Sunday 17 March 2013

16. ONG KAI YING



NAMA: (中) 翁恺迎                 (英) ONG KAI YING

NO. KAD PENGENALAN: 910414-12-5210

NO. MATRIK : IPGKG/PISMP/BC(2)/2012/01/016


EMAIL : kaiying_0414@hotmail.com

ALAMAT : LOT 256, LRG POKOK SERAYA 5B, TAMAN KHIDMAT 88450 KK, SABAH.

TELEFON : 016-8487042


                                                       SURAT TAWARAN



                                         Surat Tawaran untuk kursus PISMP.


                                                    
                                                     PENCAPAIAN KOKURIKULUM



1. 友谊花开
    > 硬笔比赛 (2011年)
    > 硬笔比赛 (2012年)



                                                                                        友谊花开参加证书  2011年



                                                                                        友谊花开参加证书 2012 年


2. 慈济环保讲座


3. Bina Insan Guru Sem 1

                                  LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG)

ISNIN (20 FEBRUARI 2012)
Pada 6.30 am, ahli kumpulan 1 hingga 7 berkumpul di gate IPG Kampus Gaya. Kami bertolak ke Kem Melanggang ,Kiulu pada 7.00am dengan bas IPG dan sampai ke destinasi selepas 1 jam. Selepas  sampai di Kem Melanggang, saya sebagai ahli kumpulan 4 membersihkan kantin semasa menunggu ketibaan pelajar kumpulan 8 hingga 10. Selepas itu, seorang pegawai memberi talklimat kepada kami dan seorang pegawai membuat demonstrasi dan menerangkan cara-cara untuk mendirikan khemah. Kami diberi masa untuk mendirikan khemah masing-masing. Selain itu, kami juga berkawad kaki di padang, Seterusnya, kami menjalankan sukan tara dan minum petang selepas itu. Selepas pengurusan diri, pelajar muslim pergi ke surau manakala pelajar yang bukan islam mempunyai sesi moral. Pada malam, kami mempunyai sesi “ice breaking” selepas makan malam. Kami bermain permainan dengan gembira dan juga mencipta bendera kumpulan masing-masing. Kami balik ke khemah untuk tidur selepas ini.



SELASA (21 FEBRUARI 2012)
Kami membangun pada 5am dan membuat pengurusan diri. Selepas itu, kami mempunyai sesi moral selama satu jam. Kami semua diminta berkumpul di padang Pusat Kokurikulum Sabah untuk berkawad kaki dan menyanyi lagu Negaraku, Patriotik dan Institut. Tambahan pula, kami juga membuat aerobik diiringi dengan pop muzik. Selepas itu, kami menikmati sarapan yang enak di kantin. Ujian-ujian Psikologi tidak dijalankan kerana Puan Rahmah Ag. Besar mempunyai urusan penting dan tidak dapat menghadiri. Selepas itu, kami menjalankan aktiviti darat iaitu “jungle trekking” dalam hutan Kiulu. Selain itu, kami membuat temu bual dengan penduduk kampung. Mereka sangat mesra dan mudah bergaul.Perjalanannya sangat panjang dan mengambil masa kira-kira 3 jam. Kami bersinggah di tepi Sungai Kiulu untuk memasak dengan menyalakan api. Kami menghidangkan masakan kami kepada pensyarah dan diberikan markah. Selepas balik ke Pusat Kokurikulum Sabah, kami membuat pengurusan diri dan minum petang. Sesi moral bermula selepas ini. Kami menikmati makan malam kira-kira pada 8pm. Selepas itu, setiap kumpulan diminta membentangkan tentang bendera kumpulan masing-masing. Kami balik ke khemah untuk tidur pada 11.30pm
.
 RABU (22 FEBRUARI 2012)
Pada awal pagi, kami membangun dan membuat pengurusan diri. Selepas itu, kami mempunyai sesi moral. Kami semua diminta berkumpul di padang untuk berkawad kaki dan menyanyi lagu Negaraku, Patriotik dan Institut. Berteraskan konsep “Malaysia Cergas” , kami membuat aerobik diiringi dengan pop muzik. Selepas itu, kami menikmati sarapan yang enak di kantin. Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti air. Kami bertolak ke tempat permulaan Sungai Kiulu dengan bas IPG . Kakitangan memberi taklimat tentang cara untuk berakit. Kami semua memakai jaket keselamatan dan topi keledar untuk menjaga keselamatan. Selepas beberapa jam beakit, kami bersinggah di suatu tempat yang cantik untuk menikmati makan tengah hari. Kami berakit balik ke Pusat Kokurikulum Sabah. Selepas itu, kami membuat pengurusan diri dan berlatih persembahan masing-masing dalam MalamBakat nanti. Makan malam dihidang selepas sesi moral. Tema Malam Bakat ialah “pendidikan”. Kumpulan kami iaitu kumpulan 4 menyanyi lagu bernama “ Guru Terunggul” dan menari tarian “Dikir Puteri”. Semua kumpulan mempunyai persembahan yang menarik dan dipuji oleh semua pensyarah. Pada 3am subuh, saya bertugas sebagai sentri hingga 4am.

KHAMIS (23 FEBRUARI 2012)
Selepas membangun, kami membuat pengurusan diri dan menikmati sarapan di kantin. Majlis penutupan diadakan pada 8am. Pengarah mendapat mesyuarat penting dan tidak dapat hadir. Oleh itu, majlis penutupan dirasmikan oleh Encik Shanmuga Nathan a/l Ramasamy. Selepas majlis ini, kami membersihkan dan menguruskan peralatan dan balik ke IPG Kampus Gaya.


Gambar-gambar dari aktiviti B.I.G


Mengambil gambar dengan penduduk, pensyarah dan ahli kumpulan 4.




                                                           Membuat senaman pagi 


                                                   Persembahan untuk Malam Bakat 


                                                    Persembahan untuk Malam Bakat 


Menyeberangi sungai dengan jambatan gantung.

4.  Bina Insan Guru Sem 2

Refleksi BIG  
          Amat bersyukur kerana saya diberi peluang untuk mengikut program khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Tamu Donggongon pada 22 September 2012. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini kerana saya percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya berasa sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini kerana banyak pengalaman yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. 


               Dalam aktiviti ini, saya mempelajari bahawa sebagai seorang bakal guru haruslah berdisiplin dan mendengar arahan. Hal ini demikian kerana apabila kami sampai ke destinasi kami, iaitu Tamu Donggongon, pihak berkenaan dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya, Encik Ladius Emor telah memberi taklimat yang ringkas kepada kami. Mereka menjelaskan kebaikan menjalankan khidmat masyarakat kepada kami supaya kami lebih jelas terhadap tugas yang harus kami jalankan. Selain itu, kami juga diberitahu bahawa daerah Penampang merupakan daerah pertama yang melancarkan Kempen Anti Kutu Sampah (KAKS). Ini adalah permulaan yang baik untuk menjaga kebersihan persekitaran kita. 
               Selepas itu, kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan yang pertama ditugaskan untuk membersihkan persekitaran Tamu Donggongon, kumpulan yang kedua diberi tugas mencangkul tanah dan mencabut rumput di sekitar Tamu manakala kumpulan tiga adalah membersihkan longkang-longkang di persekitarannya. Semua pelajar mendengar arahan ketua kumpulan dan memulakan tugas masing-masing. Kami semua menerima apa-apa kerja yang diamanahkan kepada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup berkhidmat untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan kesenangan diri sahaja. Sebaliknya, kita harus berkorban untuk kebaikan dan masa depan murid dan sekolah kita.                     
                Saya dibahagikan ke kumpulan dua iaitu mencangkul tanah dan mencabut rumput. Ini merupakan kali pertama kepada saya untuk membuat tugas ini. Tanah di sekitarnya sukar untuk mencangkul. Nasib baik beberapa ahli kumpulan kami memberi bantuan kepada saya. Di samping itu, ahli kumpulan daripada kumpulan lain juga memberi bantuan kepada kami. Saya berasa sangat terharu kerana semangat tolong-menolong diwujud di antara pelajar-pelajar IPG Kampus Gaya. Namun, ahli kumpulan kami juga memberikan bantuan kepada kumpulan satu dan kumpulan dua apabila mereka memerlukan bantuan kami.  Kita harus memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan kami, tanpa mengira kaum dan bangsa. Semangat ini juga amat penting bagi bakal guru kerana harus tolong-menolong dalam apa jua keadaan.


               Selain itu, saya mempelajari bahawa pengurusan masa dan sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang diamanahkan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan optimum. Kami semua bekerjasama dan tidak mempunyai rungutan. Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain untuk memastikan tugas kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting Kesannya, kami berjaya menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada kami dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Dengan ini dapat dilihat bahawa program khidmat masyarakat ini dapat merapatkan hubungan antara kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih kukuh.      
          Bukan itu sahaja, program ini juga secara tidak langsung dapat membantu kami mengenali rakan-rakan yang berasal dari kumpulan dan bangsa yang lain. Hal ini demikian kerana kami menjalankan program kidmat masyarakat bersama-sama dengan kumpulan yang lain, iaitu tiga kumpulan PISMP TESL Ambilan Januari 2012. Program ini dapat mengeratkan hubungan antara kumpulan PISMP Pengajian Cina dengan PISMP TESL. Walaupun ada beberapa pelajar kumpulan TESL yang belum dikenali, tetapi kami masih memberi bantuan antara satu sama lain. Kami menjalankan tugas kami dalam suasana yang riang dan gembira.   
               Selain itu, program BIG ini melatih kami untuk mencintai alam sekitar. Dalam aktiviti ini, saya telah memerhatikan banyak sampah sarap dibuang di persekitaran tamu dan juga dalam longkang. Perbuatan ini akan merosakkan nama baik negara kita. Sebagai bakal guru, amat pentinglah untuk mendidik generasi yang akan datang untuk menyemai semangat cintai alam sekitar. Oleh itu, kami haruslah menjadi model yang baik untuk dipelajari oleh pelajar.     
           Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IPG Kampus Gaya kerana menyediakan program khidmat masyarakat ini bersempena dengan kursus Bina Insan Guru untuk melatih kami untuk menjadi seorang guru yang sentiasa tabah menghadapi cabaran serta masalah dan meningkatkan semangat kami untuk menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan pekerjaannya. Di samping itu, program ini juga melatih kami untuk mencintai alam sekitar kami.   
             Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak berkenaan dan pensyarah-pensyarah kerana sentiasa membantu kami sepanjang program khidmat masyarakat ini. Tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat masyarakat ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. 

            Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran. Akhir kata, saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini. Saya juga mendapat banyak manfaat daripada program ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang serba boleh.








 Pihak-pihak berkenaan dan Encik Ladius Emor sedang memberi taklimat yang ringkas.








Kumpulan PISMP TESL sedang membersihkan dan mengutip sampah-sarap dari longkang.










Kumpulan yang lain sedang menyapu lantai di sekitar Tamu Donggongon.












Kumpulan kami sedang mencangkul tanah dan mencabut rumput di sekitar Tamu.


 2013 :

1. 新春联欢会
-    司仪
- 《团圆饭》手语歌




No comments:

Post a Comment