NO. KAD PENGENALAN : 921014-12-5258
NO. MATRIK : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 017
OPSYEN : PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT : Kg. Bambangan, Jln. Kiansom, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
TELEFON : 016-8351320
EMAIL : xinyee_14@hotmail.com
2. SURAT TAWARAN
3. PENCAPAIAN AKADEMIK
4. PENCAPAIAN KOKURIKULUM
2012
- 红包大会串 (灯笼舞)
- 友谊花开 (硬笔比赛)
- 特殊班级学校探访
- 慈济环保讲座
2011
- 友谊花开 (硬笔比赛)
- 中华文化展
- 中秋晚会(宫廷舞)
KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PERTANDINGAN TULISAN CANTIK
5. PROGRAM BINA INSAN GURU
Laporan Program
Bina Insan Guru (BIG) 2012
PISMP Pengajian
Cina Semester 1
Pada 20 Februari – 23 Februari 2012,
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya telah mengadakan program Bina Insan
Guru (BIG) di Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Para peserta program ini terdiri
daripada 5 kelas, iaitu PISMP Pengajian Cina Semester 1 Kumpulan 1 dan 2, PISMP
TESL Semester 1 Kumpulan 1, 2 dan 3. Program BIG ini disertai seramai 122
orang, iaitu seramai 47 orang guru pelatih daripada PISMP Pengajian Cina dan 75
orang guru pelatih daripada PISMP TESL. Program ini diketuai oleh Encik
Abdullah Muhammad selaku Kem Komandan Program BIG 2012. Saudara Minarldo James Unggau telah dilantik sebagai pengerusi
program BIG.
Program
Bina Insan Guru ini merupakan satu program di mana para guru diberi peluang
untuk membina akhlak, semangat juang yang tinggi dan mempunyai tahap ketahanan
mental dan fizikal untuk menyumbang tenaga dan pengetahuan kepada diri,
keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Tujuan
utama program ini adalah untuk memastikan para guru pelatih dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi dan interaksi dalam kalangan peserta Program BIG ini.
Selain itu, diharap para peserta juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang ada untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran pada masa depan nanti. Program ini diharap dapat
melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kemantapan sahsiah yang tinggi
dan profesionalisme yang unggul dalam menghadapi cabaran pendidikan arus globalisasi
dunia tanpa sempadan.
Antara
objektif Program Bina Insan Guru ini adalah untuk menunjukkan dan mengetahui
ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Objektif
kedua ialah untuk melatih para guru pelatih meningkatkan ketahanan fizikal,
mental dan semangat juang. Seterusnya adalah untuk menguasai kemahiran asas
interpersonal dan menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan
berkesan. Objektif yang terakhir bagi Program Bina Insan Guru ini adalah untuk
memperkembangan potensi para guru pelatih sebagai insan melalui pembinaan
portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek
tugas.
Isnin, 20 Feb 2012
Sebelum mulanya
Program Bina Insan Guru ini, para guru pelatih telah banyak kali bermesyuarat
untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan. Para guru pelatih telah dibahagikan
kepada 10 kumpulan supaya aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Setiap
kumpulan juga mengadakan perjumpaan masing-masing untuk membincangkan
tugas-tugas kumpulan sendiri dan persembahan yang akan dilakukan pada malam
bakat nanti. Pada hari yang pertama, kumpulan 1-7 telah bertolak terlebih
dahulu ke Kem Malanggang Kiulu, Tuaran pada jam 8 pagi. Manakala kumpulan 8-10
pula bertolak ke destinasi pada jam 10:30 pagi. Mentor kami iaitu Encik Mohd.
Fauzi Hj Alwee turut mengiringi dalam program ini.
Semua peserta telah berkumpul
mengikut kumpulan masing-masing di dewan terbuka Kem Malanggang Kiulu, Tuaran.
Taklimat tentang peraturan-peraturan, penyediaan tapak, ikatan asas dan cara
mendirikan khemah telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah kepada kami semua.
Selepas itu, para guru pelatih diberi masa selama 15 minit untuk mendirikan
khemah di tapak perkhemahan. Semua khemah berjaya didirikan dengan lancar
sekali dalam masa yang pendek. Seterusnya kami telah dipanggil oleh ketua kem untuk berbaris serta berkumpul
semula di tapak perhimpuan untuk aktiviti kawad kaki. Aktiviti sukantara
telah dijalankan mengikut sukan divisi masing-masing, antara aktiviti yang
telah dijalankan ialah larian 60 meter, lontar peluru dan lompat tinggi.
Pada pukul 6 hingga 9 malam, kami diberi masa untuk
pengurusan diri seperti minum petang, mandi dan bersiap sedia untuk solat
berjemaah. Masuk sahaja waktu Maghrib, semua peserta yang beragama Islam
dikehendaki berada di surau untuk menunaikan kewajipan dan diselangi dengan sedikit
tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Syahir Ismail. Bagi peserta bukan
beragama Islam, aktiviti mereka bersama tutor mengenai topik-topik berkenaan
aktiviti moral. Pada pukul 9 hingga 10.30 malam bermulanya sesi “Ice Breaking”
di dewan Kem Malanggang Kiulu. Melalui aktiviti ini, kumpulan PISMP Pengajian
Cina telah lebih berkenalan dengan kumpulan PISMP TESL selaras dengan objektif
Program Bina Insan Guru ini.
Lebih kurang pukul 11 malam, sebelum kami bersiap ke
tempat tidur, satu kod rahsia diperlukan secara berbisik untuk memastikan
keselamatan kami terjamin agar tiada orang yang tidak dikenali masuk
ke kawasan perkhemahan kami lebih-lebih lagike kawasan kem. Dengan adanya kod
rahsia berjaga malam ini, para peserta dapat mengenal pasti rakan-rakan peserta
kursus dengan menyebut kod yang dirahsiakan itu. Selesai dengan kod, ahli
jawatankuasa keselamatan memberi maklumat mengenai tugasan berjaga malam yang
telah disediakan mengikut masa yang ditetapkan dari pukul 11 hingga 5 pagi
secara bergilir-gilir. Menjelang subuh peserta yang bertugas mengejutkan
peserta-peserta program yang lain untuk membuat pengurusan diri dan solat subuh
berjemaah beserta dengan tazkirah bagi peserta muslim.
Selasa, 21 Feb 2012
Pada jam 5:30 pagi, kami telah bangun untuk membersihkan
diri. Peserta yang beragama Islam berjemaah solat Subuh dan juga tazkirah
manakala peserta yang bukan beragama islam pula menghadiri aktiviti moral.
Selepas selesai sahaja solat Subuh, beberapa peserta bertugas untuk menyediakan sarapan
pagi manakala peserta-peserta yang lain pula meneruskan
dengan aktiviti yang pertama iaitu Malaysia cergas dengan aktiviti senaman
dan nyanyian empat buah lagu seperti biasa yang diketuai oleh pengerusi iaitu
saudara Minarldo
James Unggau. Selepas itu, kami diberi rehat untuk bersarapan sebelum
meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu aktiviti kembara.
Selepas bersarapan, kami mendengar taklimat daripada
ketua jurulatih bersama dengan ketua komanden, fasilitator, semua jurulatih aktiviti dan mentor-mentor kami untuk
penerangan mengenai aktiviti darat iaitu “Jungle Trekking” yang akan kami
lakukan. Aktiviti kembara ini merupakan aktiviti merentas hutan sekitar Sungai
Kiulu. Para guru pelatih akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Setiap
kumpulan telah dibekalkan dengan 4 bungkus maggi, 7 tin sardin, 1 bungkus kecil
beras dan 6 bekas aluminium untuk aktiviti memasak. Aktiviti kembara hutan
dimulakan selepas selesai taklimat. Para guru pelatih perlu memerangi satu
jambatan gantung yang panjang sebelum tiba di Kampung Tombung. Setiap kumpulan
dikehendaki menjalankan kajian sosio-ekonomi di kampung tersebut.
Dalam
sepanjang aktiviti kembara hutan tersebut, para guru pelatih akan meredah bukit dan lurah yang cerun dancuram, serta
kawasan batuan yang licin dan berbahaya. Seterusnya, kami meneruskan lagi
perjalanan ke tebing sungai agar dapat
melaksanakan tugas memasak nasi dan mi segera di dalam bekas aluminium yang
disediakan dengan menggunakan bahan-bahan alam sekitar. Setiap kumpulan telah
berusaha untuk menghidupkan api dan memasak makanan dalam masa yang ditentukan.
Selepas aktiviti memasak ini selesai, para guru pelatih bertolak pulang ke Kem
Malanggang Kiulu. Aktiviti kembara hutan ini telah mengambil masa lebih kurang
4 jam. Para guru pelatih tiba di kem pada jam 4pm dan diberi masa untuk
membersihkan diri serta minum petang.
Selepas
selesai makan malam pada jam 9pm, para guru pelatih telah menjalankan latihan
dalam kumpulan yang pertama yang berkaitan dengan mengenali potensi diri.
Seperti malam yang sebelumnya, para guru pelatih telah menjalankan tugas
menjaga malam mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan. Pada malam ini, saya
telah ditugaskan untuk berjaga malam atau dikenali sebagai “santri”. Saya
selaku ketua menjaga malam pada jam 12 hingga 1 pagi telah memastikan tugas ini
dijalankan oleh ahli menjaga malam yang lain dengan baik dan sempurna.
Rabu, 22 Feb 2012
Pada hari ketiga iaitu Rabu, 22 Februari, tepat pukul
5.30 pagi kami dikejutkan dengan suara pengerusi supaya kami bersiap untuk
membuat pengurusan diri bagi melaksanakan jadual dan aktiviti yang telah ditetapkan.
Pukul 6.30 hingga 7.30 pagi kami berkumpul di lapangan untuk mengira bilangan
peserta yang ada. Kami meneruskan aktiviti dengan kawad kaki dan nyanyian 4
buah lagu. Senaman telah dilakukan oleh para guru pelatih dengan bimbingan
beberapa orang wakil guru pelatih. Beberapa guru pelatih juga telah ditugaskan
untuk menyediakan sarapan pagi semasa aktiviti senaman dilakukan.
Selepas itu, semua guru pelatih telah dibahagikan kepada
15 kumpulan yang terdiri daripada 6-8 orang dalam satu kumpulan. Kemudian, guru
pelatih yang mahir berenang telah diarah untuk menjadi ketua bagi setiap
kumpulan supaya boleh menyelamatkan guru pelatih yang tidak pandai berenang
jika berlaku sebarang kemalangan. Guru pelatih bertolak ke Kiulu White Water
Rafting dengan menaiki bus yang telah disediakan. Taklimat keselamatan dan
cara-cara berkayak telah diberikan oleh jurulatih di situ sebelum aktiviti air
dimulakan. Jaket keselamatan dan topi keledar telah disediakan oleh pihak
berkenaan dan dipakai oleh setiap guru pelatih untuk keselamatan.
Kayak merupakan salah satu aktiviti air yang
mengkehendaki para guru pelatih untuk menggunakan kemahiran berkayak disamping membina
daya stamina yang tinggi untuk mendayung kayak tersebut. Keceriaan dapat
dilihat pada setiap wajah peserta kerana kebanyakan daripada mereka sangat
menanti-nantikan aktiviti ini. Selepas berkayak selama 1 jam, semua guru
pelatih berhenti di tebing sungai dan melakukan aktiviti “body rafting”.
Aktiviti ini boleh membantu para guru pelatih menangai ketakutan terhadap air
dan meningkatkan keyakinan diri semasa berada di dalam air selain daripada
keseronokan yang diperolehi melalui aktiviti ini. Seterusnya, guru pelatih
telah bersinggah di perhentian untuk menikmati makanan tengah hari yang
disediakan oleh pihak berkenaan.
Aktiviti berkayak berjalan lebih kurang 5 jam, dan kami
tiba di kem pada jam 4pm. Seterusnya, guru pelatih yang beragama Islam telah
menunaikan kewajipan manakala guru pelatih yang bukan beragama Islam telah
membuat pengurusan diri seperti mandi dan minum petang. Selepas itu, setiap
kumpulan telah diberi masa untuk menjalankan perbincangan dan membuat latihan
bagi persembahan yang akan dilakukan pada malam bakat nanti. Selepas makan
malam, mulalah malam bakat yang dijalankan di dewan Kem Malanggang Kiulu dengan
kehadiran semua jurulatih, mentor dan pensyarah. Persembahan yang ditonjolkan pada
malam tersebut penuh dengan pengisian dan juga jenaka-jenaka yang mencuit
hati. Kami juga berasa terhibur dan berpuas hati dengan persembahan yang telah
kami laksanakan.
Malam
Bakat tamat pada jam 11:30 malam dengan lancar sekali. Selepas itu, para guru
pelatih mengemaskan dewan untuk persiapan bagi majlis penutupan pada hari esok
iaitu 23 Februari 2012. Kumpulan 1 dan 2 telah ditugaskan untuk membersihkan
semua alatan yang digunakan di dapur selepas malam bakat selesai. Guru pelatih
yang lain turut membantu mereka supaya kerja tersebut boleh disiapkan dengan
cepat. Tugas menjaga malam turut dijalankan seperti biasa oleh mereka yang
telah ditugaskan.
Khamis, 23 Feb 2012
Menjelang
subuh hari Khamis 23 Februari iaitu 5:30 pagi, para guru pelatih yang beragama
islam bersolat subuh secara berjemaah dan manakala yang lain pula membuat
pengurusan diri. Selesai sarapan dan membuat pengurusan diri, kami diminta
untuk berada di dalam dewan Kem Malanggang Kiulu untuk aktiviti yang terakhir
iaitu majlis penutupan BIG. Sebelum majlis penutupan dijalankan, pengerusi bagi
Program Bina Insan Guru telah memberi sedikit arahan kepada kami semua supaya
majlis ini berjalan dengan lancar. Kemudian, semua guru pelatih pun mengambil
tempat duduk mengikut kumpulan masing-masing.
Pada jam 8 pagi, tibalah para jurulatih dan mentor, dan
akhir sekali ialah Encik Syam yang akan merasmikan majlis penutupan BIG. Majlis
penutupan dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Negaraku, Sabah Tanah
Airku, Guru Malaysia dan Lagi IPG. Selepas itu iailah bacaan doa bagi
mengucapkan kesyukuran atas kesempurnaan yang diberikan oleh-Nya. Majlis
penutupan diteruskan dengan ucapan daripada penghulu dan Kem Komandan iaitu
Encik Abdullah Muhammad. Akhir sekali, Encik Syam memberikan ucapan perasmian
penutupan maka Program Bina Insan Guru telah tamat dengan sempurnanya.
Selepas itu kami diberi arahan untuk berkemas-kemas
meninggalkan tapak kem dan bekerjasama mengumpulkan barang-barang yang telah
digunakan seperti khemah, peralatan memasak dan sebagainya untuk dipulang
semula ke stor peralatan untuk kegunaan dan kemudahan akan datang. Selesai
dengan itu, peserta-peserta mula membuat pergerakan perjalanan pulang ke asrama
setelah jam menunjukkan pada pukul 9 pagi. Terdapat masalah pengangkutan pada
masa itu dan menyebabkan 4 orang daripada setiap kumpulan dikehendaki balik ke
institut lebih awal. Hal ini demikian kerana pihak institut menghadapi masalah
kerosakan bus yang kedua. Manakala para guru pelatih yang lain pula ditugaskan
untuk menurunkan khemah sementara menunggu bus untuk balik ke asrama. Akhirnya
semua aktiviti yang dilakukan telah berjaya dilaksanakan dari awal hinggalah
tamatnya program Bina Insan Guru.
Laporan disediakan oleh, 24 FEBRUARI 2012
xinyee
..................................................................................
(PUA XIN YEE)
Guru Pelatih Ahli Kumpulan Ketiga
PISMP PC 2 Semester 1
Ambilan Januari 2012
IPG Kampus Gaya.
No comments:
Post a Comment