NO. KAD PENGENALAN : 900829-12-5694
NO. MATRIK : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 015
OPSYEN : PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT : Jalan Lingkudau Ring,Peti Surat 332,89008 Keningau,Sabah.
TELEFON : 016-5099025
EMAIL : marina_rin90@yahoo.com
Surat tawaran
Surat tawaran PISMP |
Pencapaian Akademik
Slip keputusan
Pencapaian Kokurikulum
Aktiviti PPISMP Semester 1 (2010)
1. 秋之月圆夜(戏剧表演)
Aktiviti PPISMP Semester 2 (2011)
1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛
2.红包大会串
- 幕后司仪(马来文)
Aktiviti PPISMP Semester 3 (2011)
1. PLBD (KK Wetlands Centre)
2. PLBD (Museum Sabah)
3. Pameran Getaran Seni (21.9.2011)
4. Save our Earth - Beyond d hour of Earth Hour
5. 爱薇签名会
Aktiviti PISMP Semester 1 (2012)
1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛
2.红包大汇演
- 手语表演
3.慈济环保讲座
4. Lawatan sambil belajar ke sekolah pendidikan khas SK Kolombong
5.Bina Insan Guru (BIG)
Laporan Tentang Program Bina Insan Guru
Program Bina Insan Guru
(B.I.G) ini telah berjaya dijalankan pada 20 hingga 23 Februari 2012. Saya juga
melalui kehidupan perkhemahan selama 4 hari 3 malam, bertempat di Kem
Malanggang, Kiulu, Tuaran. Program ini melibatkan semua pelajar PISMP SEMESTER
1 AMBILAN JANUARI 2012. Terdapat seramai 120 orang pelajar mengikuti program
Bina Insan Guru ini. Pada hari pertama, saya dan peserta lain berkumpul di
kawasan pintu besar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dengan barang
masing-masing. Selepas memastikan semua pelajar hadir, kumpulan 1 hingga 7 pun
bertolak dengan dua buah bas pada jam 7 pagi ,menuju ke destinasi kami iaitu
Kem Malanggang. Kumpulan 8 hingga 10 pula bertolak sebagai rombongan kedua. Setibanya
di Kem Malanggang pada jam 10 pagi, kami menurunkan barang-barang di dewan
besar dan berkumpul mengikut kumpulan,di samping menunggu kumpulan lain yang
belum sampai. Ahli kumpulan 3 dan 4 bertanggungjawab untuk memasak pula
menyusun barangan masakan di dapur dewan makan.Saya tidak membuang masa dan
menolong di kawasan dapur.
Pihak-pihak pengurusan Pusat Kokurikulum Sabah
memberikan taklimat kepada kami tentang pemasangan dan peleraian khemah.
Kawasan yang dipilih harus kering dan selamat. Seterusnya, kami pun memasang
khemah bersama-sama rakan sekhemah. Kem komanden merupakan saudara Minarldo
Arthur yang berperanan untuk memanggil semua peserta untuk berkumpul di padang.
Semua peserta dilatih mengenai asas kawat. Selepas itu,kami diberi masa rehat.
Sukantara turut berlangsung pada jam 4 petang di kawasan padang,di mana
acaranya termasuk larian 100 m,lompat tinggi,lompat jauh dan melontar peluru.
Saya tidak berpeluang menyertai sukantara disebabkan terlibat dalam tugas
menyediakan makan malam. Minum petang turut diberikan. Sementara itu,peserta
diberi masa untuk pengurusan diri dan aktiviti moral untuk peserta bukan muslim
dijalankan,manakala peserta muslim pula menunaikan solat. Semua peserta dan
jurulatih mengambil makan malam selepas melalui hari yang penat. Aktiviti “Ice
Breaking” juga dijalankan di dewan besar ,iaitu sesi perkenalan dan permainan
untuk para peserta.Aktiviti tersebut berjaya menguatkan hubungan silaturahim
antara peserta,terutamanya pelajar kursus TESL dan PC.
Pada hari kedua,kami dikejutkan dengan bunyi wisel
untuk pengurusan diri ,selepas itu Encik Ladius Emor memberikan ucapan tentang
isu moral. Sejurus selesai menikmati sarapan pagi,kami berkumpul dan berbaris
mengikut tatacara perbarisan serta menyanyikan lagu institut, patriotik dan Negaraku.
Taklimat tentang aktiviti kembara diberikan oleh jurulatih. Setiap peserta
membawa beg galas agar senang mengharungi jalan semasa aktiviti kembara. Jumlah
peserta dipastikan betul dan kami pun bertolak. Sesampainya di Kampung Tombung,
kami diberi tugas untuk menemuramah penduduk kampung mengenai sosioekonomi
mereka, mencari tumbuhan herba, mencatatkan arah dan jarak perjalanan serta
mempelajari bahasa penduduk kampung tersebut. Selepas itu, kami pun memasuki
kawasan hutan untuk meneruskan perjalanan dan aktiviti memasak di dalam hutan.
Jalan yang berliku-liku dan curam tetap kami tempuhi agar dapat mencapai
destinasi. Kami menggunakan air sungai dan ranting kayu untuk memasak. Makanan
disediakan dahulu untuk jurulatih ,termasuklah maggi asam laksa dan sardin.
Selesai makan,kami membersihkan kawasan tersebut dan meneruskan perjalanan
balik. Kami diberi masa untuk pengurusan diri dan bersedia untuk minum petang.
Saya yang bertugas untuk membersihkan kawasan tidak dapat mengikuti aktiviti
perbincangan di dewan besar. Selepas itu, aktiviti kerohanian dan solat pun
berlangsung ,seterusnya kami mengambil makan malam. Pada waktu malam, para
peserta berkumpul di dewan besar untuk mengikuti permainan yang telah
disediakan.
Hari ketiga dimulakan dengan aktiviti pengurusan diri
dan moral berlangsung pada waktu pagi,dan sarapan turut diambil. Taklimat
tentang aktiviti “rafting” diberikan kepada peserta. Semua peserta mendengar
dengan teliti disebabkan aktiviti ini amat berisiko dan berbahaya. Kami
bertolak ke “starting point” untuk aktiviti “rafting” dan berkumpul mengikut
kumpulan. Seorang pihak pengurusan “rafting” memberikan taklimat kepada kami
tentang pemakaian baju keselamatan (life jacket), penggunaan “paddle”, cara
duduk dalam bot dan aspek-aspek keselamatan yang lain. Setiap pesert amat
teruja untuk memulakan aktiviti “rafting”, sementara itu beberapa peserta
diarah masuk ke dalam air untuk merasai kesejukan air sungai. Setiap bot
mengandungi 8-9 orang,termasuklah “rafter” dan pensyarah,namun cuma beberapa bot
sahaja mempunyai pensyarah. Kami juga disuruh untuk “capsized”,iaitu
menterbalikkan bot untuk merasai pengalaman berada di dalam air sungai.
“Body rafting” juga dijalankan untuk memberi pengalaman kepada peserta berada di
dalam air. Seluruh perjalanan “rafting” mengambil jarak 13 kilometer, di mana
peserta harus berhenti di kawasan hentian untuk mengambil makan tengahari dan
menyambung perjalanan . Sesampainya di kawasan kem, kami berhenti dan berehat,
seterusnya balik ke dalam kem .Semua peserta amat penat dan menguruskan diri.
Makan malam disediakan selepas pengurusan diri. Keadaan yang amat penat dan
lena tidak mengizinkan kami untuk meneruskan aktiviti moral. Pada waktu
malam,peserta berkumpul di dewan besar dan bersedia untuk persembahan malam bakat.
Terdapat 10 persembahan yang berlangsung dan dinilai oleh para jurulatih.
Pujian dan galakan diberikan kepada semua peserta disebabkan daya kreatif
peserta telah menjadikan persembahan-persembahan amat menarik. Semua peserta
akhirnya berehat dan tidur di khemah masing-masing. Saya dan beberapa rakan
menunaikan tugas sentri kami untuk berjaga malam pada jam 3-4 pagi.
Pada hari terakhir, kesemua peserta bangun untuk
menguruskan diri dan berkumpul di dewan besar. Aktiviti refleksi dijalankan
sesama peserta untuk membolehkan kami meluahkan segala-galanya yang berlaku
sepanjang kem. Seepas itu, kami semua bertepuk tangan untuk mengalu-alukan
Encik Shan yang turut hadir dan memberikan ucapan serta merasmikan upacara
penutupan program Bina Insan Guru kali ini. Bas institut mengalamai kerosakan
dan cuma satu bas sahaja berfungsi. Maka,setiap kumpulan mengeluarkan 4 orang
untuk balik ke institut dalam rombongan pertama ,membantu mengangkat peralatan
setibanya di kawasan institut. Peserta lain pula bertugas meleraikan khemah dan
menyimpannya semula. Kawasan kem dibersihkan dan dikembalikan kepada keadaan
yang asal.Rombongan kedua dan ketiga bertolak apabila bas sampai di kawasan
kem.
Gambar Program Bina Insan Guru
Persembahan malam bakat |
Latihan untuk persembahan malam bakat |
Taklimat untuk pemasangan khemah |
Aktiviti "rafting" |
Bergambar dengan penduduk kampung |
Merentasi jambatan gantung |
6. Pameran ABM (Bahasa Cina)
No comments:
Post a Comment