Monday 25 June 2012

17. Pua Xin Yee

1. BIODATA DIRI

NAMA                                   : 潘欣怡(中)
        PUA XIN YEE(英)
NO. KAD PENGENALAN  : 921014-12-5258
NO. MATRIK                        : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 017
OPSYEN                              : PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT                              : Kg. Bambangan, Jln. Kiansom, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
TELEFON                            : 016-8351320
EMAIL                                  : xinyee_14@hotmail.com

2. SURAT TAWARAN


3. PENCAPAIAN AKADEMIK


4. PENCAPAIAN KOKURIKULUM

2012
  • 红包大会串 (灯笼舞)
  • 友谊花开 (硬笔比赛)
  • 特殊班级学校探访
  • 慈济环保讲
2011
  • 友谊花开 (硬笔比赛)
  • 中华文化展
2010
  • 中秋晚会(宫廷舞) 
KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PERTANDINGAN TULISAN CANTIK



5. PROGRAM BINA INSAN GURU

Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) 2012
PISMP Pengajian Cina Semester 1

        Pada 20 Februari – 23 Februari 2012, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Para peserta program ini terdiri daripada 5 kelas, iaitu PISMP Pengajian Cina Semester 1 Kumpulan 1 dan 2, PISMP TESL Semester 1 Kumpulan 1, 2 dan 3. Program BIG ini disertai seramai 122 orang, iaitu seramai 47 orang guru pelatih daripada PISMP Pengajian Cina dan 75 orang guru pelatih daripada PISMP TESL. Program ini diketuai oleh Encik Abdullah Muhammad selaku Kem Komandan Program BIG 2012. Saudara Minarldo James Unggau telah dilantik sebagai pengerusi program BIG.

            Program Bina Insan Guru ini merupakan satu program di mana para guru diberi peluang untuk membina akhlak, semangat juang yang tinggi dan mempunyai tahap ketahanan mental dan fizikal untuk menyumbang tenaga dan pengetahuan kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Tujuan utama program ini adalah untuk memastikan para guru pelatih dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi dalam kalangan peserta Program BIG ini. Selain itu, diharap para peserta juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang ada untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran pada masa depan nanti.   Program ini diharap dapat melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kemantapan sahsiah yang tinggi dan profesionalisme yang unggul dalam menghadapi cabaran pendidikan arus globalisasi dunia tanpa sempadan.

            Antara objektif Program Bina Insan Guru ini adalah untuk menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Objektif kedua ialah untuk melatih para guru pelatih meningkatkan ketahanan fizikal, mental dan semangat juang. Seterusnya adalah untuk menguasai kemahiran asas interpersonal dan menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. Objektif yang terakhir bagi Program Bina Insan Guru ini adalah untuk memperkembangan potensi para guru pelatih sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.
Isnin, 20 Feb 2012

            Sebelum mulanya Program Bina Insan Guru ini, para guru pelatih telah banyak kali bermesyuarat untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan. Para guru pelatih telah dibahagikan kepada 10 kumpulan supaya aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Setiap kumpulan juga mengadakan perjumpaan masing-masing untuk membincangkan tugas-tugas kumpulan sendiri dan persembahan yang akan dilakukan pada malam bakat nanti. Pada hari yang pertama, kumpulan 1-7 telah bertolak terlebih dahulu ke Kem Malanggang Kiulu, Tuaran pada jam 8 pagi. Manakala kumpulan 8-10 pula bertolak ke destinasi pada jam 10:30 pagi. Mentor kami iaitu Encik Mohd. Fauzi Hj Alwee turut mengiringi dalam program ini.

            Semua peserta telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di dewan terbuka Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Taklimat tentang peraturan-peraturan, penyediaan tapak, ikatan asas dan cara mendirikan khemah telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah kepada kami semua. Selepas itu, para guru pelatih diberi masa selama 15 minit untuk mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Semua khemah berjaya didirikan dengan lancar sekali dalam masa yang pendek. Seterusnya kami telah dipanggil oleh ketua kem untuk berbaris serta berkumpul semula di tapak perhimpuan untuk aktiviti kawad kaki. Aktiviti sukantara telah dijalankan mengikut sukan divisi masing-masing, antara aktiviti yang telah dijalankan ialah larian 60 meter, lontar peluru dan lompat tinggi.

            Pada pukul 6 hingga 9 malam, kami diberi masa untuk pengurusan diri seperti minum petang, mandi dan bersiap sedia untuk solat berjemaah. Masuk sahaja waktu Maghrib, semua peserta yang beragama Islam dikehendaki berada di surau untuk menunaikan kewajipan dan diselangi dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Syahir Ismail. Bagi peserta bukan beragama Islam, aktiviti mereka bersama tutor mengenai topik-topik berkenaan aktiviti moral. Pada pukul 9 hingga 10.30 malam bermulanya sesi “Ice Breaking” di dewan Kem Malanggang Kiulu. Melalui aktiviti ini, kumpulan PISMP Pengajian Cina telah lebih berkenalan dengan kumpulan PISMP TESL selaras dengan objektif Program Bina Insan Guru ini.

            Lebih kurang pukul 11 malam, sebelum kami bersiap ke tempat tidur, satu kod rahsia diperlukan secara berbisik untuk memastikan keselamatan kami terjamin agar tiada orang yang tidak dikenali masuk ke kawasan perkhemahan kami lebih-lebih lagike kawasan kem. Dengan adanya kod rahsia berjaga malam ini, para peserta dapat mengenal pasti rakan-rakan peserta kursus dengan menyebut kod yang dirahsiakan itu. Selesai dengan kod, ahli jawatankuasa keselamatan memberi maklumat mengenai tugasan berjaga malam yang telah disediakan mengikut masa yang ditetapkan dari pukul 11 hingga 5 pagi secara bergilir-gilir. Menjelang subuh peserta yang bertugas mengejutkan peserta-peserta program yang lain untuk membuat pengurusan diri dan solat subuh berjemaah beserta dengan tazkirah bagi peserta muslim.
           
Selasa, 21 Feb 2012

            Pada jam 5:30 pagi, kami telah bangun untuk membersihkan diri. Peserta yang beragama Islam berjemaah solat Subuh dan juga tazkirah manakala peserta yang bukan beragama islam pula menghadiri aktiviti moral. Selepas selesai sahaja solat Subuh, beberapa peserta bertugas untuk menyediakan sarapan pagi manakala peserta-peserta yang lain pula meneruskan dengan aktiviti yang pertama iaitu Malaysia cergas dengan aktiviti senaman dan nyanyian empat buah lagu seperti biasa yang diketuai oleh pengerusi iaitu saudara Minarldo James Unggau. Selepas itu, kami diberi rehat untuk bersarapan sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu aktiviti kembara.

            Selepas bersarapan, kami mendengar taklimat daripada ketua jurulatih bersama dengan ketua komanden, fasilitator, semua jurulatih aktiviti dan mentor-mentor kami untuk penerangan mengenai aktiviti darat iaitu “Jungle Trekking” yang akan kami lakukan. Aktiviti kembara ini merupakan aktiviti merentas hutan sekitar Sungai Kiulu. Para guru pelatih akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan telah dibekalkan dengan 4 bungkus maggi, 7 tin sardin, 1 bungkus kecil beras dan 6 bekas aluminium untuk aktiviti memasak. Aktiviti kembara hutan dimulakan selepas selesai taklimat. Para guru pelatih perlu memerangi satu jambatan gantung yang panjang sebelum tiba di Kampung Tombung. Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan kajian sosio-ekonomi di kampung tersebut.

            Dalam sepanjang aktiviti kembara hutan tersebut, para guru pelatih akan  meredah bukit dan lurah yang cerun dancuram, serta kawasan batuan yang licin dan berbahaya. Seterusnya, kami meneruskan lagi perjalanan ke  tebing sungai agar dapat melaksanakan tugas memasak nasi dan mi segera di dalam bekas aluminium yang disediakan dengan menggunakan bahan-bahan alam sekitar. Setiap kumpulan telah berusaha untuk menghidupkan api dan memasak makanan dalam masa yang ditentukan. Selepas aktiviti memasak ini selesai, para guru pelatih bertolak pulang ke Kem Malanggang Kiulu. Aktiviti kembara hutan ini telah mengambil masa lebih kurang 4 jam. Para guru pelatih tiba di kem pada jam 4pm dan diberi masa untuk membersihkan diri serta minum petang.

            Selepas selesai makan malam pada jam 9pm, para guru pelatih telah menjalankan latihan dalam kumpulan yang pertama yang berkaitan dengan mengenali potensi diri. Seperti malam yang sebelumnya, para guru pelatih telah menjalankan tugas menjaga malam mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan. Pada malam ini, saya telah ditugaskan untuk berjaga malam atau dikenali sebagai “santri”. Saya selaku ketua menjaga malam pada jam 12 hingga 1 pagi telah memastikan tugas ini dijalankan oleh ahli menjaga malam yang lain dengan baik dan sempurna.

Rabu, 22 Feb 2012

            Pada hari ketiga iaitu Rabu, 22 Februari, tepat pukul 5.30 pagi kami dikejutkan dengan suara pengerusi supaya kami bersiap untuk membuat pengurusan diri bagi melaksanakan jadual dan aktiviti yang telah ditetapkan. Pukul 6.30 hingga 7.30 pagi kami berkumpul di lapangan untuk mengira bilangan peserta yang ada. Kami meneruskan aktiviti dengan kawad kaki dan nyanyian 4 buah lagu. Senaman telah dilakukan oleh para guru pelatih dengan bimbingan beberapa orang wakil guru pelatih. Beberapa guru pelatih juga telah ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi semasa aktiviti senaman dilakukan.

            Selepas itu, semua guru pelatih telah dibahagikan kepada 15 kumpulan yang terdiri daripada 6-8 orang dalam satu kumpulan. Kemudian, guru pelatih yang mahir berenang telah diarah untuk menjadi ketua bagi setiap kumpulan supaya boleh menyelamatkan guru pelatih yang tidak pandai berenang jika berlaku sebarang kemalangan. Guru pelatih bertolak ke Kiulu White Water Rafting dengan menaiki bus yang telah disediakan. Taklimat keselamatan dan cara-cara berkayak telah diberikan oleh jurulatih di situ sebelum aktiviti air dimulakan. Jaket keselamatan dan topi keledar telah disediakan oleh pihak berkenaan dan dipakai oleh setiap guru pelatih untuk keselamatan.
            
             Kayak merupakan salah satu aktiviti air yang mengkehendaki para guru pelatih untuk menggunakan kemahiran berkayak disamping membina daya stamina yang tinggi untuk mendayung kayak tersebut. Keceriaan dapat dilihat pada setiap wajah peserta kerana kebanyakan daripada mereka sangat menanti-nantikan aktiviti ini. Selepas berkayak selama 1 jam, semua guru pelatih berhenti di tebing sungai dan melakukan aktiviti “body rafting”. Aktiviti ini boleh membantu para guru pelatih menangai ketakutan terhadap air dan meningkatkan keyakinan diri semasa berada di dalam air selain daripada keseronokan yang diperolehi melalui aktiviti ini. Seterusnya, guru pelatih telah bersinggah di perhentian untuk menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak berkenaan.

            Aktiviti berkayak berjalan lebih kurang 5 jam, dan kami tiba di kem pada jam 4pm. Seterusnya, guru pelatih yang beragama Islam telah menunaikan kewajipan manakala guru pelatih yang bukan beragama Islam telah membuat pengurusan diri seperti mandi dan minum petang. Selepas itu, setiap kumpulan telah diberi masa untuk menjalankan perbincangan dan membuat latihan bagi persembahan yang akan dilakukan pada malam bakat nanti. Selepas makan malam, mulalah malam bakat yang dijalankan di dewan Kem Malanggang Kiulu dengan kehadiran semua jurulatih, mentor dan pensyarah. Persembahan yang ditonjolkan pada malam tersebut penuh dengan pengisian dan juga jenaka-jenaka yang mencuit hati. Kami juga berasa terhibur dan berpuas hati dengan persembahan yang telah kami laksanakan.

            Malam Bakat tamat pada jam 11:30 malam dengan lancar sekali. Selepas itu, para guru pelatih mengemaskan dewan untuk persiapan bagi majlis penutupan pada hari esok iaitu 23 Februari 2012. Kumpulan 1 dan 2 telah ditugaskan untuk membersihkan semua alatan yang digunakan di dapur selepas malam bakat selesai. Guru pelatih yang lain turut membantu mereka supaya kerja tersebut boleh disiapkan dengan cepat. Tugas menjaga malam turut dijalankan seperti biasa oleh mereka yang telah ditugaskan.

Khamis, 23 Feb 2012

            Menjelang subuh hari Khamis 23 Februari iaitu 5:30 pagi, para guru pelatih yang beragama islam bersolat subuh secara berjemaah dan manakala yang lain pula membuat pengurusan diri. Selesai sarapan dan membuat pengurusan diri, kami diminta untuk berada di dalam dewan Kem Malanggang Kiulu untuk aktiviti yang terakhir iaitu majlis penutupan BIG. Sebelum majlis penutupan dijalankan, pengerusi bagi Program Bina Insan Guru telah memberi sedikit arahan kepada kami semua supaya majlis ini berjalan dengan lancar. Kemudian, semua guru pelatih pun mengambil tempat duduk mengikut kumpulan masing-masing.

            Pada jam 8 pagi, tibalah para jurulatih dan mentor, dan akhir sekali ialah Encik Syam yang akan merasmikan majlis penutupan BIG. Majlis penutupan dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Guru Malaysia dan Lagi IPG. Selepas itu iailah bacaan doa bagi mengucapkan kesyukuran atas kesempurnaan yang diberikan oleh-Nya. Majlis penutupan diteruskan dengan ucapan daripada penghulu dan Kem Komandan iaitu Encik Abdullah Muhammad. Akhir sekali, Encik Syam memberikan ucapan perasmian penutupan maka Program Bina Insan Guru telah tamat dengan sempurnanya.
           
            Selepas itu kami diberi arahan untuk berkemas-kemas meninggalkan tapak kem dan bekerjasama mengumpulkan barang-barang yang telah digunakan seperti khemah, peralatan memasak dan sebagainya untuk dipulang semula ke stor peralatan untuk kegunaan dan kemudahan akan datang. Selesai dengan itu, peserta-peserta mula membuat pergerakan perjalanan pulang ke asrama setelah jam menunjukkan pada pukul 9 pagi. Terdapat masalah pengangkutan pada masa itu dan menyebabkan 4 orang daripada setiap kumpulan dikehendaki balik ke institut lebih awal. Hal ini demikian kerana pihak institut menghadapi masalah kerosakan bus yang kedua. Manakala para guru pelatih yang lain pula ditugaskan untuk menurunkan khemah sementara menunggu bus untuk balik ke asrama. Akhirnya semua aktiviti yang dilakukan telah berjaya dilaksanakan dari awal hinggalah tamatnya program Bina Insan Guru.

Laporan disediakan oleh,                                                          24 FEBRUARI 2012

      xinyee
..................................................................................
(PUA XIN YEE)
Guru Pelatih Ahli Kumpulan Ketiga
PISMP PC 2 Semester 1
Ambilan Januari 2012
IPG Kampus Gaya. 


GAMBAR PROGRAM BINA INSAN GURU (B.I.G)











           

Wednesday 13 June 2012

13.LEONG LEE NA


  1. BIODATA


NAMA                                  : 梁莉娜(中)        LEONG LEE NA(英)
NO. KAD PENGENALAN   : 920908-12-5674
NO. MATRIK                       : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 013
OPSYEN                               : PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT                              : NO.1642, TAMAN BINTANG, JALAN APAS, 91000 TAWAU, SABAH.
TELEFON                                            : 013-8806285
EMAIL                                                : nana.leonglina@gmail.com

2.SURAT TAWARAN


3.PENCAPAIAN KOKURIKULUM 

  1. 友谊花开

  • 硬笔比赛(2011)
  • 硬笔比赛(2012)
    2.红包大会串
  • 招待员 (2011)
  • 大合唱演出(2012)

    3.慈济环保讲座会

   4.BIG
LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU
 PISMP (SJK (C)) PC2 JANUARI 2012
            Program Bina Insan Guru ini merupakan satu program di mana para guru diberi peluang untuk membina akhlak, semangat juang yang tinggi dan mempunyai tahap ketahanan mental dan fizikal untuk menyumbang tenaga dan pengetauhuan kepada diri dan masyarakat. Tujuan utama program ini adalah untuk mematikan para guru dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan interkasi dikalangan peserta. Di samping itu, diharap para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang ada untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran.
            Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya telah mengadakan program Bina Insan Guru(BIG) di Pusat Kokurikulum Sabah, Kem Malagang Kiulu, Tuaran selama 4 hari 3 malam, iaitu bermula 20 Februari hingga 23 Februari 2012.  Para peserta program ini merupakan kelas PISMP Pengajian Cina kupulan 2, iaitu seramai 23 orang, 5 pelajar lelaki dan 18 pelajar perempuan. Program ini diketuai oleh Encik Abdullah Muhammad selaku Kem Komandan Program BIG 2012.
            Pada 20 Februari 2012, kami menunggu bas di gate utama Kampus Gaya pada 6.30 pagi. Kami bertolak dengan manaiki bas IPG Kampus Gaya pada 7.00 pagi. Perjalanan dari IPG Kampus Gaya ke Pusat Kokurikulum Sabah perlu 1jam 30 minit. Sebelum bertolak, Encik Abdullah Muhammad meminta setiap ketua kumpulan untuk mengira dan memastikan ahli kumpulan telah berada di dalam bas supaya tiada peserta tertinggal. Di bawah bimbingan Encik Abdullah Muhammad, kami berdoa bersama-sama untuk keselamatan kami semasa perjalanan.
            Pada 8.30 pagi, kami sampai ke Pusat Kokurikulum Sabah dengan selamat. Program kami dimulakan dengan taklimat keselamatan dan peraturan Kem Malanggang Kiulu. Taklimat ini diberi oleh pegawai kem itu. Pegawai Kem Malanggang Kiulu juga memberi taklimat tentang penyediaan tapak, ikatan asas dan mendirikan khemah. Selepas itu, kami diberi peluang untuk memilih ahli khemah kami iaitu seramai 4 orang. Saya ,Lady Vyona, Elaine Chang dan Yap Chiew Ying menjadi satu kumpulan. Elaine pula mewakili kumpulan kami untuk mengambil kem dan pad untuk kumpulan kami. Kemudian, kami bekerjama untuk mendiri khemah kami dengan segera. Kami mengangkat semua barang kami ke dalam khemah. Kami diberi masa untuk berehat kemudian.
            Aktiviti kemudian ialah larian lasak dan kawad kaki. Semua orang dipanggil untuk berkumpul di kawasan padang untuk kawad kaki. Encik Abdullah Muhammad sebagai jurulatih kem komander kami mengajar kami cara kawal kaki yang betul. Aktiviti yang diikuti ialah sukan tara. Antara jenis sukan yang kami menjalan ialah lompat tinggi, larian 60m dan lontar peluru.
            Pada 6.00 petang, kami diberikan masa untuk mengurus diri. Kemudian, kami makan malam di dewan makan. Dari 9.00 ke 10.30 malam merupakan masa untuk aktiviti “Ice Breaking”. Dalam aktiviti ini, kami telah menjalankan tiga permainan kecil, iaitu tiupan angin, “Human knot” dan berdiri bersama-sama. Permainan tiupan angina bertujuan untuk melatih tumpuan guru pelatih supaya kami sentiasa bersedia, permainan “Human knot” pula melatih otak kami untuk menyelesaikan knot yang begitu rumit manakala berdiri bersama-sama untuk melatih kerjasama antara guru pelatih. Kemudian, Puan Rahmah Ag. Besar memberi tugasan kepada kami untuk mencipta bendera untuk kumpulan kami. Kami dibenarkan untuk balik ke kem masing-masing untuk tidur pada 11.00 malam.
            Pada 21 Februari 2012, kami diwajid untuk menghadiri Moral pada 5.30 senja. Pada 6.30 pagi, kami berkumpul di padang untuk menaikkan bendera dan menyayi lagu institut, patriotik dan negaraku. Kemudian, kami ada sesi senaman. Selepas itu, kami makan sarapan Kemudian, kami diberi taklimat tentang kem ini. Sebenarnya, kami patut diberi ujian-ujian Psikologi. Malangnya, penceramah yang berkaitan tidak dapat hadir. Oleh itu, sesi tersebut terpaksa diubah kepada taklimat tentang aktiviti darat, iaitu kembara di hutan. Selepas itu, kami diberi masa untuk menyediakan diri sebelum bertolak ke destinasi.
            Sebelum masuk ke hutan, kami akan melalui Kampung Tombung. Kami dimintakan untuk menemu bual dua orang penduduk kampung ini. Kami juga diberi 2 buah buku nota sebagai buah tangan untuk penduduk kampung yang menerima temu bual kami. Kami juga dapat cili dan kayu dari pendudukan tersebut.
            Selepas itu, kami pun masuk ke hutan. Kami melalui 3 jambatan dan tiba di tepi sungai. Kami mula memasak untuk makan tengah hari. Kami diberi beras, maggi asam laksa dan sardin. Kami juga perlu menyedia makanan tengah hari untuk pensyarah dan pensyarah akan menilai makanan tersebut. Pada lebih kurang 4.00 petang, kami balik ke Pusat Kokurikulum Sabah. Kami diberi masa rehat yang secukupi. Minum petang juga disediakan untuk kami. Aktiviti kemudian merupakan masa untuk kami menguruskan diri. Kemudian, kami perlu menghadiri moral dan makan malam di dewan makan.
            Pada 9.00 malam, semua peserta perlu pergi ke dewan terbuka untuk membentangkan bendera. Setiap kumpulan mesti menjelaskan makna setiap komponen. Selepas pembentangan, sesi soal jawap akan diadakan. Pada 11.00 malam, kami dibenarkan untuk balik ke kem dan tidur.
            Pada 22 Februari 2012, kami perlu menghadiri moral. Pada 6.30 pagi, kami berkumpul di padang untuk menaikkan bendera dan menyayi lagu institut, patriotik dan negaraku serta bersenam. Selepas itu, kami makan sarapan Kemudian, kami diberi taklimat tentang berkayak. Kami pun bertolak ke Pukak.
            Selepas semua peserta tiba di Pukak, kami diberi taklimat tentang berkayak oleh pihak berkenaan. Kami perlu menandatangani surat pengakuan sebelum bermula aktiviti berkayak. Kami juga perlu memakai peralatan keselamatan diri. Kami pun bermula berkayak. Sepanjang kami berkayak, kami sudah mempunyai peluang untuk melakukan “Body Rafting”
            Kami berehat dan makan tengah hari di Check Point 1. Selepas itu, kami terus berkayak sampaikan ke Pusat Kokurikulum Sabah. Kemudian, kami diberi masa untuk merehat dan menguruskan diri. Aktiviti yang diikuti ialah sesi moral dan makan malam.
            Selepas makan malam merupakan sesi persembahan kumpulan. Semua kumpulan amat kreatif. Persembahan kami sangat menarik.
            Pada 23 Februari 2012, oleh sebab salah satu bas telah rosak, majlis penutupan BIG perlu diawalkan. Pada lebih kurang 8.00 pagi , kami bertolak dari Pusat Kokurikulum Sabah dan balik ke IPG Kampus Gaya.




Ini merupakan khemah kami dirikan.
Ini merupakan kampung yang kami melalui sebelum masuk ke hutan.

Gambar ini menunjuk makanan tengah hari yang kami hidangkan untuk pensyarah kami.
Gambar ini diambil semasa kami berkayak.





LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU
 FASA II


Pelaksanaan Bina Insan (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah Pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.
            Pada semester ini, kami dikehendaki menjalankan khidmat maksyarakat di Dongongon pada 22 September 2012. Dalam BIG ini, kumpulan kami ditugaskan untuk mencabut rumput di sekeliling pasar Dongongon, maka kami telah membahagikan kami kepada 2 kumpulan kecil untuk menjalankan tugas kami. Daripada peristiwa ini, saya mempelajari bahawa pengurusan masa dan sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang diamanahkan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan optimum. Kami memberi kerjasama yang sepenuhnya dengan menerima posisi pembahagian tugas kerana kami bersepakat bahawa kita harus melakukan apa-apa sahaja dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja. Selepas kami membahagikan kerja kami, maka kami pun mula menjalankan tugas kami seperti yang telah diamanahkan.
Dalam proses menjalankan tugasan kami, kami saling tolong-menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi menyiapkan kerja dengan sempurna. Ia juga penting bagi menyelakkan sebarang pertenglikahan dan persengketaan. Kesannya, kami berjaya menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada kami dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Secara langsung, hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dapat dirapatkan melalui program khidmat masyarakat ini.
Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Program ini juga dapat menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini.