Saturday 26 May 2012

4. CHONG SHAN NI


1) BIODATA




Nama                   :  (张姗霓   () CHONG SHAN NI

No. I/C                  :  911219-12-5770

No. Kad Matrik    :  IPGKG/PISMP/BC(2)/2012/01/004

Opsyen                 :  PISMP PC2 SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI 2012

No. Telefon          :  016-8229906

Email                    :  cutieberry1991@hotmail.com

Alamat                  : NO 8A, TAMAN SINARAN, 89600 PAPAR, SABAH.


2) SURAT TAWARAN


3) PENCAPAIAN AKADEMIK


4) PENCAPAIAN KOKURIKULUM


2010年

中秋晚会 - 月亮代表我的心(手语)


2011年

红包大会串 - 招待员



亚庇友谊花开之硬笔比赛



 2012年

红包大会演 - 迎宾舞

慈济环保讲座

教具展览


B.I.G



                        
Laporan Tentang B.I.G ke Kampung Malangang Kiulu

Isnin, 20 Februari 2012
Aktiviti: Taklimat, penyediaan tapak dan mendirikan khemah
            Hari ini merupakan hari pertama saya menjalani program Bina Insan Guru (BIG). 5 kelas termasuklah PISMP Tesl  dan pengajian cina yang seramai 120 orang guru pelatih telah menyertai program BIG ini. Disebabkan bilangan guru pelatih yang ramai, kami dibahagikan kepada dua  kumpulan untuk bertolak ke tempat program. Kumpulan satu akan bertolak pada pukul 8.00 pagi manakala kumpulan dua bertolak pada pukul 10.30 pagi. Saya mengikuti kumpulan dua. Pada pukul 10.00 pagi, saya dan rakan sekumpulan saya membawa barangan kami dan berkumpul di tempat menunggu bas. Kami berlepas tepat pada jam 11.00 pagi dan tiba di Kampung Kiulu 1jam 30 minit kemudian.
Setelah semua guru pelatih tiba di tempat program, penyelaras telah memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan peraturan di tempat program, tapak perkhemahan dan juga membuat demonstrasi tentang cara yang betul untuk mendirikan khemah. Kami telah dibahagikan kepada empat orang berkongsi satu khemah. Selepas memilih rakan sekhemah, kami beratur dan mengambil alatan di stor untuk mendirikan khemah. Semua khemah telah Berjaya didirikan dan tersusun di atas padang.
 Kemudian, kami telah mengadakan Sukan Tara yang bertujuan mengumpul markah untuk rumah sukan masing – masing. Selepas aktiviti ini, guru pelatih yang bertugas masak telah menjalankan tugas di dewan makan. Saya juga merupakan salah seorang ahli bertugas yang masak untuk saya sendiri sahaja bahawa saya adalah vegetarian.
            Setelah pengurusan diri, kami memulakan kelas moral pada pukul 7.00 pm. Kami diberi sedikit ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan aktiviti pada keesokan hari. Selepas mengadakan makan malam, kami telah berkumpul di dewan dan melakukan aktiviti “breaking ice” yang bertujuan merapatkan hubungan antara guru pelatih. Selepas itu, kami juga diberi tugasan iaitu mencipta yel dan juga melukis logo di atas kain untuk kumpulan kami.  Kami berehat pada pukul 10.30pm.
  
Selasa, 21 Februari 2012
Aktiviti: Aktiviti Darat (Jungle Trekking)
Pada pukul 5.30am, semua guru pelatih telah bangun dan menguruskan diri. Guru pelatih muslim pergi ke surau untuk sembayang. Manakala guru pelatih yang bukan muslim telah berkumpul di dewan dan memulakan kelas moral. Selepas mereka sembayang, kami berkumpul di depan khemah untuk memulakan senaman pagi.
Pada pukul 7.30 pagi, kami telah mengambil sedikit sarapan pagi. Kemudian, kami telah mengemaskan segala peralatan dan makanan ringan untuk dibawa ke dalam hutan. kami menyiapkan segala peralatan yang perlu kami bawa seperti bekalan air bersih yang mencukupi, peralatan serta bahan untuk memasak seperti yang telah ditetapkan. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan, kami beratur mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Sebelum bergerak ke dalam hutan, sekali lagi kami menerima taklimat daripada pensyarah yang mengiringi kami. Kami diberi satu tugasan bahawa kami harus mengunjungi dua buah rumah di tengah perjalanan iaitu di sebuah kampung untuk memberi cendera mata dan mendapat sedikit barang daripadanya. Selain itu, kami juga diminta mempelajari sekurang – kurang lima perkataan bahasa dusun.
Selepas aktiviti mengunjung rumah orang kampung, kami bertolak memasuk ke dalam hutan. Dalam perjalanan kami telah melintasi seramai tiga jambatan gantung yang panjang. Salah seorang anggota kumpulan kami sangat takut dengan jambatan gantung dan menyebabkan “traffic jam” di atas jambatan tersebut. Perjalanan kami semakin masuk hutan semakin susah dan bahaya, jalan menjadi lebih kecil dan licin, menaiki bukit dan menurun bukit, jambatan yang diperbuat daripada tiga batang bambu, menyeberangi sungai, batu yang licin dan sebagainya.  
Berjalan selama 2 jam lebih, kami pun sampai di tepi sebuah sungai. Setibanya kami disana, kami memasak bekalan yang kami bawa dengan peralatan yang ada dan dengan keperluan yang amat terhad. Selesai memasak, makan tengah hari dan membersihkan peralatan yang kami telah gunakan itu, kami membersihkan kawasan sekitar dan meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke khemah. Perjalanan kami adlah tidak sama dengan jalan yang awalnya. Kami berjalan di atas jalan raya. Tidak lama kemudian, kami pun tiba di kawasan khemahan kami.
Pada masa ini, iaitu pukul 4.00 petang, hujun mula turun. Aktiviti “flying fox” telah dibatalkan. Oleh itu, kami menguruskan diri dan mengadakan kelas kerohanian. Selepas makan malam, kami berkumpul di dewan dan berlatih untuk persembahan kumpulan masing – masing. Kami berehat pada pukul 11.00malam.
Rabu, 22 Februari 2012
Aktiviti: Aktiviti Air (Water Rafting) 
Seperti semalam, semua orang bangun awal dan menguruskan diri untuk bermula menjalani aktiviti pada hari ini. Selepas bersarapan, kami dikehendaki membuat penyediaan untuk aktiviti air. Aktiviti ini dlakukan di Sungai Kiulu “White Water Rafting”. Kami telah dipecahkan kepada tiga kumpulan besar untuk giliran menaiki bas ke tempat tersebut. Dalam kumpulan besar itu, kami dipecahkan lagi kepada tujuh orang dalam satu kumpulan kecil sebagai ahli kumpulan dalam satu kayak.
Bas hanya dapat menurunkan kami di tepi jalan, kami dikehendaki menjalan kaki ke dalam tempat menjalankan aktiviti air. Setelah semua guru pelatih tiba di situ, pihak berkuasa memberi kami taklimat ringkas tentang cara berkayak, cara memakai alatan, dan aspek keselamatan jika berlaku sesuatu semasa menjalankan aktiviti air. Selepas semua persediaan disiapkan, kami mula berkayak mengikut kumpulan yang dibahagikan dan setiap kumpulan diiringi oleh seorang pak cik yang mahir dalam aktiviti air. Selain berkayak, kami juga mengadakan aktiviti “body rafting”. Kami amat menikmati dengan aktiviti ini. 
Semasa melakukan aktiviti air, beberapa masalah telah berlakunya. Kayak terbalik dan juga ada guru pelatih terapung ke jarak yang jauh semasa “body rafting”. Walaubagaimanapun, tiada seorang pun yang cedera. Kami berkayak mengikut sepanjang sungai. Setelah mengambil makan tengah hari di tepi sungai, kami meneruskan perkayakan dengan lebih bertenaga. Akhirnya kami berkayak balik ke khemah pada pukul 3.00 petang.
Selepas pengurusan diri dan makan malam, kami mula sibuk untuk persembahan kami. Kumpulan saya iaitu kumpulan lapan merupakan pihak yang bertugas pada malam ini. Semua kumpulan berusaha melakukan persembahan mereka masing – masing. Persembahan adalah sangat baik dan menarik. Pada pukul 11.00 malam, persembahan pun tamat dalam keadaan yang  riuh- rendah.
Khamis, 23 Februari 2012
Aktiviti: Perasmian penutup
Hari ini adalah hari terakhir untuk program BIG. Selepas bersarapan, semua guru pelatih dikehendaki memakai baju putih dan berkumpul di dewan pada pukul 7.00 pagi. Sebelum majlis penutupan bermula, semua kumpulan memilih seorang wakil memberi ucapan sedikit. Majlis penutupan dimula pada pukul 8.00 pagi. Selepas itu, kami mengemas barang dan membuat persediaan untuk balik ke kampus. Saya diberi peluang untuk mengikut bas yang pertama balik ke kampus. Kami meninggalkan tempat itu pada pukul 9.00 pagi. Bagi guru pelatih yang menunggu di situ diberi tugasan menyimpan khemah. Pada pukul 11.00 pagi, kami tiba di kampus dan balik ke asrama masing – masing.






 Disediakan oleh,                                                                              25 Februari 2012

______________
(Guru Pelatih)
CHONG SHAN NI
PISMP PC(2) Semester 1
IPG Kampus Gaya.

No comments:

Post a Comment