Sunday 27 May 2012

3 CHIENG ZHIN LI


BIODATA


                                                         


NAMA                                  : 钱劲利(中)        CHIENG ZHIN LI(英)
NO. KAD PENGENALAN  : 920731-13-6297
NO. MATRIK                       : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 003
OPSYEN                              : PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT                              : Lot 675, Lorong 1, Jalan Manggis, 96100 Sarikei, Sarawak
TELEFON                             : 014-6737412
EMAIL                                  : zhinli_92@hotmail.com


SURAT TAWARAN















PENCAPAIAN KOKURIKULUM

2012
1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛

2. 红包大会串-祈雨舞

3. 慈济环保讲座

4. 教具展览 
  


2011

1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛

2. 亚庇饥饿30自办营





2010

1. Sabah Youth National Forum (SYNF)




PROGRAM BINA INSAN GURU (B.I.G)


Gambar-Gambar











Laporan Program Bina Insan Guru Di Kem Malangang, Kiulu

Pada 20 Februari 2012, seramai 122 orang guru pelatih dari PISMP Sem 1 berserta dengan pensyarah pembimbing dari IPG Kampus Gaya telah melaksanakan Program Bina Insan Guru di Kem Malangang, Kiulu selama 4 hari 3 malam. Oleh sebab institut kita hanya memiliki 2 buah bus dan tidak dapat memuatkan semua guru pelatih, maka kami telah dibagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama bertolak pada pukul 7.30 pagi manakala kumpulan kedua bertolak pada jam pukul 11 pagi. Perjalanan ke Kem Malangang mengambil masa sebanyak 1 jam 15 min.  Matlamat program Bina Insan Guru adalah berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Terdapat juga banyak objektif melaksankan program ini. Antaranya adalah seperti menunjukkan dan mengetahui cirri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama, memiliki ketahanan fizikal dan semangat juang, menguasai kemahiran asas interpersonal, menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan dan memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan peniilaian  kendiri dalam semua aspek bertugas.  
                Apabila sampai di sana, kami telah disambut oleh Penolong Pengarah Kem Malangang serta bersama dengan beberapa orang pengawai. Selepas itu, kami dikumpul di dewan dan diberi taklimat berkaitan dengan lokasi Kem Malangang, tempat larangan bagi para guru pelatih, mengenai kebersihan dan sebagainya. Selepas itu, taklimat berkaitan dengan bagaimanan membina khemah telah diberikan oleh pengawai di sana. Selepas taklimat, guru pelatih diberi khemah dan membina khemah mengikut tunjuk ajar yang telah diberi dalam taklimat. Kami telah mengambil masa selama 15 min untuk membina khemah. Akhirnya semua guru pelatih telah berjaya mendirikan khemah dan disusun dengan teratur.
            Aktiviti seterusnya adalah kawad kaki. Komander yang tegas telah memberi arahan. Kami berkawad secara asas sahaja. Selepas itu, sukan tara telah dianjurkan. Terdapat 3 acara dalam sukan tara tersebut iaitu lari pecut 60m, lontar peluru dan lompat tinggi. Semua guru pelatih telah melibatkan diri dalam sukan tara. Selepas sukan tara, tibalah masa untuk pengurusan diri. Selepas itu, guru pelatih muslim bersembayang di masjid manakala bagi bukan muslim, sesi moral telah dijalankan di kantin. Selepas makan malam, aktiviti ice-breaking telah dijalankan. Guru pelatih bermain beberapa permainan kecil seperti “angin bertiup” dan sebagainya. Selepas itu, Pn Rahmah Ag. Besar, kaunselor  IPG Kampus Gaya telah memberi ceramah. Beliau telah memberi sekeping kain dan menyuruh kami melakar dan melukis sebuah bendara yang menjadi lambang kumpulan masing-masing. Pada waktu malam, guru pelatih telah dibagikan kepada beberapa kumpulan yang akan menjalankan bertugas sebagai penjaga malam. 
            Pada hari kedua, selepas melakukan aktiviti senam robik, menaikkan bendara dan menyanyikan Lagu Patriotic, Institut  dan Negaraku, ceramah berkaitan dengan aktiviti darat iaitu berkembara telah diberikan oleh En. Abdullah Muhammad, Pensyarah IPG Kampus Gaya. Beliau telah memberikan tugasan-tugasan yang akan kita buat sepanjang berkembara. Contoh kami disuruh melukis peta sepanjang aktiviti berkembara, mengira jarak, melawati ke rumah orang tempatan dan sebagainya. Kami telah mengambil masa selama 4 jam dalam menghabiskan perjalanan kita. Bentuk muka bumi yang berbukit bukau, berbatu bata telah mengkaji dan mencabar ketahanan kita. Dalam separuh perjalanan, kami telah menjalankan aktiviti memasak dalam hutan. Kami diberi dua setengah gelas nasi, 7 bungkus Maggie mee dan 7 tin makanan tin. Pada waktu malam, semua kumpulan diberi masa untuk membentangkan bendara yang telah kami lukis.
            Pada keesokan hari, aktiviti air iaitu berayuh telah dijalankan. Kami telah dibagikan kepada 12 kumpulan dan dalam setiap kumpulan akan diketuai oleh guru pelatih yang pandai berenang. Kami menaiki bus pergi ke Pukak dan aktiviti berayuh dijalankan di sana. Sebelum berayuh, kami telah diberi taklimat yang berkaitan dengan keselamatan, cara berayuh dan sebagainya. Kami telah mengambil masa kira-kira selama 4 jam menjalankan aktiviti berayuh. Selain itu, kami juga diberi peluang untuk melakukan “body rafting”. Pada waktu malam, aktiviti malam bakat telah dijalankan. Banyak persembahan seperti lakonan, bersajak, tarian dan nyayian telah dipersembahkan oleh guru pelatih.


            Pada hari keempat, iaitu hari terakhir kami berada di Kem Malangang, masjlis penutupan telah dibuat pada waktu pagi. Kami telah membuat refleksi mengenai aktiviti yang telah kami jalankan dan juga apa yang telah kami mempelajari dalam Program Bina Insan Guru tersebut. Selepas menurunkan khemah, kami pun balik ke IPG Gaya. 

Disediakan oleh,
_______________
(CHIENG ZHIN LI)
















08. EUNICE CHONG YEE YUAN

08. EUNICE CHONG YEE YUAN 

1. BIODATA


Nama
: Eunice Chong Yee Yuan         张意圆  
No. Kad Pengenalan
: 930106-12-5604
No. Kad Matrik
: IPGKG/PISMP/BC(2)/2012/01/008
Opsyen
: PISMP PC 2 Semester 1 Ambilan Januari 2012
No. Telefon
: 019-8601980
Alamat Email
Alamat Surat-menyurat
: P.O BOX 88, 89057 Kudat, Sabah.

2. SURAT TAWARAN


3. PENCAPAIAN AKADEMIK
    PPISMP SEMESTER 1: 

   PPISMP SEMESTER 2:



   PPISMP SEMESTER 3:



   PISMP SEMESTER 1:



   PISMP SEMESTER 2: 



4. PENCAPAIAN KOKURIKULUM
(A)TAHUN 2010:
01. Setiausaha kelas PISMP PC2/PJ/PSV Semester 1
02. Peserta Persembahan Nyanyian Berserta Dengan Tarian Isyarat Tangan
      sempena Pesta Tang Lung Tahun 2010
03. Menyertai aktiviti Orientasi Pelajar Baru Tahun 2010 yang dianjurkan oleh
      Persatuan Bahasa Cina
04. AJK Sudut Info Bahasa Cina
05. Anugerah Kepimpinan Gerak Kerja Kokurikulum Tenis Tahun 2010
06. Program Tutup Lampu 1 Jam Tahun 2010
07. Setiausaha Gerko Tenis 2010
08. Peserta Kawad Kaki (Pasukan Wira) Sukan Divisi Tahun 2010

(B)TAHUN 2011:
01. AJK Pelayan Tetamu Pesta Ang Pau Tahun 2011
02. Menyertai Aktiviti Pertandingan Kebudayaan (Menulis Karangan Bahasa Cina)
      yang dianjurkan oleh Persatuan You Yi
03. Menyertai Aktiviti Pertandingan Kebudayaan (Menulis Aksara Bahasa Cina) yang
  dianjurkan oleh Persatuan You Yi
04. Menghadiri Ceramah Kesusasteraan Kanak-kanak
05. Ketua Paras Kolej Kediaman Selangan kaca (Gate 1, Tingkat 3)
06. Mengambil bahagian dalam Pameran Kebudayaan Cina Tahun 2012
07. Setiausaha Pameran Getaran seni tahun 2011
08. Program PROKETEN Tahun 2011
09. Peserta larian 400m (Pasukan Wira) Sukan Divisi Tahun 2011
10. Setiausaha Kelas PPISMP PC 2 Semester 2
11. Setiausaha Gerko Bola Keranjang PPISMP Semester 2
12. Setiausaha gerko Hoki PPISMP Semester 3

(C)TAHUN 2012:
01. Mempersembahkan Persembahan Nyanyian Beramai-ramai sempena Pesta Ang
      Pau Tahun 2012
02. Mengambil bahagian dalam Pesta Kebudayaan Cina “Transformasi Budaya,
      Apresiasi Warisan” Tahun 2012
03. Menyertai Aktiviti Pertandingan Kebudayaan (Menulis Karangan Bahasa Cina)
      yang dianjurkan oleh Persatuan You Yi
04. Menyertai Aktiviti Pertandingan Kebudayaan (Menulis Aksara Bahasa Cina) yang dianjurkan oleh 
      Persatuan You Yi
05. Penolong Setiusaha Persatuan Bahasa Cina Tahun 2012
06. AJK Publisiti Aktiviti Pameran Alat Bantu Mengajar Bahasa Cina Tahun 2012
07. Ceramah/Demonstrasi Pengasingan Sampah/Sisa
08. Kursus pemantapan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
09. Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan Kota Kinabalu
10. Sukaneka Kolej Kediaman IPG Kampus Gaya
11. Program Lestari tahun 2012
12. Pertandingan Yell IPG Lestari
13. Lawatan Sambil Belajar Ke Sekolah Rendah Berpendidikan Khas
14. Pertandingan Ulasan Buku Anjuran Pusat Sumber Sekolah
15. Pertandingan Mengarang Esei Anjuran Di Zi Gui
16. Mengambil bahagian dalam pelaksanaan Orientasi Pelajar Baru Tahun 2012
17. Peserta Larian 4X400m (Pasukan Wira) Sukan Divisi Tahun 2012
18. AJK Makanan Program Bina Insan Guru Fasa I PISMP Semester 1
19. Menyertai Program 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia
20. Pengerusi Pameran Literasi Bahasa Melayu

(D)TAHUN 2013:
01. Ketua AJK Pendokumentasian Pesta Kebudayaan Tahun 2013
02. AJK Makanan Sukan Divisi IPG Kampus Gaya Tahun 2013
03. AJK Kokurikulum Kadet Remaja Sekolah Tahun 2013
04. Timbalan setiausaha Persatuan Bahasa Cina Tahun 2013


PESTA ANGPAU
Tahun 2011  – Sebagai AJK Pelayan Tetamu

Tahun 2012  – Mempersembahkan Persembahan Nyanyian Beramai-ramai.


Tahun 2013 - Mempersembahkan persembahan Isyarat Tangan



PESTA TANG LUNG
Tahun 2010 – Mempersembahkan Persembahan Nyanyian Berserta Dengan
                         Tarian Isyarat Tangan.


Tahun 2011 – Mengambil bahagian dalam Pameran Kebudayaan Cina. 

Tahun 2012 – Mengambil bahagian dalam Pesta Kebudayaan Cina "Transformasi Budaya,  
                        Apresiasi Warisan".

PERSATUAN YOU YI
Tahun 2011 – Menyertai Aktiviti Pertandingan Kebudayaan
                         (Menulis Karangan Dan Penulisan Aksara Bahasa Cina)



Tahun 2012 – Menyertai Aktiviti Pertandingan Kebudayaan
                         (Menulis Karangan Dan Penulisan Aksara Bahasa Cina) 




PERSATUAN BAHASA CINA
Tahun 2010 – Aktiviti Orientasi Pelajar Baru


Tahun 2011 – Ceramah Kesusasteraan Kanak-kanak



Tahun 2012 – Penolong Setiausaha Persatuan Bahasa Cina
                      – Pameran Alat Bantu Mengajar



                      – Ceramah/Demonstrasi Pengasingan Sampah/Sisa


                      – Aktiviti Pertandingan Kebudayaan:
                         Menulis Karangan Dan Penulisan Aksara Bahasa Cina



                      – Pertandingan Penulisan Aksara Dan Kaligrafi Bahasa Cina
                      - Menyertai Pertandingan "Di Zi Gui"
                      - Aktiviti Orientasi Pelajar Baru PPISMP Ambilan Jun 2012

       
                      - Pertandingan menulis Aksara Bahasa Cina.

KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH



 ANUGERAH KEPIMPINAN GERAK KERJA KOKURIKULUM


 ENVIRONMENTAL EDUCATION PROGRAMME FOR TEACHER TRAINEE

   

   SETIAUSAHA PAMERAN GETARAN SENI TAHUN 2011



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH RENDAH BERPENDIDIKAN KHAS





MAJLIS PERASMIAN PUSAT KEBUDAYAAN KOTA KINABALU



SUKANEKA KOLEJ KEDIAMAN IPG KAMPUS GAYA

PROGRAM PROKETEN TAHUN 2011

PROGRAM IPG LESTARI TAHUN 2012
 
PERTANDINGAN YELL IPG LESTARI 




PROGRAM 1 MURID, 1 SUKAN, 1 NEGARA

PENGERUSI PAMERAN LITERASI BAHASA TAHUN 2012



5. PROGRAM BINA INSAN GURU

PISMP SEMESTER 1:
            
LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (B.I.G)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI 2012 

TARIKH     : 20 FEBRUARI 2012 – 23 FEBRUARI 2012
TEMPAT   : KEM MALANGGANG KIULU, TUARAN
PESERTA: GURU PELATIH PISMP SEM 1 AMBILAN JAN 2012


ISNIN, 20 FEBRUARI 2012

Pada 20 Februari 2012 (Isnin) hingga 23 Februari 2012 (Khamis), kami seramai 122 orang guru pelatih PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2012 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dengan bimbingan enam orang pensyarah iaitu Encik Ladius Emor, Encik Adzmi Raju, Encik Abdullah Muhammad, Encik Abdul Aziz Abas, Puan Rahmah Ag. Besar dan juga Ustaz Mohd Syahir Ismail sebagai ahli jawatankuasa pelaksanaan serta juga lima orang pensyarah sebagai fasilitator bagi setiap kelas kami, iaitu Puan Zahrah Zaiton Benjamin, Abd Halim bin Ali, Encik Lourdes a/l Nagarajan, Puan Tan Gaik Huang dan juga Encik Mohd Fauzi Hj Alwee telah pergi ke Kem Malanggang Kiulu, Tuara sepanjang 4 hari 3 malam sebagai salah satu aktiviti Perkemahan bagi Program Bina Insan Guru (B.I.G) PISMP Semester 1.

Sebelum ini, kami telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Oleh sebab kekurangan tempat duduk dalam bas, kumpulan 1 hingga kumpulan 7 akan bertolak dahulu manakala kumpulan yang seterusnya akan bertolak pada kemudiannya pada kedua kali apabila bas berulang-alik. Saya yang merupakan ahli kumpulan 3 telah mula berkumpul di tempat letak kereta IPG Kampus Gaya pada pukul 6:30 pagi dengan membawa barangan keperluan harian dan alat tulis masing-masing. Selepas setiap guru pelatih kumpulan 1 hingga 7 berkumpul dan mendapat taklimat daripada pensyarah kami, kami pun mula bertolak dengan menaiki bas IPG Kampus Gaya ke tempat destinasi dari IPG Kampus Gaya.

Tujuan Program B.I.G (aktiviti perkhemahan ke Kem Malanggang Kiulu, Tuaran) ini adalah untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal selain bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nialai keguruan. Selain itu, tujuan aktiviti B.I.G ini juga ialah membentuk pelajar untuk menabur khidmat bakti kepada masyarakat selaras dengan nilai-nilai keguruan dan mejadi pemangkin ke arah perubahan masyarakat yang cemerlang. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk guru pelatih yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tambahan pula, Program B.I.G bukan sahaja berobjektif membuka peluang kepada guru-guru pelatih untuk melatih dan membuat keputusan rasional berasaskan pengetahuan diri, pengalaman dan situasi semasa, malahan juga berobjektif membantu bakal guru supaya dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan terutamanya apabila digelar sebagai seorang pendidik selepas tamat pengajian.

Kami tiba di tempat destinasi yang permandangannya yang unik dengan keistimewaan banyak pokok, hutan serta sawah padi yang begitu indah pada jam 9:30 pagi. Justeru itu, kami pun mengangkat dan menyimpan serta menyusun barang-barangan yang dibawa di tepi dewan terbuka Pusat Kokurikulum Sabah secara kemas. Kemudiannya, saya dan beberapa kawan yang sebagai AJK Makanan telah pergi ke dapur untuk membersihkan dewan makan serta menyusun kedudukan meja dan kerusi makan mengikut kumpulan masing-masing dan mengemas makanan yang telah dibawa. Selepas itu, kami pun bercerita dan beriadah di dalam dewan terbuka selain memakan makanan sebagai makanan tengah hari yang telah dibawa sementara menunggu bas berulang-alik ke institut untuk mengambil guru pelatih kumpulan 8 hingga kumpulan 10.

Selepas ketibaan semua guru pelatih, kami diberi taklimat mengenai tentang pengenalan serta keistimewaan Pusat Kokurikulum Sabah dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang perkhemahan kami di Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Selain itu, taklimat tersebut juga mengandungi undang-undang bagi peserta sewaktu perkhemahan sedang berlangsung. Seterusnya, kami pun diarah untuk pergi ke padang berkawad kaki yang dipimpin oleh kem komandan, iaitu Encik Abdullah Muhammad. Aktiviti ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk melatih ketahanan mental dan fizikal guru pelatih serta meningkatkan tahap disiplin guru pelatih.

Selepas aktiviti kawad kaki, kami diberi taklimat tentang cara memasang serta mendirikan khemah dan menurunkan khemah. Selepas menerima taklimat, kami pun mendirikan khemah secara berkumpulan iaitu sebanyak 3 hingga 4 orang dalam satu khemah. Selepas mendirikan khemah, kami pun meletak barang-barangan sendiri ke dalam khemah. Disebabkan hari ini juga merupakan Sukan Tara IPG Kampus Gaya, oleh itu kami juga menjalankan Aktiviti Sukan Tara di padang tersebut. Terdapat 3 acara iaitu acara lompat tinggi, lontar peluru dan larian 60 m telah dijalankan. Selepas itu, kami diberi satu jam untuk pengurusan diri sebelum sesi solat serta tazkirah dan moral dijalankan. Saya merupakan seorang kristian dan mendapati bahawa sesi moral ini amat penting kerana dapat mempelajari nilai-nilai murni dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan dan kerohanian yang perlu ada pada setiap individu.

Selepas makan malam, aktiviti yang kami jalankan ialah aktiviti “ice-breaking”. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan diri sendiri serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Dengan ini, dapatlah kita berkawan serta berkomunikasi sesama yang lain. Seturusnya, kami juga diberi tugasan secara berkumpulan, iaitu menghasilkan bendera kumpulan masing-masing. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan serta dapat memupuk nilai kerjasama antara ahli-ahli kumpulan. Syarat tugasan berkumpulan ini ialah bendera kumpulan yang dihasilkan mesti mempunyai visi ataupun motto serta makna simbol-simbol yang ada pada bendera. Selepas itu, setiap kumpulan juga membentangkan hasil bendera yang dihasilkan bersama ahli kumpulan masing-masing.


SELASA, 21 FEBRUARI 2012

Pada hari kedua, kami dimulakan dengan aktiviti pengurusan diri, sesi solat serta tazkirah dan moral. Setelah selesai kuliah subuh, kami diberi sedikit waktu untuk bersiap sebelum meneruskan Aktiviti Malaysia Cergas. Dalam aktiviti tersebut, kami telah dilatih untuk melakukan senaman ringan pada waktu pagi. Aktiviti ini dijalankan setiap hari pada waktu yang sama bagi memastikan setiap peserta melakukan senaman yang secukupnya untuk kebaikan diri mereka. Setelah senaman ringan dilakukan, para peserta dikehendaki menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sabah, Lagu Kami Guru Malaysia dan juga Lagu IPG Kampus Gaya. Setiap peserta dikehendaki menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menerapkan semangat patriotisme dalam diri setiap peserta supaya mereka menjadi seorang insan yang cinta akan tanah air dan sanggup berkorban demi melindunginya.

            Selain itu, salah satu aktiviti yang mencabar telah dilaksanakan pada hari ini, iaitu aktiviti menggembara. Kami memulakan aktiviti ini pada jam 9:30 pagi. Semua guru pelatih telah menggembara di kawasan hutan yang bercerun-curam secara berkumpulan dengan mengangkat bendera yang telah dihasilkan pada kelmarin malam. Dalam aktiviti menggembara ini, kami juga diberi tugasan untuk mengukur jarak aktivtiti menggembara, mengkaji sejarah nama kampung tersebut, memerhati kajian sosial-ekonomi penduduk setempat dan juga mengkaji herba-herba yang dapat dijadikan ubat-ubatan tradisional. Dalam aktiviti ini, kami telah pergi ke Kampung Gerakan Daya Wawasan yang terletak di kampung Tombung untuk menjalankan aktiviti kajian ini.

Daripada hasil kajian kumpulan kami, kami telah mendapati maklumat daripada 2 orang penduduk iaitu yang bernama Janasu dan Lomina. Mengikut pandangan mereka, sejarah kampung tersebut adalah berdasarkan Pokok Tembung, sejenis kayu balak pada dahulunya. Juan Kusar merupakan ketua Kampung Tombung. Selain itu, kami juga mendapati bahawa bancian penduduk sekampung adalah lebih kurang 300 orang dan kebanyakan daripada mereka adalah berbangsa Kadazan-Dusun dan bekerja sendiri seperti sebagai  petani. Herba-herba yang kami dapati ialah Sorunipun Species yang dapat membantu membuang panas. Cara penggunaannya ialah dengan meinum air yang telah direndam akarnya. Selain itu, herba yang bernama Nonokot Species yang juga dapat membuang panas khasnya untuk bayi sahaja.

Selain itu, kami juga perlu membawa makanan seperti maggi, tin sardin, beras dan juga alat-alat masakan yang telah disediakan oleh pihak tertentu sehinggalah tiba ke kawasan tepi sungai untuk tujuan memasak. Dengan ini, kami akan mendirikan api secara kerjasama antara ahli-ahli kumpulan dengan menggunakan kayu api tanpa menggunakan periuk atuapun kuali. Tambahan pula, makanan yang telah kami masak juga akan dicuba oleh pensyarah untuk menilai markah. Dalam aktiviti ini, kumpulan kami telah berjaya memasak makanan dengan sedap dan enak berbanding dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Selepas itu, kami pun menjamu selera makanan tengah hari di sana sebelum berangkat pulang. Kami pulang dengan menjalan kaki melalui jalan raya besar dan tiba ke tapak perkhemahan pada jam 3:00 petang.


RABU, 22 FEBRUARI 2012

Pada hari ketiga, kami tetap menjalankan aktiviti pengurusan diri, sesi solat serta tazkirah dan moral. Setelah selesai kuliah subuh, kami juga diberi sedikit waktu untuk bersiap sebelum meneruskan Aktiviti Malaysia Cerdas. Terdapat juga satu aktiviti yang mencabar telah dilaksanakan pada hari ini. Aktiviti tersebut ialah     aktiviti berakit di Sungai Kiulu kerana bukan semua guru pelatih tahu berenang. Terdapat juga guru pelatih antara kami yang takut dengan aktiviti air. Sepanjang aktivti ini berlangsung, semua guru pelatih akan memakai jaket keselamatan dengan betul untuk tujuan keselamatan.

Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada tujuh hingga lapan orang. Setiap kumpulan akan berakit dalam sebuah bot yang diketuai oleh 2 orang jurulatih. Setiap guru pelatih diberi taklimat sebelum bermulanya aktiviti berakit ini. Melalui aktiviti ini, kami dapat melatih semangat berpasukan dan memperolehi ilmu baru untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Aktiviti ini sungguh menyeronokkan. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti air ini, dapatlah mengurangkan tekanan kami. Pada mulanya, kami berakit separuh perjalanan dahulu. Dalam perjalanan tersebut, kami juga diajar cara-cara serta teknik-teknik berenang. Selepas itu, kami singgah untuk memakan makanan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan untuk berakit ke semula tapak perkhemahan.

            Selain itu, kami juga diberi peluang untuk mempersembahkan kebudayaan pada malam bakat. Melalui aktiviti persembahan malam bakat ini, dapatlah mencungkil bakat-bakat yang terpendam dan daya kreativiti pada setiap guru pelatih supaya dapat mengembangkan potensi sendiri. Setiap kumpulan akan mempersembahkan satu persembahan yang bertemakan pendidikan dalam masa tidak lebih daripada 8 minit. Kumpulan saya mempersembahan sebuah nyanyian sambil tarian serta bersajak. Lagu yang kami pilih ialah lagu Elton John yang bertajuk “Teacher I Need You”. Di samping itu, terdapat juga persembahan lain yang menarik yang dipersembahkan oleh kumpulan lain seperti koir, drama, tarian, berpantun dan berlakon. Dengan ini, kami juga dapat belajar cara mengendalikan persembahan kebudayaan dengan lancar.


KHAMIS, 23 FEBRUARI 2012

Hari ini merupakan hari terakhir program B.I.G. Sebelum bersurai, semua guru pelatih dikehendaki merumuskan tentang refleksi kendiri tentang aktiviti B.I.G selama 4 hari 3 malam ini. Selepas itu, setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan refleksi tentang program ini dari segi kebaikan dan kekurangan. Selain itu, segala permasalahan ataupun ketidakpuashatian telah juga diselesaikan pada kektika wakytu tersebut. Refleksi kendiri ini agak penting agar setiap guru pelatih menyedari bahawa kami bukannya datang dengan sia-sia tanpa sebarang manfaat. Ini juga peluang untuk penambahbaikan dari aspek pengurusan pada masa hadapan.

Sebelum berakhirnya program B. I. G ini, perasmian penutup merupakan slot terakhir bagi kem ini. Dengan ucapan yang diberikan, dapatlah kami mengaplikasikan segala ilmu yang kami perolehi untuk kegunaan masa akan datang. Antara ilmu baru yang saya perolehi dari slot ini ialah, kita mesti menghargai setiap saranan dan nasihat yang diberikan oleh orang lain kepada kita agar menjadi seorang insan yang berguna dan sedia untuk melakukan perubahan pada masa akan datang.

Selepas itu, kami pun menurunkan khemah dan mengemaskan barang-brangan sendiri. Oleh sebab kekurangan tempat duduk dalam bas,  terpaksalah bas IPG berulang-alik 2 kali di samping terdapat juga beberapa guru pelatih yang mengikut kereta pensyarah pulang ke institut. Saya dan juga 3 orang kawan berangkat pulang pada jam 10:30 pagi dengan mengikut kereta tutor kelas kami, iaitu Encik Mohd Fauzi Hj untuk pulang ke institut. Kami balik tepat pada jam 12:00 tengah hari. Hasil program B.I.G ini diharapkan dapat memupuk nilai kerjasam antara satu sama lain serta menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan serta masa dengan berkesan dan menyedari kepentingan kemahiran interpersonal dalam kehidupan seharian kita. Kami juga telah menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama di samping memiliki ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang kuat melalui aktiviti program B. I. G ini.

Kesimpulannya, aktiviti program B.I.G ini telah meninggalkan pelbagai kenangan kepada saya. Saya berasa sangat bangga kerana memperolehi banyak faedah dan menimba banyak pengalaman daripada aktiviti program B.I.G yang selam 4 hari 3 malam ini. Sepanjang aktiviti program ini, saya telah banyak memperolehi pengajaran dan juga ilmu pengetahuan yang saya tidak mengetahui sebelum ini. Faedah yang paling berharga yang saya memperolehi daripada aktiviti ini ialah dapat memupuk semangat kerjasama sekumpulan sepanjang aktiviti program ini dijalankan. Semua ahli kumpulan berganding bahu menjalankan aktiviti program ini dan membuat laporan bersama-sama secara individu. Semua guru pelatih berkerjasama seperti kata peribahasa, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.




Laporan disediakan oleh,                                                                       24 FEBRUARI 2012

      ANIS
..................................................................................
(EUNICE CHONG YEE YUAN)
Guru Pelatih Ahli Kumpulan Ketiga
PISMP PC 2 Semester 1
Ambilan Januari 2012
IPG Kampus Gaya. 



GAMBAR PROGRAM BINA INSAN GURU (B.I.G)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI 2012

♣ Persembahan kumpulan saya semasa Malam Bakat.


♣ Aktiviti Menggembara.

♣ Membuat kajian dengan penduduk kampung.

♣ Memasak di tepi sungai dengan menggunakan kayu api.

♣ Aktiviti berakit di Sungai Kiulu.


PISMP SEMESTER 2:

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (B.I.G)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2012

TARIKH    : 22 SEPTEMBER 2012
TEMPAT   : PASAR TAMU DONGGONGON, KOTA KINABALU
PESERTA: GURU PELATIH PISMP SEM 2 AMBILAN JAN 2012

SABTU, 22 SEPTEMBER 2012

Pada 22 September 2012 (Sabtu), kami seramai 121 orang guru pelatih PISMP Semester 2 Ambilan Januari 2012 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dengan bimbingan empat orang pensyarah iaitu Encik Ladius Emor, Encik Adzmi Raju, Encik Lourdes Nagarajan A/L B Arokiadasan dan juga Encik Lee Chee Huat telah pergi ke Pasar Tamu Donggongon, Kota Kinabalu sepanjang sepuluh jam sebagai salah satu aktiviti khidmat masyarakat bagi Program Bina Insan Guru (B.I.G) PISMP Semester 2.

Sebelum ini, kami telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Kami mula berkumpul di tempat letak kereta IPG Kampus Gaya pada pukul 6:30 pagi dengan membawa barangan-barangan yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti khidmat masyarakat ini. Selepas setiap guru pelatih berkumpul dan mendapat taklimat daripada pensyarah kami, kami pun mula bertolak dengan menaiki bas IPG Kampus Gaya ke tempat destinasi dari IPG Kampus Gaya.

Tujuan Program B.I.G (aktiviti khidmat masyarakat membersihkan Pasar Tamu Donggongon, Kota Kinabalu) ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berkauntabiliti dan amanah dan krativiti dan inovatif. Selain itu, tujuan aktiviti B.I.G ini juga ialah membentuk pelajar untuk menabur khidmat bakti kepada masyarakat selaras dengan nilai-nilai keguruan dan mejadi pemangkin ke arah perubahan masyarakat yang cemerlang. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk guru pelatih yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kami tiba di tempat destinasi pada jam 7:00 pagi. Justeru itu, kami pun turun dari bas dan masuk ke pasar tersebut. Kelihatan pasar tersebut dipenuhi dengan ramai orang penduduk dan penjual pada masa itu. Dengan begitu pantasnya, kami pun pergi ke dewan pasar tamu tersebut dengan bimbingan pihak pasar tamu. Kami beratur mengikut opsyen masing-masing. Pada mulanya, kami mendengar ucapan alu-aluan yang diberikan oleh pensyarah kami, iaitu Encik Ladius Emor. Beliau menegaskan kami supaya menjaga keselamatan semasa melakukan kerja amal membersihkan kawasan pasar tamu ini. Selepas itu, kami mendengar juga taklimat daripada pihak pasar tamu, iaitu Encik Alvert dan juga Puan Normi. Mereka telah menjelaskan sejarah serta perkembangan pembinaan pasar tamu ini dan juga Kempen Anti Kudus Sampah. Selain itu, mereka juga telah menjawab soalan yang kami kemukakan.

Selepas itu, kami pun mula melakukan kerja amal membersihkan kawasan pasar tamu. Kami telah membahagikan tugas berdasarkan kumpulan opsyen masing-masing. Terdapat tugas iaitu menyapu pasar tamu, membersihkan longkang pasar tamu dan juga memotong rumput pasar tamu. Saya yang merupakan opsyen dari kumpulan PISMP PC 2 Semester 2 telah dibahagikan untuk memotong rumput pasar tamu. Dengan ini, kami berusaha dalam kerja membersihkan segala rumput yang terdapat di pasar tamu dengan menggunakan alatan yang telah disediakan oleh pihak pasar tamu.

Pada jam 10:00 pagi, kami pun berehat sebentar dan memakan sarapan pagi yang telah disediakan. Dengan ini, barulah kami dapat melakukan kerja amal seterusnya selepas makan sarapan pagi tersebut. Kira-kira jam 11:00 pagi, kami meneruskan kerja membersihkan rumput kawasan pasar tamu. Saya berasa begitu bangga kerana dapat memberi sumbangan dalam membersihkan kawasan pasar tamu tersebut dengan bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas saya. Kami balik kira-kira jam 5 petang.

Kesimpulannya, aktiviti program B.I.G ini telah meninggalkan pelbagai kenangan kepada saya. Saya berasa sangat bangga kerana memperolehi banyak faedah dan menimba banyak pengalaman daripada aktiviti program B.I.G yang selama 10 jam ini. Sepanjang aktiviti program ini, saya telah banyak memperolehi pengajaran dan juga ilmu pengetahuan yang saya tidak mengetahui sebelum ini. Faedah yang paling berharga yang saya memperolehi daripada aktiviti ini ialah dapat memupuk semangat kerjasama sekumpulan sepanjang aktiviti program ini dijalankan. Semua ahli kumpulan berganding bahu menjalankan aktiviti program ini dan membuat laporan bersama-sama secara individu. Semua guru pelatih berkerjasama seperti kata peribahasa, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.




Laporan disediakan oleh,                                                                                        24 SEPTEMBER 2012
                  ANIS 
............................................................
(EUNICE CHONG YEE YUAN)
Guru Pelatih PISMP PC 2 Semester 2
Ambilan Januari 2012
IPG Kampus Gaya.


GAMBAR PROGRAM BINA INSAN GURU (B.I.G)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2012



- Pensyarah kami, iaitu Encik Ladius Emor sedang memberikan ucapan alu-aluan.



- Pihak pasar tamu, iaitu Encik Alvert sedang memberikan taklimat kepada kami.


- Pihak pasar tamu, iaitu Puan Normi sedang memberikan taklimat kepada kami.



- Kami sedang membersihkan rumput di persekitaran pasar tamu tersebut.


- Kami sedang berusaha dalam melakukan kerja amal membersihkan kawasan sekitar pasar tamu tersebut.


 PISMP SEMESTER 3:


LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2012

Nama                            : Eunice Chong Yee Yuan            
Opsyen                          : PISMP BC 2 Sem 3 Ambilan Jan 2012           
No. Kad Pengenalan     : 930106-12-5604           
No. Matrik                     : IPGKG/PISMP/BC(2)/2012/01/008           
Tarikh BIG                     : 07-03-2013 (Khamis)   
Tempat                          : Sukan Kompleks Universiti Malaysia Sabah (UMS)         

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai focus utama dalam proses pembinaan insane guru yang berpaksikan kepada prinsip Rukun Negara.  Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.

Seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Model Konseptual Pendidikan Guru, elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberikan penekanan dalam proses pembentukan insane guru yang menyeluruh dan seimbang. Atas kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

Berdasarkan kepada rasional di atas, maka semua pelajar praperkhidmatan wajib mengikuti Program Bina Insan Guru sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Diploma Perguruan Malaysia.

Program ini mengandungi 3 tema utama:-
1.    Konsep dan ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru.
2.    Pembangunan Insan guru
3.    Peranan dan tanggungjawab Insan Guru.
Ketiga-tiga tema utama ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti khidmat masyarakat.

MATLAMAT
Program ini merupakan satu usaha pencetus, pembinaan insan guru yang berahlak mulia, bersemangat juang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

OBJEKTIF
Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:-
1.    Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh pada ajaran agama.
2.    Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
3.    Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
4.    Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat.
5.    Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
6.    Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insane berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

STRATEGI PERLAKSANAAN        

TARIKH    : 07 MAC 2013 (KHAMIS)
TEMPAT   : SUKAN KOMPLEKS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
PESERTA: GURU PELATIH PISMP SEM 3 AMBILAN JAN 2012

KHAMIS, 07 MAC 2013

Pada 07 Mac 2013 (Khamis), kami seramai 121 orang guru pelatih PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dengan bimbingan seorang pensyarah iaitu Encik Ladius Emor telah pergi ke Sukan Kompleks Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu sepanjang sepuluh jam sebagai salah satu aktiviti khidmat masyarakat bagi Program Bina Insan Guru (B.I.G) Fasa III PISMP Semester 3.

Sebelum ini, kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Kami mula berkumpul di tempat letak kereta IPG Kampus Gaya pada pukul 5:30 pagi dengan membawa barangan-barangan yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti khidmat masyarakat ini. Selepas setiap guru pelatih berkumpul dan mendapat taklimat daripada pensyarah kami, kami pun mula bertolak dengan menaiki bas IPG Kampus Gaya ke tempat destinasi dari IPG Kampus Gaya.

Tujuan Program B.I.G (aktiviti khidmat masyarakat membersihkan Sukan Kompleks Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu) ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat masyarakat. Bukan itu sahaja, malah program Binan Insan Guru fasa ini juga mendedahkan kami kepada kemahiran merancang, mengendali dan menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah etika sosial dan protokol. Pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian juga didedahkan kepada kami . Selain itu, tujuan aktiviti B.I.G ini juga ialah membentuk pelajar untuk menabur khidmat bakti kepada masyarakat selaras dengan nilai-nilai keguruan dan mejadi pemangkin ke arah perubahan masyarakat yang cemerlang. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk guru pelatih yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kami tiba di tempat destinasi pada jam 6:15 pagi. Justeru itu, kami pun turun dari bas dan masuk ke sukan kompleks tersebut. Kelihatan tempat destinasi tersebut masih senyap pada masa itu. Dengan begitu pantasnya, kami pun berkumpul di padang sukan kompleks tersebut dengan bimbingan pensyarah kami. Kami beratur mengikut opsyen masing-masing. Pada mulanya, kami mendengar ucapan alu-aluan yang diberikan oleh pensyarah kami, iaitu Encik Ladius Emor. Beliau menegaskan kami supaya menjaga keselamatan semasa melakukan kerja amal membersihkan kawasan sukan kompleks ini.

Selepas itu, kami pun mula melakukan kerja amal membersihkan kawasan sukan kompleks. Kami telah membahagikan tugas berdasarkan kumpulan opsyen masing-masing. Terdapat tugas iaitu membersihkan kawasan sukan kompleks yang berlainan. Saya yang merupakan opsyen dari kumpulan PISMP PC 2 Semester 3 telah dibahagikan untuk membersihkan kawasan hadapan sukan kompleks. Dengan ini, kami berusaha dalam kerja membersihkan segala sampah sarap yang terdapat di sukan kompleks dengan menggunakan alatan yang telah disediakan sendiri.

Saya berasa begitu bangga kerana dapat memberi sumbangan dalam membersihkan kawasan sukan kompleks universiti tersebut dengan bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas saya. Kami balik kira-kira jam 5 petang. Tambahan pula, nilai bekerjasama juga dapat saya pelajari kerana aktiviti program ini adalah dijalankan secara berkumpulan. Aktiviti ini telah memupuk nilai kerjasama antara rakan saya. Hal ini bukan sahaja dapat menerapkan semangat berpasukan, malahan saya juga memperoleh ilmu baru seperti tanggungjawab bersama dalam membersihkan alam sekitar.

Kesimpulannya, aktiviti program B.I.G ini telah meninggalkan pelbagai kenangan kepada saya. Saya berasa sangat bangga kerana memperolehi banyak faedah dan menimba banyak pengalaman daripada aktiviti program B.I.G yang selama 10 jam ini. Sepanjang aktiviti program ini, saya telah banyak memperolehi pengajaran dan juga ilmu pengetahuan yang saya tidak mengetahui sebelum ini. Faedah yang paling berharga yang saya memperolehi daripada aktiviti ini ialah dapat memupuk semangat kerjasama sekumpulan sepanjang aktiviti program ini dijalankan. Semua ahli kumpulan berganding bahu menjalankan aktiviti program ini dan membuat laporan bersama-sama secara individu. Semua guru pelatih berkerjasama seperti kata peribahasa, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

REFLEKSI INDIVIDU(GOTONG-ROYONG)

Selepas saya diberitahu bahawa Progrma Bina Insan Guru (B.I.G) bagi guru pelatih PISMP Semester Tiga Ambilan Januari 2012 ialah pergi ke sukan kompleks Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu sebagai aktiviti khidmat masyarakat sepanjang 10 jam daripada pensyarah kami, iaitu Encik Ladius Emor, saya berasa sangat bangga kerana saya yakin bahawa saya pasti akan dapat memperolehi banyak manfaat dan menimba banyak pengalaman selepas aktiviti Program B.I.G ini. Melalui aktiviti program ini, saya bukan sahaja dapat menyumbangkan tenaga saya kepada masyarakat, malah saya juga dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, memupuk nilai bekerjasama, mempunyai ketahanan fizikal selain bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nialai keguruan.

 Berdasarkan pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program B.I.G ini, saya banyak memperolehi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Saya mendapati bahawa program ini merupakan satu wadah untuk melahirkan guru pelatih yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam duania pendidikan. Dengan ini, saya juga dapat menjadikan pengalaman yang diperolehi ini ke arah menjadi guru yang unggul. Tambahan pula, saya juga memperolehi ilmu pengetahuan tetang kepentingan menguasai kemahiran asas interpersonal dalam usaha melahirkan modal insan minda kelas pertama. Tidak dikecualikan ialah saya juga dapat mengenali ciri-ciri insan yang berakhlak mulia serta patuh kepada ajaran agama dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian saya. Kesemua ilmu ini dapat membantu saya dalam bidang profesional perguruan apabila saya menjadi seorang guru pada suatu hari nanti. 


Selain itu, melalui taklimat yang disampaikan, saya juga mengetahui betapa penting tanggungjawab bersama dalam membersihkan kawasan sekitar kami. Dari segi penambahbaikan pula, saya berpendapat bahawa setiap individu haruslah lebih fokus apabila diberi taklimat mengenai sesuatu aktiviti supaya sendiri jelas mengenai sesuatu perkara dan seterusnya masalah tidak lagi timbul sepanjang aktiviti berlangsung. Sekiranya kita tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa sesi taklimat berlangsung, kemungkinan besar akan menyebabkan timbulnya masalah-masalah yang tidak diingini ketika program ini berlangsung. Oleh itu, saya berpendapat bahawa sesi taklimat merupakan sesi yang sangat penting bagi sesuatu program kerana daripada sesi tersebutlah setiap peserta akan dapat mengetahui jalan perjalanan yang akan berlaku bagi sesuatu program.

Manakala melalui aktiviti melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat pula, ketahanan mental dan fizikal saya dapat dilatih dan seterusnya meningkatkan tahap disiplin saya. Seperti yang dapat dilihat dalam aktiviti membersihkan kawasan sukan kompleks universiti tersebut, seorang ketua kumpulan akan memberi arahan dan saya perlulah mengikut arahan tersebut. Malah dalam aktiviti khidmat masyarakat ini juga, saya tidak dibenarkan bergerak sesuka hati sebaliknya menjadi tegas dan megikut arahan. Antara perkara baru yang saya pelajari ialah kita perlu menjadi seorang yang peka dan berdisiplin dalam setiap pekerjaan terutama dalam bidang keguruan. Ini kerana kita akan melakukan kesilapan jika kita lalai atau tidak berdisiplin. Ini saya perolehi semasa aktiviti khidmat masyarakat di mana apabila ketua kumpulan memberi arahan, pastikan arahan itu betul baru bertindak supaya kita tidak tersilap dan ini menunjukkan yang kita seorang yang tidak peka.

          Di samping itu, saya juga menyedari betapa pentingnya aktiviti membersihkan kawasan pesekitaran dalam menyihatkan badan kita, malah juga dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi. Justeru, aktivti ini merupakan tanggungjawab kita bersama kerana ini dapat menjamin kesihatan semua. Dengan ini, saya juga belajar nilai murni bertanggungjawab dalam membersihkan kawasan pesekitaran. Hal ini telah menyedarkan saya bahawa saya perlu sanggup mendidik anak-anak bangsa negara dengan penuh tanggungjawab. Saya juga menyedari bahawa kawasan pesekitaran yang bersih adalah sangat penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Selain itu, melalui Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa III ini juga, saya menyedari bahawa kita yang sebagai golongan masyarakat haruslah menyedari tanggungjawab kita bersama dalam menjaga keharmonian alam sekitar. Hal ini demikian kerana kita yang hidup dalam alam ini adalah saling bergantung dengan alam sekitar untuk mewujudkan ekosistem yang seimbang. Saya juga menyedari bahawa saya haruslah sentiasa mengamalkan budaya kitar semula kerana ini dapat mengurangkan penggunaan sumber sekali gus mengelakkan kepupusan sumber. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa “beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”. Tegasnya, saya telah menyedari amalan “fikir dahulu sebelum membuang” haruslah disematkan ke dalam minda seluruh warga supaya dapat melahirkan rakyat Malaysia minda kelas pertama.

Yang paling penting ialah saya dapat mempelajari banyak nilai murni melalui aktiviti program ini. Saya dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti mematuhi masa serta peraturan yang ditetapkan dan juga menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Tambahan pula, nilai murni iaitu membentuk jati diri yang baik di samping membina disiplin yang unggul juga dapat saya pelajari setelah aktiviti program ini. Saya juga menyedari bahawa saya yang akan menjadi seorang guru pada masa akan datang haruslah bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bangsa negara kita supaya bersama-sama memupuk nilai-nilai murni ini. Tambahan pula, nilai bekerjasama juga dapat saya pelajari kerana aktiviti program ini adalah dijalankan secara berkumpulan. Aktiviti mebersihkan kawasan sukan kompleks telah memupuk nilai kerjasama antara rakan saya. Hal ini secara langsungnya menyebabkan saya dapat menerapkan dalam semangat berpasukan.

Di samping itu, saya juga menyedari bahawa kepentingan menjadi teladan yang baik kepada anak murid-murid sekolah. Saya yang merupakan seorang bakal guru pada masa akan datang, dengan Program Bina Insan Guru (BIG) ini, pemahaman saya terhadap pendedahan kepentingan menjaga alam sekitar kepada murid-murid adalah sangat penting. Ini telah menjadi kunci kejayaan saya dalam mendisiplinkan murid-murid sekolah dalam pemupukan nilai menjaga kebersihan alam sekitar. Keupayaan seorang guru menjadi contoh teladan yang baik adalah sangat penting bagi mendorong murid-murdi mengikuti tingkah laku guru. Bak kata pepatah, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya” merupakan bukti yang begitu kukuh. Semua ini dapat membantu saya dalam menjadi seorang guru yang baik pada masa akan datang.

Melalui aktiviti program B. I. G ini, saya menyedari bahawa aktiviti program ini membuka peluang kepada guru-guru pelatih untuk membantu para bakal guru dalam mengimbangkan dan memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangasaan. Selain itu, aktiviti program ini bukan sahaja dapat melahirkan guru-guru pelatih yang berkebolehan untuk mengajar, tetapi juga mempunyai nilai murni sekali gus menjadi sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role model kepada masyrakat Malaysia umumnya. 


LAMPIRAN

  
* Berkerjasama dalam membersihkan
 kawasan sukan kompleks Universiti Malaysia Sabah (UMS).


* Membersihkan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.


* Membersihkan kotak-kotak yang bertaburan.


* Kami sedang memungut sampah sarap yang bertaburan.


* Kami sedang membersihkan kawasan sukan kompleks Universiti Malaysia Sabah (UMS).


* Kami sedang menjalankan aktiviti khidmat masyarakat semasa
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa III dijalankan.


* Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa III sedang dijalankan.


* Kelihatan kawasan sukan kompleks menjadi bersih
selepas aktiviti khidmat masyarakat.



* Gambar beramai-ramai bersama dengan rakan sekelas
selepas aktiviti khidmat masyarakat dijalankan.


PENUTUP

Kesimpulannya, saya memperolehi banyak faedah melalui aktiviti program ini. program B.I.G ini telah meninggalkan kesan yang agak mendalam terhadap diri saya. Hal ini demikian kerana saya bukan sahaja berpeluang menjalankan tugasan dalam suasana yang menyeronokkan bersama-sama rakan-rakan sekumpulan, bahkan dapat berinteraksi dengan ahli kumpulan secara lebih dekat lagi dan seterusnya merapatkan hubungan persahabatan kami. Dengan ini, tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tutor saya, iaitu Encik Mohd Fauzi Hj Alwee atas segala bantuan dan sokongan yang diberi sepajang aktiviti program ini berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditunjukkan kepada semua rakan saya terutamanya ahli kumpulan saya yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan kepada saya.  Sekian, terima kasih.




Laporan disediakan oleh,                                                                                           07 MAC 2013

      ANIS
..................................................................................
(EUNICE CHONG YEE YUAN)
Guru Pelatih Ahli Kumpulan Ketiga
PISMP PC 2 Semester 3
Ambilan Januari 2012
IPG Kampus Gaya.




REFLEKSI INDIVIDU (CERAMAH)

Selepas saya diberitahu bahawa Progrma Bina Insan Guru (B.I.G) bagi guru pelatih PISMP Semester Tiga Ambilan Januari 2012 ialah mendengar ceramah Etika Dan Protokol sepanjang 3 jam daripada pensyarah kami, iaitu Encik Ladius Emor, saya berasa sangat bangga kerana saya yakin bahawa saya pasti akan dapat memperolehi banyak manfaat dan menimba banyak ilmu dan pengalaman selepas ceramah ini. Melalui ceramah ini, saya bukan sahaja dapat memperolehi ilmu tentang etika dan protokol, malah saya juga dapat mempratikkan ilmu-ilmu yang diperolehi untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi selain bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Berdasarkan ceramah ini, saya banyak memperolehi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Saya mendapati bahawa ceramah ini merupakan satu wadah untuk melahirkan guru pelatih yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam dunia pendidikan. Dengan ini, saya juga dapat menjadikan pengalaman yang diperolehi ini ke arah menjadi guru yang unggul. Tambahan pula, saya juga memperolehi ilmu pengetahuan tetang kepentingan menguasai kemahiran asas interpersonal dan juga pengamalan etika, adab, peraturan serta protokol dalam usaha melahirkan modal insan minda kelas pertama. Tidak dikecualikan ialah saya juga dapat mengenali ciri-ciri insan yang berakhlak mulia serta patuh kepada ajaran agama dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian saya. Kesemua ilmu ini dapat membantu saya dalam bidang profesional perguruan apabila saya menjadi seorang guru pada suatu hari nanti.

Selain itu, melalui ceramah yang bertajuk “Etika Dan Protokol” ini yang telah disampaikan oleh Encik Abdul Raji Bin Abdul Halim, saya juga mengetahui betapa penting mengamalkan etika dan protokol yang baik semasa bersosial. Aspek yang diberi keutamaan dalam ceramah ini ialah etika sosial dan protokol yang termasuk pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja, pengendalian majlis rasmi dan juga etika berpakaian. Tambahan pula, melalui ceramah ini, dapatlah juga meningkatkan tahap disiplin saya. Seperti yang dapat dilihat dalam memberi tumpuan sewaktu penceramah sedang memberi ceramah. Malah dalam ceramah ini juga, saya tidak dibenarkan bergerak sesuka hati sebaliknya berfokus dan membuat nota penting. Antara perkara baru yang saya pelajari ialah kita perlu menjadi seorang yang peka dan berdisiplin dalam setiap pekerjaan terutama dalam bidang keguruan. Ini kerana kita akan melakukan kesilapan jika kita lalai atau tidak berdisiplin.

Melalui ceramah ini, saya juga telah menyedari matlamat etika dan protokol dalam sosial. Antara matlamatnya ialah untuk mengelakkan jurang perbezaan kaum, mengamalkan sopan santun, memudahkan pengendalian majlis dan juga memberi penghormatan yang sewajarnya. Selain itu, saya juga menyedari kepentingan pengamalan etika dan protokol dalam sosial. Ini adalah sangat penting untuk memelihara sistem atur cara dan adat istiadat sesebuah negari dan negara. Selain daripada itu, pengamalan etika dan protokol juga penting sebagai cara menghormati seseorang di samping dapat mengelakkan kita daripada merendahkan martabat seseorang. Encik Abdul Raji Bin Abdul Halim juga telah menerangkan tentang komponen-komponen protokol dan juga prinsip-prinsip penentuan taraf. Terdapat tiga komponen, iaitu susunan keutamaan, anugerah darjah kebesaran serta susunan tempat duduk dan juga dua prinsip penentuan awam, iaitu prinsip penentuan awam pegawai awam dan juga orang awam.

Di samping itu, saya juga telah mempelajari jenis-jenis protokol seperti panggilan atau sebutan, hormat, peraturan gelaran, susunan tempat duduk, tertib di meja makan, cara menggunakan napkin, cara duduk, cara menggunakan kutleri, cara mengadap, cara berpakaian, susun atur cara, susunan kata-kata aluan dalam ucapan dan juga pengibaran bendera sepanjang ceramah ini. Kesemua ilmu yang dipelajari ini dapat membantu saya dalam kehidupan saya kerana etika dan protokol sangat penting dalam kehidupan manusia.

Yang paling penting ialah saya dapat mempelajari banyak nilai murni melalui ceramah ini. Saya dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti mematuhi masa serta peraturan yang ditetapkan dan juga menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Tambahan pula, nilai murni iaitu membentuk jati diri yang baik di samping membina disiplin yang unggul juga dapat saya pelajari setelah aktiviti program ini. Saya juga menyedari bahawa saya yang akan menjadi seorang guru pada masa akan datang haruslah bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bangsa negara kita supaya bersama-sama memupuk nilai-nilai murni ini.

Di samping itu, saya juga menyedari bahawa kepentingan menjadi teladan yang baik kepada anak murid-murid sekolah. Saya yang merupakan seorang bakal guru pada masa akan datang, dengan Program Bina Insan Guru (BIG) ini, pemahaman saya terhadap etika dan protokol sosial adalah sangat penting. Ini telah menjadi kunci kejayaan saya dalam mendisiplinkan murid-murid sekolah dalam pemupukan etika dan protokol dalam sosial. Keupayaan seorang guru menjadi contoh teladan yang baik adalah sangat penting bagi mendorong murid-murid mengikuti tingkah laku guru. Bak kata pepatah, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya” merupakan bukti yang begitu kukuh. Semua ini dapat membantu saya dalam menjadi seorang guru yang baik pada masa akan datang.

Melalui aktiviti program B. I. G ini, saya menyedari bahawa aktiviti program ini membuka peluang kepada guru-guru pelatih untuk membantu para bakal guru dalam mengimbangkan dan memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangasaan. Selain itu, aktiviti program ini bukan sahaja dapat melahirkan guru-guru pelatih yang berkebolehan untuk mengajar, tetapi juga mempunyai nilai murni sekali gus menjadi sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role model kepada masyrakat Malaysia umumnya.


PENUTUP

Kesimpulannya, saya memperolehi banyak faedah melalui ceramah yang bertajuk “Etika Dan Protokol Dalam Sosial” ini. Kesemua ini telah meninggalkan kesan yang agak mendalam terhadap diri saya. Hal ini demikian kerana saya bukan sahaja berpeluang mendengar ceramah yang berkaitan dengan etika dan protokol bersama-sama rakan-rakan sekelas, bahkan dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang dipelajari ke dalam kehidupan harian saya selain dapat berinteraksi dengan ahli kumpulan secara lebih dekat lagi dan seterusnya merapatkan hubungan persahabatan kami. Dengan ini, tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tutor saya, iaitu Encik Mohd Fauzi Hj Alwee atas segala bantuan dan sokongan yang diberi sepajang aktiviti program ini berlangsung. Sekian, terima kasih.



Disediakan oleh,                                                      

___________ANIS______________
(EUNICE CHONG YEE YUAN)                              
Pelajar PISMP Semester 3
Ambilan Januari 2012