Sunday 17 March 2013

4. CHONG SHAN NI


文化传承耀佳雅



华乐表演


2013年

1. 新春联欢会——手语(团圆饭)

2. Bulan Sabit Merah Malaysia

KEMPEN DERMA DARAH

LAPORAN  KEMPEN DERMA DARAH

                      
                       Pada 27 Februari 2013, Kempen derma darah telah diadakan di dalam dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Kempen ini adalah dianjurkan oleh ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) PISMP Ambilan Januari 2012 Semester 3 dengan bimbingan Miss Carole. Kempen derma darah ini adalah bermula dari pukul 8.30 pagi. Tujuan kempen ini adalah untuk membantu pihak hospital mendapatkan lebih ramai lagi penderma. Oleh itu, ahli BSMM telah menjemut seramai 11 orang pihak hospital yang pakar dan berpengalaman dalam kempen derma darah. Melalui kempen ini, penderma boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan tentang proses serta kebaikan derma darah. Selain menderma darah, guru pelatih IPG Kampus Gaya juga boleh menguji tahap glucose, darah dan tekanan darah dalam badan sendiri. Pengujian ini boleh memberitahu bahawa badan kita adalah sihat atau sakit.
                       Sebelum pukul 8.30 pagi, semua ahli BSMM telah bersiap sedia menunggu kedatangan pihak hospital. Ahli BSMM telah menyediakan sarapan untuk pihak hospital, menyusun meja-meja dan kerusi, persediaan PA sistem, persediaan dewan dan sebagainya. Selepas pihak hospital datang, ahli BSMM pun membantu mereka menyusun alat-alat menderma darah yang dibawa dari hospital. Semua alat disusun dengan kemas dan betul, pihak hospital dijemput untuk makan sarapan pagi.  
                          Kempen derma darah telah dimulakan pada pukul 9.30 pagi. Setiap ahli BSMM melaksanakan tugas masing –masing. Antara tugas yang ditetapkan adalah seperti bahagian pendaftaran, bahagian pendaftaran status kesihatan penderma, bahagian jemput tetamu, bahagian menguji tahap glucose darah dan tekanan darah, jurugambar, bahagian PA sistem dan bahagian makanan.
                  Jadual waktu untuk menderma darah adalah dibahagi megikut opsyen. Setiap opsyen diberi satu jam bermula dari pukul 9.30 pagi. Antara opsyen yang menyertai kempen derma darah ini adalah PISMP Sem 5 (Pc, Math, BM, BI), PISMP Sem 3 (Pc, BI ), PISMP Sem 1(Math, BI) dan PPISMP Sem 2(PSV, BM, BI). Selain guru pelatih, guru pensyarah IPG Kampus Gaya juga menyertai kempen derma darah ini.  
                         Pada pukul 3.00petang, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya Puan Lee Yoke Yee telah sampai ke dewan. Sesi penutupan kempen derma darah telah dimulakan selepas ketibaan Puan Lee. Beliau memberi cenderamata kepada 11 orang pihak hospital. Pengerusi BSMM juga memberi basket buah – buahan kepada Puan Lee. Sesi mengambil gambar telah dijalankan seterusya. Pada pukul 3.30 petang, kempen derma darah ini telah ditamatkan. Ahli BSMM mengemaskan dewan dan alatan yang telah dgunakan.




SUKAN RUMAH IPG GAYA





No comments:

Post a Comment