Sunday 17 March 2013

LIM KANG HIENG


 2013 :

1. 新春联欢会
  职位:节目总监













- 《团圆饭》手语歌




 书法比赛
5/3/21013
2pm - 4pm
BLOK E 23
















LIM KANG HIENG (PISMP PC 2    SEM 2)
Refleksi Bina Insan Guru (BIG)

            Saya berasa sangat gembira kerana dapat berpeluang untuk menghadiri Program Bina Insan Guru (BIG) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 2 Ambilan Januari 2012 yang bertempat di Pasar Tamu, Donggongon. Tarikhnya ialah 22 September 2012. Melalui Program Bina Insan Guru (BIG) ini , saya dapat memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman yang berguna. Oleh itu, saya berasa sangat bersyukur.
            Pada yang lepas, kami seramai 120 orang guru pelatih telah menjalankan BIna Insan Guru (BIG). BIG yang mengambil masa selama 6 jam ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan.
            Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat mencapai motif tersebut.
            BIG yang buat kedua kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi.
            Semua seramai 120 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Jika dilihat pada mata kasar, pembahagian kumpulan ini mungkin untuk memudahkan sesuatu kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk memberi peluang kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka yang saya tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya kenal sebelum ini.
            Kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari dalam diri dan jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberikan itu dengan sempurna dan jayanya.
            Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong, setiap ahli dalam kumpulan pula masing-masing diberikan tugasan pada satu masa seperti menyapu lantai, membersihkan longkang, mengutip sapah, memotong rumput dan lain-lain lagi. Sistem yang diketengahkan di BIG ini ialah sistem putaran atau “rotation” tugas. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk merasai memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpim. 
            Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin juah ke pelusuk rimba atau belum.
            Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.

No comments:

Post a Comment