Thursday 24 May 2012

12. Lau Bie Hin

BIODATA



NAMA                                  : 刘必兴(中)        LAU BIE HIN(英)
NO. KAD PENGENALAN  : 920122-13-5045
NO. MATRIK                       : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 012
OPSYEN                               : PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT                              : LOT 9451, BANDAR BARU PERMYJAYA, 98107 MIRI,                                                                                                   
                                                SARAWAK.
TELEFON                             : 016-871 1132
EMAIL                                  : biehin92@hotmail.com




SURAT TAWARAN








































PENCAPAIAN KOKURIKULUM


2012


1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛













2. 亚庇友谊花开文艺节征文比赛






























2011


1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛













2. 亚庇友谊花开文艺节征文比赛(季军)













3. 亚庇饥饿30自办营







































2010


1. Sabah Youth National Forum (SYNF)




































2. Anugerah Kepimpinan Gerak Kerja Kokurikulum Persatuan Seni Budaya






































PROGRAM BINA INSAN GURU (B.I.G)


Gambar-Gambar



































Laporan

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (B.I.G) PISMP SEMESTER 1

Rombongan seramai 120 orang guru pelatih yang terdiri daripada opsyen Pengajian Cina dan TESL serta beberapa orang pensyarah pembimbing telah menyertai program Bina Insan Guru (B.I.G) fasa satu anjuran IPG Kampus Gaya. Program tersebut dijalankan di Kampung Malanggang, Kiulu, Tamparuli selama empat hari tiga malam iaitu dari 20 Februari 2012 sehingga 23 Februari.

20 Februari 2012, Isnin
Pada 6.30 pagi, kumpulan 1 hingga kumpulan 7, di mana semua guru pelatih telah dibahagikan kepada 10 kumpulan sebelum ini, bersiap sedia di bahagian yang berdekatan dengan gerbang ipg dan bertolak ke destinasi dengan menggunakan bas IPG. Kumpulan 8 hingga kumpulan 10 pula bertolak ke Kiulu pada jam 8.30 pagi. Setelah semua orang tiba ke Kiulu, kami pun berkumpul dan meletakkan barang sendiri di dewan Pusat Kokurikulum Sabah. Taklimat serta demonstrasi mengenai ikatan asas dan cara mendirikan khemah ditunjukkan oleh pegawai pusat pada pukul 2.00 petang. Kemudian, kami memilih tapak, mendirikan khemah dan menguruskan benda masing-masing mengikut kumpulan. Selepas itu, kami rehat untuk setengah jam. Pada jam 4.30 petang, aktiviti larian lasak dijalankan dan kawad kaki dilangsungkankan bawah pimpinan Ken Komandan, Encik Abdullah Muhammad di padang pusat. Pengurusan diri, sesi moral dan makan malam pula dijalankan pada pukul 6.00 petang. Seterusnya, aktiviti “ice breaking” yang diketuai oleh Puan Rahmah Ag. Besar berlangsung pada jam 9.00 malam supaya kami semua mengenali satu sama lain secara lebih mendalam. Dalam aktiviti ini, semua kumpulan telah menghasilkan bendera kumpulan tersendiri. Akhirnya, kami pun pergi tidur pada pukul 10.30 malam.

21 Februari 2012, Selasa
Pada jam 6.30 pagi, kami bersedia untuk menghadiri sesi moral. Kemudian, aktiviti Malaysia Cergas telah dijalankan pada pukul 7.30 pagi. Dalam aktiviti tersebut, kami menyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Sabah dan lagu institut. Setelah senaman aerobik dilakukan, kami pun berkumpul di kantin untuk sarapan pagi. Selepas itu, kami rehat dan bersiap sedia untuk melibatkan diri dalam aktiviti merentas hutan pada jam 10.30 pagi. Sepanjang perjalanan, kami menziarahi dan menemu ramah penduduk tempatan agar memahami kehidupan mereka dengan lebih lanjutnya. Kembara turut dijalankan dan kami perlu menyediakan makanan dengan bahan-bahan yang dibekalkan seperti bekas makanan, beras, mee segera, sardin dalam tin dan sebagainya. Selepas makan, kami balik ke tapak perkhemahan untuk pengurusan diri di samping menghadiri sesi moral serta makan malam pada pukul 6.00 petang. Pembentangan tentang bendera kumpulan masing-masing dijalankan pada jam 9.00 malam dan masa rehat pada malam ini bermula dari jam 11.00 malam. Saya bekerja sebagai sentri pada malam tersebut.

22 Februari 2012, Rabu
Kami bersiap sedia dan menghadiri sesi moral pada pukul 6.30 pagi. Kemudian, aktiviti Malaysia Cergas telah dijalankanpada jam 7.30 pagi. Dalam aktiviti tersebut, kami menyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Sabah dan lagu institut. Setelah senaman aerobik dilakukan, kami pun berkumpul di kantin untuk sarapan pagi. Selepas itu, kami rehat dan bersiap sedia untuk menyertai aktiviti berkayak pada jam 10.30 pagi. Sepanjang masa aktiviti berlangsung, kami berkayak dengan mempraktikkan semangat kerjasama. “Human rafting” turut dijalankan bawah kawalan pensyarah dan jurulatih yang bertugas. Selepas berkumpul dan makan tengah hari, kami meneruskan aktiviti berkayak ini sehingga sampai ke destinasi kami yang berhampiran dengan tapak perkhemahan. Seterusnya, pengurusan diri, sesi moral dan makan malam pula dijalankan pada pukul 6.00 petang. Pada jam 9.00 petang, persembahan kumpulan telah dilangsungkan dan masa rehat bermula dari pukul 11.00 malam.

23 Februari 2012, Khamis
Pada pukul 6.30 pagi, kami bersedia untuk menghadiri sesi moral. Kemudian, aktiviti Malaysia Cergas telah dijalankan pada jam 7.30 pagi. Dalam aktiviti tersebut, kami menyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Sabah dan lagu institut. Setelah senaman aerobik dilakukan, kami pun berkumpul di kantin untuk sarapan pagi. Selepas itu, sesi penghargaan diri, perubahan sikap dan refleksi dijalankan pada pukul 10.00 pagi. Semua peserta dikehendaki merumuskan aktiviti B.I.G selama 4 hari tersebut. Setiap wakil kumpulan telah menyampaikan refleksi tentang program tersebut dari segi kelebihan dan kekurangan. Pada jam 12.30 tengah hari, majlis penutupan telah dilangsungkan. Khemah diturunkan dan kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk pulang ke IPG dengan menggunakan bas IPG pada pukul 1.00 petang. Program B.I.G ini telah dijalankan dengan jayanya.



Disediakan oleh:
____________
(LAU BIE HIN)
Guru Pelatih,
PISMP PC (2) Semester 1,
 IPG Kampus Gaya.

No comments:

Post a Comment