Monday 18 March 2013


20. TEU CHUNG HIAN



BIODATA





NAMA                                    :赵忠贤(中)        TEU CHUNG HIAN(英)
NO. KAD PENGENALAN   : 910427-13-5979
NO. MATRIK                        : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 020
OPSYEN                                 : PISMP PC (2) SEM 3 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT                              : PULAU KERTO, 96000 SIBU, SARAWAK.
TELEFON                               : 0149905527
EMAIL                                    : chteu@hotmail.com


Surat tawaran 




Pencapaian Kokurikulum
2010 :
1. Sabah Youth National Forum


2. Blood Donation

2011 :
1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛




2.红包大会串
   -  招待员
3. 亚庇饥饿30自办营

2012年:
1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛

2.红包大汇演
   清洁组

3.慈济环保讲座

4. Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik JPP Zon Sabah



Laporan bina insan guru pismp sem 1 di Kem Malanggang,
         Sekolah saya iaitu IPGK Campus Gaya telah mengadakan kem (BIG) di tuaran pada hari 20 Februari 2012 sehingga 23 Februari 2012. Kem ini melibatkan semua pelajar ambilan Jun 2010 iaitu PISMP TESL group 1, group 2, group 3 dan PISMP PC 1, PC 2. Jumlah murid adalah sebanyak 122 dan diiringi dengan tutor kelas. Pada hari pertama, 20 Februari 2012, kami telah pergi ke Kem Malanggang, Tuaran pada pukul 7 pagi dengan menaiki bas IPG. Tujuan kem ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman atas cara untuk meneruskan  kehidupan ketika berada di luar. Selain itu, kami dapat menikmati aktiviti di luar bilik darjah dengan seronok.    
          Pada hari pertama, 20 Februari 2012 kami sampai ke Kem Malanggang dan berbaris mengikuti kumpulan masing-masing. Kami dibahagi kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan masing-masing mempunyai antara 11 hingga 13 orang ahli. Selepas berkawat, kami telah dibahagi kepada 4 orang tidur di dalam satu kem. Saya, Chong Shan Ni, Ong Kai Ying dan Marina Mak berkerjasama mendirikan kem dengan kukuh. Selepas itu, pensyarah telah memberi ucapan dan taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan dalam 4 hari dan keselamatan serta tindakan yang perlu diambil jika berlaku kemalangan. Pada petang ini, kami mengadakan beberapa aktiviti sukan tara seperti larian, lompat tinggi dan lontar peluru, kami semua hendak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Semua keputusan aktiviti tersebut hendaklah diambil rekod ke dalam satu kertas samada lulus atau tidak lulus. Aktiviti sukan tara ini adalah untuk memanaskan badan kami. Pada malam selepas makan, semua ahli dari setiap kumpulan hendaklah melukis satu lukisan yang bermakna dan mewakili ahli kumpulan masing-masing. Setiap lukisan haruslah mempunyai makna yang tertentu.

          Pada hari kedua, 21 Februari 2012, semua pelajar bangun pagi pada pukul 5. Selepas urus diri, kami hendak berkumpul di padang untuk menunggu taklimat daripada pensyarah sebelum mula berkawat. Setelah habis berkawat, kami semua berkumpul di kantin untuk bersarapan. Seterusnya, aktiviti kami ialah “jungle-trekking”, kami semua sangat berminat untuk memulakan aktivit ini. Selepas pensyarah memberi taklimat tentang keselamatan dan perkara-perkara yang penting untuk menghindari diri daripada kemalangan, kami bertolak pada pukul 10 pagi dengan satu kumpulan dan diteruskan dengan kumpulan yang lain.
          Dalam perjalanan di hutan amat licin sekali, semua jalan sangat sempit dan dikelilingi oleh batu-bata dan rumput serta ranting pokok. Sebelum sampai ke dalam hutan, kami semua diarah untuk melaksanakan satu tugas iaitu cari dua rumah orang kampung dan berinteraksi dengan mereka, pertukaran barang untuk membuktikan bahawa kami telah melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Semua  kumpulan diberi 25 minit untuk melaksanakan tugas ini. Akhirnya, kami telah Berjaya berinteraksi dengan orang kampung dengan baik dan tugasan kami telah selesai.
          Kami meneruskan perjalankan ke dalam hutan, masa yang diambil dalam perjalanan ini adalah selama 2 jam lebih. Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba hujan dan jalan hutan tersebut semakin licin, kami pun meningkatkan perhatian terhadap jalan hutan tersebut. Hutan tersebut mempunyai banyak jambatan yang panjang sekali. Selain itu, jambatan tersebut juga tidak berapa stabil. Oleh itu, kami semua sangat berhati-hati ketika melepasi jambatan-jambatan tersebut.  Dua jam lebih, kami talah sampai di dalam hutan, pensyarah mencari tempat untuk kami memasak. Kumpulan saya iaitu kumpulan 7 telah menghadapi masalah mendiri api. Hal ini disebabkan sekeliling tersebut amat lembap dan sukar untuk mendiri api tetapi akhirnya disebabkan kesabaran ahli kumpulan saya, kami dapat mendirikan api dan mula bermasak makanan. Ketika malam, semua kumpulan hendaklah menjelaskan maksud lukisan yang telah dilukis dan setiap gambar mewakili maksud yang tertentu.

          Pada hari ketiga, 22 Februari 2012, seperti biasa kami bangun pada pukul 5 pagi dan diberi 30 minit untuk urus diri. Selepas itu, berkawat di padang. Aktiviti yang hendak dijalankan pada hari ini ialah “rafting”. Seperti biasa pensyarah memberi taklimat tentang cara menjaga keselamatan diri sendiri semasa bermain air sungai. Pada kali ini, pensyarah lebih berhati-hati amat serius samasa memberi taklimat. Hal ini disebabkan, air sungai yang tidak berbau akan mendatangkan kemalangan yang tidak dapat dijangkakan. Oleh itu, pensyarah sangat mementingkan aktiviti ini dan aktiviti ini akan diiringi oleh penyelamat yang professional dan berpengalaman.
          Aktiviti ini amat menyeronokkan tetapi turut sangat bahaya. Semua ahli kumpulan akan diiringi oleh seseorang juru penyelamat. Semasa “rafting” semuanya berjalan dengan baik, tetapi semasa “ body rafting” kali kedua, banyak pelajar nyaris dihanyut oleh ombak air sungai.dengan syukurnya, ahli penyelamat sempat untuk menyelamat pelajar-pelajar tersebut dengan segera dan selamat.
          Pada pukul 4 lebih, semua orang dan pelajar telah balik ke Kem Malanggang dengan selamat. Kami diberi masa yang lebih lama untuk urus diri dan rehat. Selepas rehat, kami dikehendaki untuk berbincang dan praktis malam bakat yang hendak dipersembahkan kepada pensyarah-pensyarah. Akhirnya, malan bakat dapat dipersembahkan dengan baik dan sempurna. Prestasi semua ahli kumpulan amat baik dan bermakna bagi setiap persembahan. Pensyarah turut berasa gembira dan puas hati terhadap persembahan kita.
          Pada hari terakhirnya, 23 februari 2012, kami dibahagi kepada dua kumpulan untuk mengikut bas IPG balik ke Kampus Gaya iaitu pada pukul 8 pagi dan 10 pagi.

 BINA INSAN GURU FASA 2
Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan mulia dan insane guru adalah Pembina genaradi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Jesturu, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui program yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolah ke arah pembangunan diri sebagai insa guru secara berterusan. Program ii diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Pada semester ini, kami dikehendaki menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Pada 22 September 2012, kami telahpun menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) fasa ke-dua. Program BIG kali ini dilaksanakan di Tamu, Donggongan dengan melibatkan seramai 120 orang guru pelatih yang terdiri daripada gabungan lima opsyen iaitu PISMP PC1, PISMP PC2, PISMP TESL G.1, PISMP TESL G.2 dan PISMP TESL G.3 Ambilan Januari 2012 yang diiring oleh tutor masing-masing. Saya berasa bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada program BIG ini.
Melalui program ini, saya sedar bahawa guru-guru haruslah sentiasa prihatin dan mencuba untuk memenuhi keperluan fisiologi murid-muridnya. Hal ini demikian kerana pada hari tersebut, kami dihendaki untuk berkumpul di perkarangan letak kereta seawall 6.30 pagi. Oleh itu, saya telah bergegas ke situ tanpa memakan sarapan pagi. Namun, apa yang saya berasa terharu ialah pihak pengurusan program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan menyediakan sarapan pagi untuk kami. Daripada insiden ini, ia memberikan iktibar kepada saya bahawa apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya harus mengambil berat keperluan fisiologi murid saya agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Penyediaan makanan sarapan pada pagi tersebut diibaratkan suntikan semangat yang kental bagi saya untuk melakukan yang terbaik pada hari tersebut.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang dedikasi dan sanggup berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-apa sahaja yang diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid kita. Apabila kami sampai ke destinasi kami, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kumpulan yang pertama ialah menyapu sekeliling tamu, kumpulan yang kedua dan ketiga pula diamanahkan untuk membersihkan rumpat-rumput manakala kumpulan keempat dan kelima ialah membersihkan longkang.  Saya berasa sangat terharu apabila semua peserta termasuk saya menerima apa-apa kerja yang diamanahkan kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup berkhidmat untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus berkorban apa jua, sama ada masa , tenaga, jiwa raga dan sebagainya untuk kebaikan dan masa depan murid-murid.
Sesungguhnya, program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 ini telah meninggalkan banyak kesan terhadap diri saya. Seperti mana yang kita sedia maklum, program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.
Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental, rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Melalui program ini, semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan saling tolong menolong antara guru pelatih telah berjaya dipupuk. Contonya, kami telah membersihkan kawasan tamu Donggongan secara berkerjasama. Secara tidak langsung, hubungan kami antara satu sama lain akan makin bertambah rapat, akrab dan kukuh. Makanya, saya menyedarkan bahawa seorang seorang manusia yang hidup dalam kumpulan dan komlopok, kita haruslah memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan kami tanpa mengira kaum, bangsa dan ras.
Daripada pergaulan dengan guru-guru pelatih yang berasal dari kumpulan lain sepanjang program khidmat masyarakat ini, kami berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam mengenali masalah yang dihadapi, amalan budaya dan tradisi mereka, cara pergaulan mereka dalam kumpulan mereka dan sebagainya. Walaupun masa pergaulan kami dengan kumpulan-kumpulan lain hanyalah selama setengah hari sahaja, namun kami berharap agar kami dapat bersama dengan kumpulan mereka lagi dalam program khidmat masyarakat yang akan diadakan pada masa yang akan datang. Makanya jurang di antara pelajar opsyen PC dan TESL dapat dieratkan.

Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.
Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.
Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun. 


PERHIMPUNAN DIJALANKAN SEBELUM MENJALANKAN  AKTIVITI KHIMAT  MASYARAKAT


MENCANGKUL RUMPUT 

2013年
1. 新春联欢会
-影响组

2. 书法比赛


No comments:

Post a Comment