REFLEKSI BIG FASA 2
Pua Xin Yee (PISMP PC Kumpulan 2)
Kursus
Bina Insan Guru fasa kedua yang telah dilaksanakan pada 22 September 2012
selama 10 jam telah memberikan pengalaman yang luar biasa bagi saya sendiri. Para
guru pelatih dikehendaki menghadiri satu ceramah dan menjalankan aktiviti
kemasyarakatan iaitu gotong-royong membersihkan pasar di daerah Dogonggon,
Penampang. Aktiviti ini telah dimulakan pada jam 7:30 pagi sehingga 4 petang.
Sepanjang
proses pembersihan yang dijalankan di pasar Dogonggon, Penampang dapat
dijalankan dengan begitu lancar atas semangat berkerjasama antara para guru
pelatih. Semua guru pelatih telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
membersihkan kawasan yang berbeza. Kumpulan kami telah dibahagikan untuk
membersihkan lantai yang penuh dengan
rumput. Semua ahli kumpulan termasuklah saya sendiri telah mengamalkan semangat
berpasukan untuk melakukan tugasan yang diberi sehingga siap. Melalui kerja
secara berkumpulan ini, saya menyedari bahawa semangat bertanggungjawab dalam
diri sendiri juga amat penting. Hal ini demikian kerana tanpa nilai
bertanggungjawab pada diri sendiri maka seseorang itu tidak akan mempunyai
kesedaran untuk melakukan tugasan kumpulan yang diberi dengan
bersungguh-sungguh.
Selain
itu, saya juga berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan
masyarakat melalui kursus ini. Sepanjang proses pembersihan, saya telah
menyedari bahawa kerja pembersihan memerlukan ramai orang supaya kerja dapat
dibuat dengan lancar dan tidak mengambil masa yang lama. Kerja pembersihan
tidak akan dapat dijalankan jika hanya melibatkan tenaga beberapa orang sahaja.
Sehubungan itu, saya menyedari bahawa kebersihan amat penting untuk
meningkatkan imej sesuatu daerah. Kawasan seperti longkang terdapat banyak
sampah-sarap yang dibuang daripada penjual sayur-sayuran, peniaga dan orang
yang mengunjung ke pasar ini. Keadaan ini akan bertambah serius jika tidak
wujud kesedaran dalam kalangan orang ramai. Tambahan pula, keadaan alam sekitar
yang kotor akan menjejaskan imej negara kita. Pelbagai kesan akan berlaku jika
masalah kebersihan tidak ditangani dengan segera.
Dalam
ucapan yang diberikan oleh pihak pasar Donggongon, iaitu Encik Albert dan Cik
Noni, saya telah mengetahui sedikit maklumat tentang Anti Kutu Sampah. Tujuan
kempen ini memang selaras dengan masalah yang sedang dihadapi oleh pihak pasar
Donggongon, Penampang iaitu pembuangan sampah di merata-rata terutamanya
longkang. Menurut maklumat yang diberikan oleh kedua-dua orang yang mewakili
Anti Kutu Sampah, barulah saya mengetahui kutu sampah membawa erti orang yang
membuang sampah merata tempat. Ini adalah perbuatan orang yang tidak bersopan
dan tidak berdisplin dan tidak bertanggungjawab. Kutu sampah boleh dikenakan
denda kompaun oleh pihak berkuasa sehingga RM 500.00. Semasa menjalankan
pembersihan, saya juga mendapati sampah-sarap telah menyebabkan longkang itu
mengeluarkan bau yang busuk. Oleh itu, jika dapat mengurangkan orang yang
membuang sampah, dan membersihkan longkang yang mempunyai sampah, maka masalah
bau busuk juga dapat diatasi.
Selain
itu, objektif utama Bina Insan Guru Fasa Kedua ini juga adalah untuk
meningkatkan sikap sanggup memberi komitmen dalam melaksanakan peranan. Melalui
perkhidmatan masyarakat dengan tujuan supaya para guru pelatih menyedari bahawa
sebagai guru pada masa depan nanti juga perlu memberi komitmen kepada bidang
pendidikan tanpa mengira balasan yang akan diperoleh. Kursus Bina Insan Guru
Fasa kedua pada kali ini adalah untuk memberikan persediaan kepada guru pelatih
bahawa seseorang guru tidak harus mementingkan gaji yang diperoleh tetapi sentiasa
mengingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab terhadap murid-murid di
sekolah. Melalui kursus ini, saya dapat menyedari walaupun dalam proses
pembersihan begitu meletihkan, tetapi hasilnya amat memuaskan dan menggembirakan.
Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya haruslah menyedari kepentingan sikap
sendiri terhadap pekerjaan ini.
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
PERKHIDMATAN MASYARAKAT DI PASAR DONGGONGON, PENAMPANG
Gambar 1: Kerja pembersihan
rumput di lantai bagi kumpulan saya.
Gambar 2: Kerja
pembersihan rumput di lantai oleh kumpulan lain.
Gambar 3: Kerja pembersihan longkang.
Gambar 4: Kerja pembersihan menyapu lantai di kawasan
pasar Donggongon.
Gambar 5: Taklimat diberikan oleh Encik Ladius, Encik
Albert dan Cik Nomi.
Gambar 6: Pemberian cenderamata kepada Encik Albert dan
Cik Nomi.
_________________________________________________________________________________
WAJ 3109 Permainan-Hoki
_________________________________________________________________________________
WAJ 3109 Permainan-Hoki
No comments:
Post a Comment