlis penutupan BIG. Majlis penutupan dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Guru Malaysia dan Lagi IPG. Selepas itu iailah bacaan doa bagi mengucapkan kesyukuran atas kesempurnaan yang diberikan oleh-Nya. Majlis penutupan diteruskan dengan ucapan daripada penghulu dan Kem Komandan iaitu Encik Abdullah Muhammad. Akhir sekali, Encik Syam memberikan ucapan perasmian penutupan maka Program Bina Insan Guru telah tamat dengan sempurnanya.
           
            Selepas itu kami diberi arahan untuk berkemas-kemas meninggalkan tapak kem dan bekerjasama mengumpulkan barang-barang yang telah digunakan seperti khemah, peralatan memasak dan sebagainya untuk dipulang semula ke stor peralatan untuk kegunaan dan kemudahan akan datang. Selesai dengan itu, peserta-peserta mula membuat pergerakan perjalanan pulang ke asrama setelah jam menunjukkan pada pukul 9 pagi. Terdapat masalah pengangkutan pada masa itu dan menyebabkan 4 orang daripada setiap kumpulan dikehendaki balik ke institut lebih awal. Hal ini demikian kerana pihak institut menghadapi masalah kerosakan bus yang kedua. Manakala para guru pelatih yang lain pula ditugaskan untuk menurunkan khemah sementara menunggu bus untuk balik ke asrama. Akhirnya semua aktiviti yang dilakukan telah berjaya dilaksanakan dari awal hinggalah tamatnya program Bina Insan Guru.

Laporan disediakan oleh,                                                          24 FEBRUARI 2012

      xinyee
..................................................................................
(PUA XIN YEE)
Guru Pelatih Ahli Kumpulan Ketiga
PISMP PC 2 Semester 1
Ambilan Januari 2012
IPG Kampus Gaya. 


GAMBAR PROGRAM BINA INSAN GURU (B.I.G)