Aktiviti PISMP Semester 2 (2012)
1. Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2
1. Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2
Refleksi (B.I.G Fasa 2)
Atas berkat dan
kesyukuran Tuhan, saya telah berjaya menghabiskan program Bina Insan Guru (BIG) fasa dua pada 22 September 2012 bertempat di Tamu Donggongon. Sebelum memulakan
perjalanan ke sana, saya berasa risau dengan cuaca mendung dan perasaan ini
hilang sebaik sahaja saya menaiki bas IPG Kampus Gaya. Perasaan teruja juga
menyelubungi saya pada pertama kalinya saya mengunjungi tamu tersebut.
Sebaik sampai ke
destinasi, saya dan rakan-rakan lain ditempatkan di ruang luas dan mendengar
taklimat daripada Encik Ladius Emor tentang aktiviti yang bakal dijalankan.
Saya berasa gembira apabila sampai ke destinasi dengan selamat. Pegawai
berkuasa tempatan, Encik Albert juga mengambil masa untuk memberi taklimat
ringkas tentang pekan Donggongon dan kawasan tamu. Seorang pegawai, Cik Nomi
juga memberikan taklimat tentang Kempen Anti Kutu Sabah (KAKS) yang bertujuan
untuk menangkap dan memerangi orang yang membuang sampah atau mengotorkan
kawasan pekan. Taklimat yang diberikan oleh mereka amat memberi inspirasi dan
rangsangan kepada saya. Usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan amat
memberangsangkan saya untuk bersungguh-sungguh dalam membuat kerja pembersihan.
Maka, selaras dengan program BIG yang ditetapkan dalam
kursus PISMP, saya menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang berbentuk kerja
pembersihan kawasan tamu. Pembahagian kumpulan dijalankan mengikut opsyen
kepada lima kumpulan. Alat pembersihan juga dibekalkan, termasuklah penyapu,
penyodok, cangkul, plastik sampah dan lain-lain. Melalui kerja mencabut rumput
di kawasan jalanan, saya berasa penat tetapi seronok disebabkan dapat
mencantikkan lagi kawasan jalanan tersebut. Melihat rakan lain bertungkus-lumus
untuk menyiapkan kerja, saya juga membantu mereka atas kesungguhan mereka. Saya
pernah mengangkat cangkul dan penyodok tetapi menggunakan alat-alat tersebut
turut memenatkan saya. Namun diri saya juga dapat mencepatkan proses kerja dan
melatih otot tangan. Bak kata pepatah, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
Saya juga menyedari bahawa usaha yang kecil namun jika dikumpulkan akan menjadi
satu usaha yang besar dan bermakna dalam melindungi muka bumi ini.
Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, saya
berpeluang merasai budaya dan kehidupan masyarakat tempatan. Sikap ramah mesra
yang diamalkan oleh mereka amat menyenangkan dan memberi iktibar kepada saya.
Pemerhatian yang didapati daripada mereka menekankan kepada interaksi penduduk
yang berbeza kaum amat mengharukan saya. Kerjasama antara ahli kumpulan dan
antara kumpulan juga melancarkan kerja pembersihan. Sikap toleransi dan
tolong-menolong amat penting untuk menjayakan sesuatu program. Demikianlah
dengan nilai kesabaran yang dicerminkan melalui ketahanan guru pelatih untuk
bekerja di bawah panas terik matahari. Saya juga menikmati suasana bekerja yang
ceria dan aktif dengan seronoknya. Pengalaman dan perasaan ini amat berharga
kepada saya untuk menimba pengalaman hidup dan menambah kematangan saya untuk
menguruskan aktiviti sebegitu di masa depan.
Saya juga menghargai
layanan masyarakat tempatan, terutama senyuman yang dilemparkan dan penyediaan
makanan kepada saya. Apabila melihat mereka berasa puas hati atas kawasan tamu
yang menjadi lebih bersih, ini telah menjadi kepuasan saya. Walaupun peluh dan kepenatan
menyelubungi saya, saya tetap berasa berbaloi untuk menyumbangkan tenaga dan
masa demi kebersihan dan imej kawasan tamu serta pekan Donggongon. Saya
berharap dapat terus melibatkan diri dalam usaha khidmat masyarakat di tempat
lain. Semua usaha yang dijalankan diharapkan dapat mengurangkan sampah dan meningkatkan
tahap kebersihan alam sekitar.
2. Pameran & Seminar Literasi Bahasa Melayu
2.
Aktiviti PISMP Semester 3 (2013)
1. 新春联欢会
- 手语表演
2. 书法比赛
Aktiviti PISMP Semester 3 (2013)
1. 新春联欢会
- 手语表演
2. 书法比赛
3. Program 'My Beautiful Malaysia Day'
- Mengikuti unit beruniform Pandu Puteri Kadet mewakili IPG Kampus Gaya
No comments:
Post a Comment