Friday 25 May 2012

15. Marina Mak Nyuk Ting


BIODATA




NAMA                                  : 麦玉婷(中)        MARINA MAK NYUK TING(英)
NO. KAD PENGENALAN  : 900829-12-5694
NO. MATRIK                       : IPGKG/ PISMP/ BC (2)/ 2012/ 01/ 015
OPSYEN                               : PISMP PC (2) SEM 1 AMBILAN JAN 2012
ALAMAT                              : Jalan Lingkudau Ring,Peti Surat 332,89008  Keningau,Sabah.
TELEFON                             : 016-5099025
EMAIL                                  : marina_rin90@yahoo.com




Surat tawaran 

Surat tawaran PISMP



Pencapaian Akademik

Slip keputusan




Pencapaian Kokurikulum

Aktiviti PPISMP Semester  1 (2010)
1. 秋之月圆夜(戏剧表演


Aktiviti PPISMP Semester  2 (2011)
1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛




2.红包大会串
   -  幕后司仪(马来文)

Aktiviti PPISMP Semester  3 (2011)
1. PLBD (KK Wetlands Centre)








2. PLBD (Museum Sabah)





3. Pameran Getaran Seni (21.9.2011)




4. Save our Earth - Beyond d hour of Earth Hour

5. 爱薇签名会 



Aktiviti PISMP Semester 1 (2012)
1. 亚庇友谊花开文艺节硬笔比赛




2.红包大汇演
   -  手语表演


3.慈济环保讲座


4. Lawatan sambil belajar ke sekolah pendidikan khas SK Kolombong




5.Bina Insan Guru (BIG)

Laporan Tentang Program Bina Insan Guru

            Program Bina Insan Guru (B.I.G) ini telah berjaya dijalankan pada 20 hingga 23 Februari 2012. Saya juga melalui kehidupan perkhemahan selama 4 hari 3 malam, bertempat di Kem Malanggang, Kiulu, Tuaran. Program ini melibatkan semua pelajar PISMP SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI 2012. Terdapat seramai 120 orang pelajar mengikuti program Bina Insan Guru ini. Pada hari pertama, saya dan peserta lain berkumpul di kawasan pintu besar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dengan barang masing-masing. Selepas memastikan semua pelajar hadir, kumpulan 1 hingga 7 pun bertolak dengan dua buah bas pada jam 7 pagi ,menuju ke destinasi kami iaitu Kem Malanggang. Kumpulan 8 hingga 10 pula bertolak sebagai rombongan kedua. Setibanya di Kem Malanggang pada jam 10 pagi, kami menurunkan barang-barang di dewan besar dan berkumpul mengikut kumpulan,di samping menunggu kumpulan lain yang belum sampai. Ahli kumpulan 3 dan 4 bertanggungjawab untuk memasak pula menyusun barangan masakan di dapur dewan makan.Saya tidak membuang masa dan menolong di kawasan dapur. 

Pihak-pihak pengurusan Pusat Kokurikulum Sabah memberikan taklimat kepada kami tentang pemasangan dan peleraian khemah. Kawasan yang dipilih harus kering dan selamat. Seterusnya, kami pun memasang khemah bersama-sama rakan sekhemah. Kem komanden merupakan saudara Minarldo Arthur yang berperanan untuk memanggil semua peserta untuk berkumpul di padang. Semua peserta dilatih mengenai asas kawat. Selepas itu,kami diberi masa rehat. Sukantara turut berlangsung pada jam 4 petang di kawasan padang,di mana acaranya termasuk larian 100 m,lompat tinggi,lompat jauh dan melontar peluru. Saya tidak berpeluang menyertai sukantara disebabkan terlibat dalam tugas menyediakan makan malam. Minum petang turut diberikan. Sementara itu,peserta diberi masa untuk pengurusan diri dan aktiviti moral untuk peserta bukan muslim dijalankan,manakala peserta muslim pula menunaikan solat. Semua peserta dan jurulatih mengambil makan malam selepas melalui hari yang penat. Aktiviti “Ice Breaking” juga dijalankan di dewan besar ,iaitu sesi perkenalan dan permainan untuk para peserta.Aktiviti tersebut berjaya menguatkan hubungan silaturahim antara peserta,terutamanya pelajar kursus TESL dan PC.

Pada hari kedua,kami dikejutkan dengan bunyi wisel untuk pengurusan diri ,selepas itu Encik Ladius Emor memberikan ucapan tentang isu moral. Sejurus selesai menikmati sarapan pagi,kami berkumpul dan berbaris mengikut tatacara perbarisan serta menyanyikan lagu institut, patriotik dan Negaraku. Taklimat tentang aktiviti kembara diberikan oleh jurulatih. Setiap peserta membawa beg galas agar senang mengharungi jalan semasa aktiviti kembara. Jumlah peserta dipastikan betul dan kami pun bertolak. Sesampainya di Kampung Tombung, kami diberi tugas untuk menemuramah penduduk kampung mengenai sosioekonomi mereka, mencari tumbuhan herba, mencatatkan arah dan jarak perjalanan serta mempelajari bahasa penduduk kampung tersebut. Selepas itu, kami pun memasuki kawasan hutan untuk meneruskan perjalanan dan aktiviti memasak di dalam hutan. Jalan yang berliku-liku dan curam tetap kami tempuhi agar dapat mencapai destinasi. Kami menggunakan air sungai dan ranting kayu untuk memasak. Makanan disediakan dahulu untuk jurulatih ,termasuklah maggi asam laksa dan sardin. Selesai makan,kami membersihkan kawasan tersebut dan meneruskan perjalanan balik. Kami diberi masa untuk pengurusan diri dan bersedia untuk minum petang. Saya yang bertugas untuk membersihkan kawasan tidak dapat mengikuti aktiviti perbincangan di dewan besar. Selepas itu, aktiviti kerohanian dan solat pun berlangsung ,seterusnya kami mengambil makan malam. Pada waktu malam, para peserta berkumpul di dewan besar untuk mengikuti permainan yang telah disediakan.

Hari ketiga dimulakan dengan aktiviti pengurusan diri dan moral berlangsung pada waktu pagi,dan sarapan turut diambil. Taklimat tentang aktiviti “rafting” diberikan kepada peserta. Semua peserta mendengar dengan teliti disebabkan aktiviti ini amat berisiko dan berbahaya. Kami bertolak ke “starting point” untuk aktiviti “rafting” dan berkumpul mengikut kumpulan. Seorang pihak pengurusan “rafting” memberikan taklimat kepada kami tentang pemakaian baju keselamatan (life jacket), penggunaan “paddle”, cara duduk dalam bot dan aspek-aspek keselamatan yang lain. Setiap pesert amat teruja untuk memulakan aktiviti “rafting”, sementara itu beberapa peserta diarah masuk ke dalam air untuk merasai kesejukan air sungai. Setiap bot mengandungi 8-9 orang,termasuklah “rafter” dan pensyarah,namun cuma beberapa bot sahaja mempunyai pensyarah. Kami juga disuruh untuk “capsized”,iaitu menterbalikkan bot untuk merasai pengalaman berada di dalam air sungai.

“Body rafting” juga dijalankan untuk  memberi pengalaman kepada peserta berada di dalam air. Seluruh perjalanan “rafting” mengambil jarak 13 kilometer, di mana peserta harus berhenti di kawasan hentian untuk mengambil makan tengahari dan menyambung perjalanan . Sesampainya di kawasan kem, kami berhenti dan berehat, seterusnya balik ke dalam kem .Semua peserta amat penat dan menguruskan diri. Makan malam disediakan selepas pengurusan diri. Keadaan yang amat penat dan lena tidak mengizinkan kami untuk meneruskan aktiviti moral. Pada waktu malam,peserta berkumpul di dewan besar dan bersedia untuk persembahan malam bakat. Terdapat 10 persembahan yang berlangsung dan dinilai oleh para jurulatih. Pujian dan galakan diberikan kepada semua peserta disebabkan daya kreatif peserta telah menjadikan persembahan-persembahan amat menarik. Semua peserta akhirnya berehat dan tidur di khemah masing-masing. Saya dan beberapa rakan menunaikan tugas sentri kami untuk berjaga malam pada jam 3-4 pagi.

Pada hari terakhir, kesemua peserta bangun untuk menguruskan diri dan berkumpul di dewan besar. Aktiviti refleksi dijalankan sesama peserta untuk membolehkan kami meluahkan segala-galanya yang berlaku sepanjang kem. Seepas itu, kami semua bertepuk tangan untuk mengalu-alukan Encik Shan yang turut hadir dan memberikan ucapan serta merasmikan upacara penutupan program Bina Insan Guru kali ini. Bas institut mengalamai kerosakan dan cuma satu bas sahaja berfungsi. Maka,setiap kumpulan mengeluarkan 4 orang untuk balik ke institut dalam rombongan pertama ,membantu mengangkat peralatan setibanya di kawasan institut. Peserta lain pula bertugas meleraikan khemah dan menyimpannya semula. Kawasan kem dibersihkan dan dikembalikan kepada keadaan yang asal.Rombongan kedua dan ketiga bertolak apabila bas sampai di kawasan kem.


Gambar Program Bina Insan Guru

Persembahan malam bakat




Latihan untuk persembahan malam bakat
            

Taklimat untuk pemasangan khemah

Aktiviti "rafting"

Bergambar dengan penduduk kampung

Merentasi jambatan gantung



6. Pameran ABM (Bahasa Cina)




No comments:

Post a Comment