NAMA: (中) 郑詠妮 (英) WINNIE CHANG WEE NEE
NO. MATRIK : IPGKG/PISMP/BC(2)/2012/01/021
EMAIL : winniechang_2005@yahoo.com
ALAMAT : Sentosa Apartment, Block B, Lot 3, 2nd Floor, 90000 Sandakan Sabah.
TELEFON : 0168810167
Surat Tawaran
Pencapaian Kokurikulum
1) 友谊花开
-- 硬笔比赛 (2011)
-- 硬币比赛 (2012)
2)慈济环保讲座
3)红包大会串 2012
-- 舞蹈 (迎宾舞)
4) REFLEKSI BIG FASA I
Suatu program Bina
Insan Guru (B.I.G) untuk memenuhi kehendak kursus Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) telah diadakan pada 20 Februari 2012 sehingga 23 Februari
2012 selama 4 hari 3 malam bertempat di Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Program
ini disertai oleh seramai 122 orang guru pelatih yang digabungkan daripada
opsyen Pengajian Cina dan Tesl Semester 1 ambilan Januari 2012 bersama beberapa
orang pensyarah pengiring.
Syurkurlah akhirnya
kita dapat menyempurnakan program Bina Insan Guru ini selama 4 hari 3 malam
bertempat di kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Secara keseluruhannya, program Bina
Insan Guru ini telah memperluaskan ilmu saya dan telah memberi saya banyak
pengalaman yang buat kali pertama. Saya amat berbangga dan seronok kerana
mempunyai peluang untuk menyertai program yang besar ini.
Sebagai tempat tidur
kami, kami diarahkan untuk mendirikan khemah-khemah di tapak pekhemahan
tersebut. Melalui aktiviti mendirikan khemah, kita dapat memupuk nilai
kerjasama antara satu sama lain dalam satu pasukan. Saya memang rasa seronok
kerana dapat tidur bersama rakan-rakan dalam khemah dan bertempat di kawasan
padang yang luas.
Selain itu, aktiviti
yang laksa iaitu menggembara dan ‘rafting’ telah menjadi peristiwa yang susah
untuk saya lupakan dalam seumur hidup saya. Sepanjang jalan mengembara ini
memang susah dan mencabar kerana jalan laluan agak sempit dan hanya seorang
saja yang boleh dilaluinya Bukan itu sahaja, terdapat permukaan yang amat cerun
dan licin serta berbatu yang kami perlu melalui. Walaubagaimanapun, aktiviti
telah menguji ketahanan diri seseorang guru pelatih. Perjalanan mengembara ini
agak panjang yang perlu mengambil masa hampir 3 jam dan cahaya matahari agak
terik pada masa itu serta kami perlu melalui 3 jambatan gantung yang amat
mengayutkan.
Semasa berada dalam
hutan, setiap kumpulan diarahkan untuk menyalakkan api memasak di dalam hutan
dengan menggunakan kayu-kayan. Ini merupakan pengalaman yang baru dan pertama
sekali bagi saya. Aktiviti ini secara tidak langsungnya dapat membina jati diri
dan kita juga mempunyai ilmu untuk meneruskan hidup sekiranya sesak di dalam
hutan. Manakala melalui aktiviti ‘rafting’pula, ini merupakan aktiviti yang
pertama sekali dijalankan dalam seumur hidup saya. Saya telah menimba banyak
pengalaman melalui aktiviti ini misalnya saya dapat mengetahui cara untuk mendayung
“raft” dan bagaimana saya menghilangkan perasaan cemas apabila jatuh ke dalam
sungai.
Tambahan pula, sesi
moral dalam BIG ini dapat memperkembangan aspek rohani bagi setiap guru pelatih
tanpa mengira apa-apa agama. Di samping itu. suatu malam bakat telah diadakan
pada malam hari ketiga BIG. Saya amat tertarik kepada semua persembahan
daripada semua kumpulan, Selain itu, saya dapat merasai usaha dan masa yang
dicurahkan oleh semasa pelajar untuk memberi persembahan yang paling bagus
seterusnya telah menjayakan malam bakat ini.
Secara
keseluruhannya, program Bina Insan Guru ini buka saja telah menbina jati diri
seseorang, tetapi juga meluaskan pengalaman dengan didedahkan kepada proses
pengelolaan dan pengurusan bagi menjayakan aktiviti yang berlangsung sepanjang
program ini. Selain itu, kualiti kepimpinan juga dapat ditonjolkan secara tidak
langsung serta penerapan nilai-nilai murni yang menepati matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Program ini akan menjadi kenangan yang terindah dalam
kehidupan saya dan yang terpentingnya ialah hubungan silaturahim antara satu
dengan lain dapat dieratkan dan diperkukuhkan. Akhirnya, saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha dan bimbingan para
pensyarah dan jurulatih serta saudara Arthur selaku kem komander bagi program
ini.
Sekian, terima kasih.
5) REFLEKSI BIG FASA II
Pada
22 September 2012 yang lalu, suatu program Bina Insan Guru (B.I.G) Fasa II untuk
memenuhi kehendak kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah
diadakan dengan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dan ceramah. Program
ini mengambil masa 1 hari saja dan bertempat di Tamu Daerah Donggongon, Kota
Kinabalu. Program ini disertai oleh seramai 122 orang guru pelatih yang
digabungkan daripada opsyen Pengajian Cina dan Tesl Semester 2 ambilan Januari
2012 bersama beberapa orang pensyarah pengiring.
Syurkurlah
akhirnya saya dan rakan-rakan lain dapat menyempurnakan program Bina Insan Guru
Fasa II ini. Secara keseluruhannya, program Bina Insan Guru ini telah
memperluaskan ilmu saya dan telah memberi saya banyak pengalaman yang buat kali
pertama untuk berkhidmat kepada masyarakat. Saya amat berbangga dan seronok
kerana mempunyai peluang untuk menyertai program yang besar ini.
Sebenarnya,
saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini
disebabkan selepas saya mengikuti perkhemahan BIG Fasa I pada semester yang
lepas, saya percaya ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan
mendalam bagi saya. Sehubungan dengan program ini, kami dibahagikan tugasan
secara mengikut kumpulan masing-masing untuk membersihkan persekitaran Tamu
Daerah Donggongon. Tugasan yang harus dilaksanakan adalah membersihkan
longkang, memotong rumput, dan menyapu lantai di persekitaran Tamu Donggongon.
Setelah
rombongan kami sampai ke destinasi, suatu taklimat yang ringkas diberi oleh
Encik Ladius Emor. Selepas itu, kami
dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan bertanggungjawab melaksanakan
tugasan yang diarah oleh Encik Ladius tersebut. Saya berasa terharu apabila
semua guru pelatih termasuk saya sendiri menerima apa-apa kerja yang diamanahkan kepada kami tanpa mengeluh.
Keadaan ini telah memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru,
jika sanggup berkhidmat kepada masyarakat kita tidak patut memilih kerja-kerja
yang semata-mata untuk tujuan kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita
harus berkorban apa jua sama ada masa, tenaga dan sebagainya untuk mengajar
murid-murid di sekolah pada masa depan.
Kumpulan
saya ditugaskan untuk memotong/mencangkul rumput. Daripada aktiviti ini, saya
telah mempelajari bahawa nilai kerjasama antara satu sama lain. Saya dan rakan
sekumpulan membahagikan tugasan dan bergilir-gilir untuk mencangkul
rumput-rumput yang tumbuh di permukaan lantai. Dengan itu, saya dan rakan
sekumpulan bersedaya upaya untuk menyiapkan tugasan sehingga membersihkan
rumput-rumput yang terdapat di permukaan lantai di Tamu Donggongon. Melalui
aktiviti ini, saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan adalah
sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan
kondusif. Pada masa yang sama, ia juga dapat melahirkan suatu alam persekitaran
yang sejahtera dan harmoni.
Secara
keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan
juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insane guru yang cemerlang. Program
Bina Insan Guru ini buka saja telah menbina jati diri seseorang, tetapi juga
meluaskan pengalaman dengan didedahkan kepada menjalankan program di luar
bilik. Selain itu, program khidmat masyarakat ini secara langsung dapat
merapatkan hubungan silaturahim antara guru pelatih dan menyebabkan ikatan
persahabatan kami menjadi lebih kukuh dan erat. Program ini juga akan dapat
memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk memdidik
anak bangsa tidak kira di mana mereka akan ditempatkan pada masa yang akan
datang. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan
terima kasih atas usaha dan bimbingan daripada para pensyarah. Saya memang
berasa seronok dan gembira selepas menyertai program khidmat masyarakat ini.
No comments:
Post a Comment