Saturday 26 May 2012

10. KEW MEI QI


Biodata





NAMA                                    : 邱美琪(中)        KEW MEI QI(英)
NO. KAD PENGENALAN   : 920709-12-6236
NO. MATRIK                         : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 010
OPSYEN                               : PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT                                : P.O.BOX 148,
89807 BEAUFORT,           SABAH.                                              
TELEFON                              : 014-6755392
EMAIL                                    : maggiekew@gmail.com




SURAT TAWARAN


PENCAPAIAN KOKURIKULUM

1. 红包大会串
    - 灯笼舞 (2012)
2. 中秋晚会
    
扇子舞 (2010)
3. 中华文化展(2011年)
4. 友谊花开
    - 硬笔
比赛(2011,2012年)
5. 特殊班级学校探访(2012年)
7. 慈济环保讲2012年)

Pesta Tanglung 2010




Pesta Angpau 2012



硬笔比赛
Sijil Pertandingan Bertulis 2011

Sijil Pertandingan Bertulis 2012




Bina Insan Guru 








LAPORAN BINA INSAN GURU


Isnin, 20 FEB 2012
            Hari ini merupakan hari pertama saya menjalani program Bina Insan Guru (BIG). Pada pukul 6.30 pagi, kami telah berkumpul di medan kereta untuk bertolak ke Kampung Melanggang, Kiulu pada 7.30 pagi. Tetap pukul 8.30 pagi, kami pun tiba ke Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Untuk menungu ketibaan rakan-rakan yang lain, kami memain permainan yang disediakan oleh Pusat Kokurikulum. Akhirnya, rakan-rakan yang lain pun tiba dengan selamat pada pukul 11 pagi. Kami diberi taklimat oleh Encik Anuar mengenai pembinaan khemah.

            Pada pukul 12 tengahari, kami semua berkumpul di padang dan bersedia untuk berkawad kaki. Disebabkan hujan turun, aktiviti sukantara ditunggahkan sehingga pukul 4.30 petang. Sementara menunggu hujan berhenti, kami membuat senaman di dewan utama.

            Pada waktu malam, kami menjalankan aktiviti ice breaking yang dikendali oleh kumpulan 9 dan 10. Aktiviti yang disediakan oleh mereka ialah “angin bertiup” dan sebagainya. Selapas itu, Pn Rahmah mengarahkan kami untuk mencipta yee dan bendera.

Selasa, 21 FEB 2012
            Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui jungle trekking semasa BIG, saya berasa bangga kerana saya mempunyai peluang untuk menyertai aktiviti yang amat menyeronokkan.

            Sebelum memasuki hutan kami telah membuat lawatan di sebuah kampung iaitu Kampung Tombung agar kita dapat memahami kehidupan dan juga kegiatan ekonomi mereka. Penduduk di sana kebanyakan ialah berkaum kadazan dan beragama kristian. Mereka memiliki sawah dan kebun sendiri sebagai sokongan ekonomi keluarga. Selepas 10.55 pagi, kami pun memulakan jungle trekking. Hutan tersebut sememangnya satu ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan. Terdapat pelbagai flora dan fauna contohnya pokok getah dan sebagainya. Udara amat segar dan nyaman. Hutan yang menghijau dan cantik, ditambah dengan bunyi unggasa, daun dan air sungai semulajadi merupakan satu tarikan yang amat menarik.

            Semasa jungle trekking ini dijalankan, kami dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugasan masing-masing, tugasan yang diberi kepada kami ialah melukis peta, mengira jarak perjalanan dan sebagainya. Saya, Teu Chung Hian dan Chin Li Jun adalah mengira jarak sepanjang perjalanan. Cara mengira ialah 3 langkah bersamaan dengan 1 meter.

            Saya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan sekumpulan yang sangat baik. Kami saling bantu-membantu semasa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Sepanjang perjalanan, kami meredah bukit dan lurah yang cerun dan curam, kawasan batuan yang licin dan banyak lagi halangan yang kami tempuhi.

           Selepas melepasi jambatan gantung yang ketiga, kami diarah untuk memasak 6 bungkus manggi, 7 tin sardin dan beras. Melalui aktiviti ini, saya telah mempelajari nilai berkerjasama untuk mehidupkan api dan memasak semua makanan yang dibekalkan oleh pensyarah. Pada pukul 2.30 petang, kami meneruskan aktiviti kembara dan balik ke perkhemahan kami.
            Pada pukul 9.00 malam, kami meneruskan aktiviti yang dilakukan pada malam Isnin iaitu setiap kumpulan hendaklah membentangkan bendera yang dicipta oleh setiap kumpulan. Perbentangan bendera yang terbaik adalah kumpulan 2 manakala bendera yang terbaik adalah kumpulan 10. Aktiviti ini berakhir pada pukul 10.30 malam.

            Pada pukul 11.00 malam, saya dan rakan-rakan yang lain bertugas untuk berjaga malam. Saya bertanggungjawab untuk menjaga sekeliling kantin dan tandas. Syif malam adalah bermula daripada pada pukul 11 malam dan tamat pada pukul 12 malam. Setiap syif adalah sepanjang 1 jam. Walaupun syif malam semenatkan tetapi saya berasa sangat bersyukur keran diberi peluang untuk berjaga malam. In merupakan satu pengalaman yang sangat baik.

Rabu, 22 FEB 2012
Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah aktiviti air iaitu berkayak. Sebelum memulakan aktiviti ini, kami dibahagikan kepada 19 kumpulan. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya mempunyai 7 ahli kumpulan dan setiap kumpulan terdapat dua ahli kumpulan yang mahir untuk berenang Ahli kumpulan saya ialah Yap Jia Jun, Jeffery Chong, Chin Li Jun, Wani, Mylsa dan Florence. Selepas agihan kumpulan, kami pun bertolok ke Pukak. Kumpulan kami adalah trip yang kedua disebabkan kekurangan kenderaan.

            Pertama kali sampai ke sungai untuk aktiviti air, saya terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan yang terbentang dihadapan saya. Bunyi sungai yang kuat amat mengasyikkan.

Sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya dan ahli kumpulan berusaha untuk berkayak ke destinasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk mengambil makan tengahari.  Pada mula kami bersemangat untuk berkayak selepas kami ditumpus oleh kumpulan-kumpulan yang lain. Kami berputus asa untuk meneruskan berkayak. Tidak lama kemudian, kumpulan saya dan kumpulan yang lain berhenti di tepi sungai untuk menjalankan body rafting.  Aktiviti ini sangat menyeronokan dan saya berasa tenang. Jika mempunyai kesempatan saya berharap agar dapat menyertai aktiviti seperti ini lagi.

            Selain itu, saya mempelajari bahawa kawan amatlah penting dalam kehidupan kami. Tanpa kawan, banyak perkara yang tidak dapat kita rasai dan lalui dengan jayanya. Sekiranya, tidak rakan-rakan sepanjang aktiviti ini, pasti saya tidak memjalanikan akitiviti ini dengan sempurna.

            Akhir sekali, walaupun trerasa amat letih namun pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti berkayak ini amat berguna. Kesenorokan dan kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Selain itu, saya juga mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya juga turut belajar cara-cara berkayak untuk mengenalpastikan keseimbangan kayak. Di samping itu, saya juga mempelajari untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air. Pengalaman ini amat berguna bagi diri semdiri, anak-anak murid serta orang-orang di sekeliling saya apabila menghadapi kecemasan dalam air pada masa yang akan datang.

            Selepas makan tengahari, kami pun meneruskan aktiviti berkayak yang menuju ke Kem Malanggang. Lebih kurang 3.30 petang, kami pun sampai ke Kem Malanggang . Untuk menunggu ketibaan kumpulan yang lain, Kem Komanden memberi sedikit taklimat yang berkaitan dengan malam bakat serta mengambil gambar dengan semua guru pelatih sebagai kenang.

            Persembahan kumpulan dimulakan pada pukul 9 malam. Kumpulan saya adalah berkumpulan 4 untuk mempersembahankan sketsa muzikal. Saya dan ahli kumpulan yang lain sangat enjoy semasa mempersembahankan persembahan tersebut. Malam bakat ini berakhir pada pukul 11.30 malam.

Khamis, 23 feb 2012
            Pada hari tersebut, saya diaturkan untuk menyediakan sarapan pagi kepada semua guru pelatih dan pensyarah. Sarapan pagi yang perlu disediakan adalah roti yang berinti kaya dengan plata. Untuk menjimatkan masa kami, kami bahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama adalah bertanggungjawab untuk mememotong roti, kumpulan kedua adalah gosok kaya manakala kumpulan ketiga adalah gosok plata ke atas permukaan roti. Kami telah menggunakan dua jam untuk menyediakan semua roti yang perlu disediakan. Melalui peryediaan ini, saya mempelajari nilai bekerjasama untuk menyiap sesuatu dengan menggunkan masa yang singkat. Jika kita tidak mengagihkan tugasan tentunya sarapan pagi tidak dapat sediakan dengan sempurna dan berkeadaan kelam-kabut.

            Pada pukul 8 pagi, kami berkumpul di dewan utama dan setiap kumpulan hendak menghantar seorang wakil untuk membuat refleksi sepanjang program BIG ini dijalankan dan majlis penutupan dirasmikan oleh En Azizi. Pada pukul 9 pagi, kami dalam perjalanan pulang ke Kampus IPG Gaya. 








  
 BINA INSAN GURU FASA 2
Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan mulia dan insane guru adalah Pembina genaradi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Jesturu, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui program yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolah ke arah pembangunan diri sebagai insa guru secara berterusan. Program ii diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Pada semester ini, kami dikehendaki menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Pada 22 September 2012, kami telahpun menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) fasa ke-dua. Program BIG kali ini dilaksanakan di Tamu, Donggongan dengan melibatkan seramai 120 orang guru pelatih yang terdiri daripada gabungan lima opsyen iaitu PISMP PC1, PISMP PC2, PISMP TESL G.1, PISMP TESL G.2 dan PISMP TESL G.3 Ambilan Januari 2012 yang diiring oleh tutor masing-masing. Saya berasa bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada program BIG ini.
Melalui program ini, saya sedar bahawa guru-guru haruslah sentiasa prihatin dan mencuba untuk memenuhi keperluan fisiologi murid-muridnya. Hal ini demikian kerana pada hari tersebut, kami dihendaki untuk berkumpul di perkarangan letak kereta seawall 6.30 pagi. Oleh itu, saya telah bergegas ke situ tanpa memakan sarapan pagi. Namun, apa yang saya berasa terharu ialah pihak pengurusan program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan menyediakan sarapan pagi untuk kami. Daripada insiden ini, ia memberikan iktibar kepada saya bahawa apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya harus mengambil berat keperluan fisiologi murid saya agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Penyediaan makanan sarapan pada pagi tersebut diibaratkan suntikan semangat yang kental bagi saya untuk melakukan yang terbaik pada hari tersebut.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang dedikasi dan sanggup berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-apa sahaja yang diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid kita. Apabila kami sampai ke destinasi kami, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kumpulan yang pertama ialah menyapu sekeliling tamu, kumpulan yang kedua dan ketiga pula diamanahkan untuk membersihkan rumpat-rumput manakala kumpulan keempat dan kelima ialah membersihkan longkang.  Saya berasa sangat terharu apabila semua peserta termasuk saya menerima apa-apa kerja yang diamanahkan kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup berkhidmat untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus berkorban apa jua, sama ada masa , tenaga, jiwa raga dan sebagainya untuk kebaikan dan masa depan murid-murid.
Sesungguhnya, program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 ini telah meninggalkan banyak kesan terhadap diri saya. Seperti mana yang kita sedia maklum, program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.
Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental, rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Melalui program ini, semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan saling tolong menolong antara guru pelatih telah berjaya dipupuk. Contonya, kami telah membersihkan kawasan tamu Donggongan secara berkerjasama. Secara tidak langsung, hubungan kami antara satu sama lain akan makin bertambah rapat, akrab dan kukuh. Makanya, saya menyedarkan bahawa seorang seorang manusia yang hidup dalam kumpulan dan komlopok, kita haruslah memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan kami tanpa mengira kaum, bangsa dan ras.
Daripada pergaulan dengan guru-guru pelatih yang berasal dari kumpulan lain sepanjang program khidmat masyarakat ini, kami berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam mengenali masalah yang dihadapi, amalan budaya dan tradisi mereka, cara pergaulan mereka dalam kumpulan mereka dan sebagainya. Walaupun masa pergaulan kami dengan kumpulan-kumpulan lain hanyalah selama setengah hari sahaja, namun kami berharap agar kami dapat bersama dengan kumpulan mereka lagi dalam program khidmat masyarakat yang akan diadakan pada masa yang akan datang. Makanya jurang di antara pelajar opsyen PC dan TESL dapat dieratkan.

Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.
Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.
Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun. 


PERHIMPUNAN DIJALANKAN SEBELUM MENJALANKAN  AKTIVITI KHIMAT  MASYARAKAT

MENCANGKUL RUMPUT 
BERSARAPAN SELEPAS BERGOTONG-ROYO



文化传承耀佳雅 

Transformasi Budaya, Apresiasi Warisan

 2012
BERGAMBAR DENGAN AJK-AJK

PERSEMBAHAN TARIAN


MALAM BUKA PUASA DI SURUA IPG KAMPUS GAYA






No comments:

Post a Comment