NO. KAD PENGENALAN : 920401-12-5536
NO. MATRIK : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 002
OPSYEN : PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT : NO.29, Lrg Raja Udang 3A,Tmn Kingfisher Park,88450,KK,Sabah.
TELEFON : 016-8178790
EMAIL : eiling_rainbow@hotmail.com
Pencapaian Kokurikulum
Surat tawaran
Pencapaian Kokurikulum
2010 :
1. 中秋晚会 (扇子舞蹈)
2011 :
1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛
2.红包大会串
- 招待员
3. 亚庇饥饿30自办营
Laporan
Program Bina Insan Guru 2012 Fasa 1
Program
Bina Insan Guru (BIG) 2012 ini adalah diadakan oleh Institut Pendidikan Guru
(IPG) Kampus Gaya pada 20 Februari 2012 hingga 23 Februari 2012. Program ini
dijalankan sepanjang 4 hari 3 malam di Kiulu, Tamparuli. Para peserta program
ini terdiri daripada PISMP PC dan PISMP TESL Semester 1 2012. Program ini disertai seramai 122 orang
guru-guru pelatih, iaitu seramai 48 orang gru-guru pelatih terdiri daripada
PISMP PC Semester 2012 dan 74 orang gru-guru pelatih pula terdiri daripda PISMP
TESL Semester 2012. Program ini dibimbing oleh seramai 5 orang pensyarah.
Pada 20 Februari 2012 (Isnin) merupakan hari pertama bagi
Program Bina Insan Guru ini berlangsung. Pada jam 6.45 pagi, guru-guru pelatih yang
dari kumpulan 1 higga 7 telah diarahkan untuk pergi ke pintu utama IPG Kampus
Gaya bagi menunggu bus yang akan menghantar kami pergi ke Kiulu, Tamparuli.
Kumpulan dari 8 hingga 10 pula akan bertolak pada jam 10 pagi disebabkan
kekurangan bus di IPG Kampus Gaya dan bilangan guru-guru pelatih yang menyertai
adalah agak besar. Setelah semua guru-guru pelatih yang dari kumpulan 1 hingga
7 telah sampai, kami semua pun bertolak pada jam 8 pagi. Kami telah berjaya
bertiba di Pusat Kokurikulum, Kem Melangang, Kiulu, Tamparuli pada jam 9.00
pagi. Selepas bertiba di Pusat Kokurikulum, kami semua telah menurunkan beg-beg
kami dari bus dan bus akan balik ke IPG Kampus Gaya untuk menyambut guru-guru
pelatih yang dari kumpulan 8 hingga 10. Sementara menunggu ketibaan semua
guru-guru pelatih sampai, kami diberikan masa untuk bermain permainan yang
terdapat di sana dan juga makan tengah hari pada masa yang terluang.
Pada jam sekira-kiranya 11.45am, guru-guru pelatih yang
dari Kumpulan 8 hingga 10 juga sampai. Kami telah diberi taklimat oleh pihak
pengurus di Pusat Kokurikulum tentang keselamatan sepanjang berada di sitiu dan
bagaimana caranya untuk mendirikan dan mengemas khemah. Selepas itu, kami telah
diarah pergi ke padang untuk menjalankan aktiviti kawad kaki selepas taklimat
tamat. Kami juga diberi masa selama 30 minit mencari tapak dan mendirikan
khemah kamai di padang selepas aktiviti kawad kaki dijalankan. Pada waktu
petang pula, kami telah menjalankan Sukan Tara di Pusat Kokurikulum disebabkan kami
tidak dapat menghadiri Sukan Tara yang diadakan di IPG Kampus Gaya pada 21
Februari 2012. Sukan yang dijalankan kepada semua guru-guru pelatih adalah
seperti lompat tinggi, lari 60 Meter dan lontar peluru. Semua guru pelatih
diberikan selama 1 jam untuk pengurusan diri.
Pada
pukul 6.30pm, guru-guru pelatih yang beragama Islam akan pergi menunaikan solat
manakala guru-guru pelatih yang bukan beragama Islam akan pergi ke kuliah
Moral. Pada jam 8.15pm, kami semua telah diberi memakan makanan malam yang
disediakan oleh guru-guru pelatih yang mengambil ahli tugasan dalam masakan
pada malam tersebut. Semua makanan yang dihidangkan oleh mereka sangat enak.
Selepas mengenyangkan perut, kami telah pergi ke dewan untuk menjalankan
aktiviti seterusnya, iaitu Ice Breaking. Kami telah memainkan beberapa
permainan kecil seperti angin bertiup kencang dan menyebut nama orang yang
berlainan dari kelas anda. Permainan tersebut dapat memberi peluang kepada kita
untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Selepas permainan,
kami juga diarahkan mencipta logo bagi kumpulan masing-masing dan akan
dibentangkan pada keesokkan pagi. Guru-guru pelatih telah dibenarkan tidur pada
pukul 11.30pm. Saya dan salah satu kawan saya telah bangun pada waktu 1.00am
untuk membuat rondaan hingga jam 2.00am.
Pada 21
Februari 2012 (Selesa), saya dan guru pelatih yang lain telah dibangunkan pada
pukul 4.30 pagi untuk pengurusan diri. Pada jam 5.30 pagi, guru-guru pelatih yang
beragama Islam akan pergi menunaikan solat subuh manakala saya dan guru-guru
pelatih yang bukan beragama Islam akan pergi ke kuliah Moral. Seterusnya, kami
semua pergi ke padang untuk menyanyikan lagu Institut, Patriotik dan Negaraku
dan juga melakukan senaman aroebik. Kami menghidangkan sarapan pagi kami pada
jam 8.00 pagi. Selepas itu, saya pun balik ke khemah untuk mengemaskan
barang-barang yang akan dibawa ke hutan untuk aktiviti darat, iatu jejak
kembara. Saya dan ahli kumpulan saya mula
bertolak dalam bimbingan seorang pensyarah bersama dengan ahli Kumpulan 1. Kami berjalan kaki ke
Kampung Tombung untuk membuat temu bual dengan penghuni-penghuni yang tinggal
di situ untuk membuat kajian tentang ekonomi yang dijalankan serta sejarah
dalam kampung tersebut. Saya dan ahli kumpulan saya telah menemu bual seorang
penghuni Dusun untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut di kampung tersebut.
Kami telah menggunakan sebuah buku nota IPG Kampus Gaya untuk berterima kasih
atas kerjasamanya manakala penghuni tersebut pula memberi kami topi tenunan
yang cantik sekali sebagai balasan. Kami juga mendapat sebiji nangka sebagai
balasan daripada seorang penghuni di kampung tersebut yang menerima temu bual
kami.
Selepas
itu, saya dan ahli kumpulan saya telah meneruskan perjalanan kami untuk
memasuki hutan bagi meneruskan aktiviti jejak kembara. Perjalanan dalam hutan
tersebut adalah amat licin disebabkan hujan yang tidak berhenti-henti beberapa
hari. Perjalanan di dalam hutan juga agak susah untuk melalui kerana banyak
semak-samun yang panjang dan lumpur yang basah. Permukaan di hutan yang tidak
rata dan curah juga menyebabkan saya berjalan dengan perlahan dan berhati-hati
agar tidak terjatuh ke bawah curam. Malangya, saya telah terjatuh di dalam
perjalanan tengah kerana terpijak satu batu yang licin kerana permukaan batu
tersebut ditumbuh dengan lumut . Kami
juga melalui tiga batang jambatan
gantung untuk bertiba di destinasi yang ingin kami sampai bagi menjalankan
aktiviti masakan kepada pensyarah di hutan. Saya dan ahli kumpulan saya telah
berkerjasama menjalankan tugas masing-masing dalam masakan. Kami telah
mengambil masa yang panjang untuk menyalak api dan memasak nasi. Kami juga
telah memasak Sardin dan Maggie yang perisa Asam Lasak sebagai makan tengah
hari kami dan juga kepada pensyarah.
Kami
terus meneruskan perjalanan kami untuk balik ke Pusat Kokurikulum setelah
mengemaskan semua barang di situ. Hujan mulai turun renyai-renyai dalam
perjalanan kami berjalan balik ke Pusat Kokurikulum. Saya sampai pada jam 3.30
petang dan kami semua diberi kebenaran untuk pengurusan diri dengan lebih awal
disebabakan hujan mulai berturun. Kami telah disediakan minuman petang pada jam
4.30 petang. Kemudian, saya dan ahli kumpulan saya juga berlatih dan berbincang
bersama-sama untuk membuat persiapan bagi persembahan pada malam hari Rabu pada
jam 5.30 petang. Seterusnya, guru-guru pelatih yang beragama Islam akan pergi
menunaikan solat manakala guru-guru pelatih yang bukan beragama Islam akan
pergi ke kantin untuk menjalankan aktiviti. Kami semua telah dibahagi kepada 2
kumpulan, iaitu orang yang beragama Kristian dan orang yang beragama Buddha
untuk memainkan permainan. Kami telah memakan makanan malam pada jam 8.20pm.
Saya dan ahli-ahli kumpulan yang lain telah melangkah ke dewan untuk
menjalankan aktiviti yang seterusnya pada jam 9.00 malam. Kami semua duduk
dalam kumpulan untuk membentangkan loga dan mensyorkan yell yang kami cipta
pada hari Isnin malam. Pembentangan yang dibentangkan dan yell yang dicipta
oleh semua kumpulan adalah amat menarik. Kumpulan saya iaitu Kumpulan 2 telah
berjaya memenangi yell yang terbaik di antara semua kumpulan. Saya telah tidur
pada jam 11.30 malam selepas semua aktiviti tamat.
Pada hari ketiga, iaitu 22 Februari 2012 ( Rabu ), saya
dan guru pelatih yang lain telah dibangunkan pada pukul 4.30 pagi untuk
pengurusan diri. Pada jam 5.30 pagi,
guru-guru pelatih yang beragama Islam akan pergi menunaikan solat subuh
manakala saya dan guru-guru pelatih yang bukan beragama Islam akan pergi ke
kantin. Seterusnya, kami semua pergi ke padang untuk menyanyikan lagu Institut,
Patriotik dan Negaraku dan juga melakukan senaman aroebik. Kami menghidangkan
sarapan pagi kami pada jam 8.00 pagi. Pada hari ini, kami akan menjalankan
akitivi air, iaitu berkayak. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang amat
memandang hadapan oleh semua orang. Saya pun balik ke khemah untuk mengemaskan
barang-barang yang akan dibawa ke Kiulu White Water Rafting, Tamparuli. Kami
telah dibahagikan kepada kumpulan di antara 7 hingga 8 orang untuk berkayak dan
diberi taklimat yang singkat oleh pensyarah. Selepas itu, kami pun bertolak
dengan menaiki bus. Semasa tiba di situ, kami telah diberi untuk memakai jaket
keselamatan dan topi keledar sebelum pergi berkayak. Kami juga diberi taklimat
yang berkaitan dengan bagaimana memakai jaket keselamatan dan topi keledar
dengan betul, cara menyelamatkan diri semasa lemas dan juga cara mendayung
semasa berkayak.
Selepas taklimat yang sepanjang 30 minit, kami pun mulai
berkayak. Kerjasama di antara ahli kumpulan semasa berdayung adalah amat
penting agar kayak tidak terbalik terutama semasa aliran deras. Salah satu ahli
kumpulan kami telah terjatuh ke dalam sungai semasa berkayak disebabkan kayak
kami terlanggar batu-batu di tepi semasa dalam keadaan aliran deras. Kami telah
berhenti di sebuah kafe untuk berehat sementara menikmati makanan tengah hari
di situ. Seterusnya, kami semua meneruskan perjalanan kami untuk balik ke Pusat
Kokurikulum dengan berkayak. Dalam tahap sungai yang agak cetek, jurulatih
berkayak telah membenarkan kami untuk mencuba “ Body Rafting”. Kami telah tiba
di Pusat Kokurikulum pada jam 3.15 petang dan masa itu hujan mulai berturun.
Kami telah dibenarkan membuat pengurusan diri lebih awal disebabkan aktiviti
“Flying Fox” dibatalkaan kerana hujan. Selepas saya siap pengurusan diri, saya
pun berehat di dalam khemah sehingga jam 5.00 petang.
Selepas itu, saya dan ahli kumpulan saya pun menjalankan
latihan yang terakhir sebelum memulakan persembahan bakat malam yang akan
diadalkan pada malam tersebut. Pada jam 7.00 malam, , guru-guru pelatih yang
beragama Islam akan pergi menunaikan solat manakala guru-guru pelatih yang
bukan beragama Islam akan pergi ke kantin. Kami semua menghidangkan makanan
malam kami pada jam 8.20 malam. Persembahan bakat malam digadakan pada tepat
jam 9.00 malam dan dihadiri oleh seramai 7 pensyarah untuk menonton. Kumpulan
saya terjatuh pada kumpulan ke-5 untuk mempersembahkan persembahan pantun dan menyanyi.
Persembahan yang dipersembahkan oleh semua kumpulan adalah amat menarik dan
mendapat pujian yang tinggi daripada pensyarah. Kami dibenarkan tidur pada jam
11.30 malam tetapi saya merupakan kumpulan peralatan jadi perlu mengemaskan
semua peralatan sehingga 1.30 pagi.
Pada 23 Februari 2012 (Khamis) merupakan hari terakhir
bagi program BIG ini berlangsung. Kami dibangunkan pada pukul 4.30 pagi seperti
biasa dan menjalankan perkara yang sama seperti pada hari Selesa dan Rabu. Pada
jam 6.00 pagi, kami dihidangkan sarapan pagi disebabkan penutupan Program BIG
pada jam 7.00 pagi. Sementara menunggu ketibaan semua pensyarah menghadiri
penutupan tersebut, aktiviti refleksi diri juga dijalankan di semua kumpulan
dengan menghantar seorang wakil dari kumpulan untuk membuat refleksi diri.
Semasa ketibaan semua pensyarah, penutupan Program BIG pun mulai berlangsung
dengan diberi ucapan yang singkat oleh beberapa pensyarah. Selepas itu,
guru-guru pelatih dibenarkan mengemaskan barang dan menaiki bus untuk balik ke
IPG Kampus Gaya. Saya telah mengikut bus yang giliran kedua disebabkan
kekurangan bus. Sementara menunggu bus yang giliran kedua bertiba, kami diarah
untuk mengemas khemah-khemah yang digunakan dan membersihkan kawasan sekeliling
Pusat Kokurikulum. Selepas siap semua tugasan yang diarahkan, saya dan beberapa
kawan sekelas saya pun mengikuti kereta tutor kami, iaitu Kapten Fauzi untuk
balik kerana bilangan yang mengikuti bus giliran kedua juga agak banyak. Saya
telah tiba IPG Kampus Gaya dengan selamat pada jam 11.30 pagi.
Laporan disediakan oleh,
___________________
( CHANG EI LING )
PISMP PC2 SEM 1,
IPG Kampus Gaya.
6. 文化传承耀佳雅
- 桃夭舞
7. Bina Insan Guru (B.I.G) Fasa II
REFLEKSI BINA INSAN GURU 2012 FASA II
6. 文化传承耀佳雅
- 桃夭舞
7. Bina Insan Guru (B.I.G) Fasa II
REFLEKSI BINA INSAN GURU 2012 FASA II
Program Bina Insan Guru Fasa II (BIG) yang mengabungkan
semua guru pelatih PISMP SEM 2 Ambilan Januari 2012 telah berlangsung pada 22
September 2012 (Sabtu), iaitu pada jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang di Tamu
Donggongon, Penampang. Program BIG pada kali ini bertemakan khimat masyarakat
dengan membersihkan kawasan sekeliling Tamu Donggongon, Penampang dan juga
ceramah. Program BIG ini akan mengambil masa sepanjang 10 jam. Program ini merupakan
satu eleman yang amat berkesan untuk menjadikan semua guru-guru pelatih yang
menyertai menjadi seorang warga bakal pendidik yang sentiasa mahu berkhimat
untuk nusa, bangsa dan negara.
Sebelum Program BIG ini
bermula, kami telah diberi taklimat oleh Encik Ladius yang berkenaan dengan
Program BIG ini. Taklimat berkenaan dengan aktiviti yang kami ingin melakukan
dan tema bagi aktiviti pula diberi oleh Encik Albert dan Cik Nomi. Kami semua
telah dibahagi kepada 2 kumpulan dengan memberi tugasan mencabut rumput,
membersihkan longkang dan menyapu di sekeliling Tamu Donggongon, Penampang
dengan mejalankan kerja selama 6 jam. Saya dan ahli kumpulan saya telah
bertanggungjawab atas tugasan mencangkul rumput. Kami juga diberi ceramah yang juga terkandung
dalam program BIG selama 4 jam yang digadakan di IPG Kampus Gaya.
Tugasan membersihkan longkang dan menyapu dilaksanakan
oleh guru-guru pelatih TESL Sem 2 manakala tugasan mencangkul rumput pula
diberi kepada guru-guru pelatih PC 1 dan 2. Saya berasa sangat gembira apabila
semua guru pelatih termasuk saya menerima apa-apa kerja yang diamanahkan kepada
kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah memberikan satu idea kepada
saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup berkhidmat untuk masyarakat, kita
tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan kesenangan
diri-sendiri sahaja. Saya telah mendapat pengajaran bahawa sebagai seorang
bakal guru, saya perlu mempelajari menerima segala arahan dan tugasan yang
diberi oleh pihak sekolah dengan senang hati.
Melalui sepanjang program BIG ini, saya telah menyedari
bahawa kepentingan kebersihan sesuatu kawasan adalah amat penting untuk menjaga
kesihatan dan menjamin kebersihan sesuatu kawasan. Tempat yang bersih akan
dapat menyebabkan seseorang berasa selesa dan menarik hati mereka untuk melawat
ke tempat tersebut. Sebagai seorang bakal guru, saya mendapati kesedaran ini
adalah amat penting agar saya akan mementingkan kebersihan sekolah dan kelas.
Hal ini demikian kerana kawasan yang kotor akan menjejaskan kesihatan dan
menghodohkan keindahan kawasan tersebut. Persekitaran sekolah yang selesa juga
akan dapat menyebabkan murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan
kondusif. Oleh itu, melalui sepanjang program BIG ini, saya dapat mengambil
peluang ini untuk meningkatkan kepentingan kebersihan alam sekeliling.
Sebelum ini, saya tidak pernah melibatkan diri untuk
membersihkan kawasan tamu dan juga jarang untuk pergi ke tamu. Dengan melalui
program BIG fasa kedua ini yang bertemakan khimat masyarakat dengan
membersihkan tamu, saya telah mendapat pengalaman yang luar biasa dan mendalam
kepada saya. Saya telah mempunyai pengalaman untuk mengcangkul tanah dan
mencangkul rumput. Saya tidak mempunyai peluang untuk melaksanakan semua
aktiviti seperti mengcangkul tanah dan rumput sebelum program BIG ini
berlangsung. Dengan mempunyai semua pengalaman ini, saya akan meningkatkan
keyakinan untuk bergotong-royong sekiranya mengadakan gotong-royong di sekolah
nanti. Saya juga dapat memimpin murid-muird dengan memberi pimpinan seta alihan
tugas yang betul.
Di samping itu, saya dan rakan-rakan sekelas saya
diketegorikan dalam kumpulan tiga pada hari tersebut dengan diberii tugasan mencangkul
rumput di kawasan sekeliling Tamu Donggongon, Penampang. Namun, saya dan ahli
kumpulan saya tetap mendapatkan bantuan daripada kumpulan yang lain seperti
guru-guru pelatih TESL dan PC 1 apabila kami memerlukan bantuan daripada mereka.
Walaupun guru-guru pelatih TESL kebanyakkan terdiri darpada kaum Melayu, mereka
masih sanggup menghulurkan tangan membantu kami apabila mereka menyelesaikan
kerja meraka. Keadaan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang manusia yang
hidup dalam kumpulan dan kelompok, saya harus memberikan bantuan dan
pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan kami, tanpa mengira kaum,
bangsa dan ras.
Malah, program ini juga secara tidak langsung dapat
membantu saya mengenali rakan-rakan yang berasal dari kumpulan dan bangsa yang
lain. Hal ini demikian kerana program BIG ini dilangsungkan untuk menjalankan
program kidmat masyarakat bersama-sama dengan kumpulan yang lain, iaitu PISMP TESL
dan PC 1 Ambilan Januari 2012. Dengan
itu, kami akan lebih memahami antara satu sama lain dan mengambil peluang ini
untuk mengenali antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana kebiasaan kami
juga kurang kesempatan untuk bertemu. Oleh itu, kami dapat mengambil kesempatan
ini untuk mengenali guru-guru pelatih yang berasal dari kumpulan yang lain.
Selain itu, melalui program BIG ini,secara tidak
langsung saya dapat dapat merapatkan
hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan ikatan
persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh. Hal ini demikian kerana semasa
menjalankan tugas bersama-sama membersihkan tamu, kami akan saling membantu dan
menyemai semangat kerjasama antara satu sama lain. Semangat kerjasama antara
ahli-ahli kelas adalah amat penting agar kami semua dapat berkerjasama apabila
melaksanakan sesuatu aktiviti ataupun mengadakan program pada semester yang
akan datang.
Secara kesimpulannya, program BIG yang bertemakan khidmat
masyarakat dan ceramah ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati
matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Bukan itu sahaja,
diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih
agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir
kata, saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat
masyarakat ini. Saya akan menanti-nantikan Program BIG yang akan berlangsung
lagi pada lain kali.
2013 :
2013 :
1. 新春联欢会
- 《团圆饭》手语歌
No comments:
Post a Comment