4. CHONG SHAN NI
1) BIODATA
Nama : (中) 张姗霓 (英) CHONG SHAN NI
No. I/C : 911219-12-5770
No. Kad Matrik : IPGKG/PISMP/BC(2)/2012/01/004
Opsyen : PISMP PC2 SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI 2012
No. Telefon : 016-8229906
Email : cutieberry1991@hotmail.com
Alamat : NO 8A, TAMAN SINARAN, 89600 PAPAR, SABAH.
2) SURAT TAWARAN
3) PENCAPAIAN AKADEMIK
4) PENCAPAIAN KOKURIKULUM
2010年
中秋晚会 - 月亮代表我的心(手语)
2011年
红包大会串 - 招待员
亚庇友谊花开之硬笔比赛
2012年
红包大会演 - 迎宾舞
慈济环保讲座
教具展览
B.I.G
Laporan
Tentang B.I.G ke Kampung Malangang Kiulu
Isnin, 20 Februari 2012
Aktiviti: Taklimat, penyediaan tapak dan mendirikan
khemah
Hari ini merupakan hari pertama saya
menjalani program Bina Insan Guru (BIG). 5 kelas termasuklah PISMP Tesl dan pengajian cina yang seramai 120 orang
guru pelatih telah menyertai program BIG ini. Disebabkan bilangan guru pelatih
yang ramai, kami dibahagikan kepada dua
kumpulan untuk bertolak ke tempat program. Kumpulan satu akan bertolak
pada pukul 8.00 pagi manakala kumpulan dua bertolak pada pukul 10.30 pagi. Saya
mengikuti kumpulan dua. Pada pukul 10.00 pagi, saya dan rakan sekumpulan saya
membawa barangan kami dan berkumpul di tempat menunggu bas. Kami berlepas tepat
pada jam 11.00 pagi dan tiba di Kampung Kiulu 1jam 30 minit kemudian.
Setelah
semua guru pelatih tiba di tempat program, penyelaras telah memberikan taklimat
ringkas berkaitan dengan peraturan di tempat program, tapak perkhemahan dan
juga membuat demonstrasi tentang cara yang betul untuk mendirikan khemah. Kami
telah dibahagikan kepada empat orang berkongsi satu khemah. Selepas memilih
rakan sekhemah, kami beratur dan mengambil alatan di stor untuk mendirikan
khemah. Semua khemah telah Berjaya didirikan dan tersusun di atas padang.
Setelah pengurusan diri, kami
memulakan kelas moral pada pukul 7.00 pm. Kami diberi sedikit ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan aktiviti pada keesokan hari. Selepas mengadakan makan malam,
kami telah berkumpul di dewan dan melakukan aktiviti “breaking ice” yang
bertujuan merapatkan hubungan antara guru pelatih. Selepas itu, kami juga
diberi tugasan iaitu mencipta yel dan juga melukis logo di atas kain untuk
kumpulan kami. Kami berehat pada pukul
10.30pm.
Selasa, 21 Februari 2012
Aktiviti: Aktiviti Darat (Jungle Trekking)
Pada
pukul 5.30am, semua guru pelatih telah bangun dan menguruskan diri. Guru
pelatih muslim pergi ke surau untuk sembayang. Manakala guru pelatih yang bukan
muslim telah berkumpul di dewan dan memulakan kelas moral. Selepas mereka
sembayang, kami berkumpul di depan khemah untuk memulakan senaman pagi.
Pada pukul 7.30 pagi, kami
telah mengambil sedikit sarapan pagi. Kemudian, kami telah mengemaskan segala
peralatan dan makanan ringan untuk dibawa ke dalam hutan. kami menyiapkan
segala peralatan yang perlu kami bawa seperti bekalan air bersih yang
mencukupi, peralatan serta bahan untuk memasak seperti yang telah ditetapkan. Aktiviti
ini dijalankan secara berkumpulan, kami beratur mengikut kumpulan yang telah
dibahagikan. Sebelum bergerak ke dalam hutan, sekali lagi kami menerima
taklimat daripada pensyarah yang mengiringi kami. Kami diberi satu tugasan
bahawa kami harus mengunjungi dua buah rumah di tengah perjalanan iaitu di
sebuah kampung untuk memberi cendera mata dan mendapat sedikit barang
daripadanya. Selain itu, kami juga diminta mempelajari sekurang – kurang lima
perkataan bahasa dusun.
Selepas aktiviti mengunjung rumah orang kampung, kami
bertolak memasuk ke dalam hutan. Dalam perjalanan kami telah melintasi seramai
tiga jambatan gantung yang panjang. Salah seorang anggota kumpulan kami sangat
takut dengan jambatan gantung dan menyebabkan “traffic jam” di atas jambatan
tersebut. Perjalanan kami semakin masuk hutan semakin susah dan bahaya, jalan
menjadi lebih kecil dan licin, menaiki bukit dan menurun bukit, jambatan yang
diperbuat daripada tiga batang bambu, menyeberangi sungai, batu yang licin dan
sebagainya.
Berjalan selama 2 jam lebih,
kami pun sampai di tepi sebuah sungai. Setibanya kami disana, kami memasak
bekalan yang kami bawa dengan peralatan yang ada dan dengan keperluan yang amat
terhad. Selesai memasak, makan tengah hari dan membersihkan peralatan yang kami
telah gunakan itu, kami membersihkan kawasan sekitar dan meneruskan perjalanan
kami untuk pulang ke khemah. Perjalanan kami adlah tidak sama dengan jalan yang
awalnya. Kami berjalan di atas jalan raya. Tidak lama kemudian, kami pun tiba
di kawasan khemahan kami.
Pada masa ini, iaitu pukul 4.00 petang, hujun mula turun.
Aktiviti “flying fox” telah dibatalkan. Oleh itu, kami menguruskan diri dan
mengadakan kelas kerohanian. Selepas makan malam, kami berkumpul di dewan dan
berlatih untuk persembahan kumpulan masing – masing. Kami berehat pada pukul
11.00malam.
Rabu, 22 Februari 2012
Aktiviti: Aktiviti Air (Water Rafting)
Seperti semalam, semua orang bangun
awal dan menguruskan diri untuk bermula menjalani aktiviti pada hari ini.
Selepas bersarapan, kami dikehendaki membuat penyediaan untuk aktiviti air.
Aktiviti ini dlakukan di Sungai Kiulu “White Water Rafting”. Kami telah
dipecahkan kepada tiga kumpulan besar untuk giliran menaiki bas ke tempat tersebut.
Dalam kumpulan besar itu, kami dipecahkan lagi kepada tujuh orang dalam satu
kumpulan kecil sebagai ahli kumpulan dalam satu kayak.
Bas hanya dapat menurunkan kami di
tepi jalan, kami dikehendaki menjalan kaki ke dalam tempat menjalankan aktiviti
air. Setelah semua guru pelatih tiba di situ, pihak berkuasa memberi kami
taklimat ringkas tentang cara berkayak, cara memakai alatan, dan aspek
keselamatan jika berlaku sesuatu semasa menjalankan aktiviti air. Selepas semua
persediaan disiapkan, kami mula berkayak mengikut kumpulan yang dibahagikan dan
setiap kumpulan diiringi oleh seorang pak cik yang mahir dalam aktiviti air.
Selain berkayak, kami juga mengadakan aktiviti “body rafting”. Kami amat
menikmati dengan aktiviti ini.
Semasa
melakukan aktiviti air, beberapa masalah telah berlakunya. Kayak terbalik dan
juga ada guru pelatih terapung ke jarak yang jauh semasa “body rafting”.
Walaubagaimanapun, tiada seorang pun yang cedera. Kami berkayak mengikut
sepanjang sungai. Setelah mengambil makan tengah hari di tepi sungai, kami
meneruskan perkayakan dengan lebih bertenaga. Akhirnya kami berkayak balik ke
khemah pada pukul 3.00 petang.
Selepas
pengurusan diri dan makan malam, kami mula sibuk untuk persembahan kami.
Kumpulan saya iaitu kumpulan lapan merupakan pihak yang bertugas pada malam
ini. Semua kumpulan berusaha melakukan persembahan mereka masing – masing.
Persembahan adalah sangat baik dan menarik. Pada pukul 11.00 malam, persembahan
pun tamat dalam keadaan yang riuh-
rendah.
Khamis, 23 Februari 2012
Aktiviti: Perasmian penutup
Hari ini adalah hari terakhir untuk
program BIG. Selepas bersarapan, semua guru pelatih dikehendaki memakai baju
putih dan berkumpul di dewan pada pukul 7.00 pagi. Sebelum majlis penutupan bermula,
semua kumpulan memilih seorang wakil memberi ucapan sedikit. Majlis penutupan
dimula pada pukul 8.00 pagi. Selepas itu, kami mengemas barang dan membuat
persediaan untuk balik ke kampus. Saya diberi peluang untuk mengikut bas yang
pertama balik ke kampus. Kami meninggalkan tempat itu pada pukul 9.00 pagi.
Bagi guru pelatih yang menunggu di situ diberi tugasan menyimpan khemah. Pada
pukul 11.00 pagi, kami tiba di kampus dan balik ke asrama masing – masing.
______________
(Guru Pelatih)
CHONG SHAN NI
PISMP PC(2) Semester 1
IPG Kampus Gaya.
No comments:
Post a Comment