Thursday, 14 March 2013

Marina Mak Nyuk Ting (BIG Fasa 2 )


Aktiviti PISMP Semester 2 (2012)
1. Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2

Refleksi (B.I.G Fasa 2)

            Atas berkat dan kesyukuran Tuhan, saya telah berjaya menghabiskan program Bina Insan Guru (BIG) fasa dua pada 22 September 2012 bertempat di Tamu Donggongon. Sebelum memulakan perjalanan ke sana, saya berasa risau dengan cuaca mendung dan perasaan ini hilang sebaik sahaja saya menaiki bas IPG Kampus Gaya. Perasaan teruja juga menyelubungi saya pada pertama kalinya saya mengunjungi tamu tersebut.

            Sebaik sampai ke destinasi, saya dan rakan-rakan lain ditempatkan di ruang luas dan mendengar taklimat daripada Encik Ladius Emor tentang aktiviti yang bakal dijalankan. Saya berasa gembira apabila sampai ke destinasi dengan selamat. Pegawai berkuasa tempatan, Encik Albert juga mengambil masa untuk memberi taklimat ringkas tentang pekan Donggongon dan kawasan tamu. Seorang pegawai, Cik Nomi juga memberikan taklimat tentang Kempen Anti Kutu Sabah (KAKS) yang bertujuan untuk menangkap dan memerangi orang yang membuang sampah atau mengotorkan kawasan pekan. Taklimat yang diberikan oleh mereka amat memberi inspirasi dan rangsangan kepada saya. Usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan amat memberangsangkan saya untuk bersungguh-sungguh dalam membuat kerja pembersihan.

Maka, selaras dengan program BIG yang ditetapkan dalam kursus PISMP, saya menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang berbentuk kerja pembersihan kawasan tamu. Pembahagian kumpulan dijalankan mengikut opsyen kepada lima kumpulan. Alat pembersihan juga dibekalkan, termasuklah penyapu, penyodok, cangkul, plastik sampah dan lain-lain. Melalui kerja mencabut rumput di kawasan jalanan, saya berasa penat tetapi seronok disebabkan dapat mencantikkan lagi kawasan jalanan tersebut. Melihat rakan lain bertungkus-lumus untuk menyiapkan kerja, saya juga membantu mereka atas kesungguhan mereka. Saya pernah mengangkat cangkul dan penyodok tetapi menggunakan alat-alat tersebut turut memenatkan saya. Namun diri saya juga dapat mencepatkan proses kerja dan melatih otot tangan. Bak kata pepatah, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Saya juga menyedari bahawa usaha yang kecil namun jika dikumpulkan akan menjadi satu usaha yang besar dan bermakna dalam melindungi muka bumi ini.
           
Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, saya berpeluang merasai budaya dan kehidupan masyarakat tempatan. Sikap ramah mesra yang diamalkan oleh mereka amat menyenangkan dan memberi iktibar kepada saya. Pemerhatian yang didapati daripada mereka menekankan kepada interaksi penduduk yang berbeza kaum amat mengharukan saya. Kerjasama antara ahli kumpulan dan antara kumpulan juga melancarkan kerja pembersihan. Sikap toleransi dan tolong-menolong amat penting untuk menjayakan sesuatu program. Demikianlah dengan nilai kesabaran yang dicerminkan melalui ketahanan guru pelatih untuk bekerja di bawah panas terik matahari. Saya juga menikmati suasana bekerja yang ceria dan aktif dengan seronoknya. Pengalaman dan perasaan ini amat berharga kepada saya untuk menimba pengalaman hidup dan menambah kematangan saya untuk menguruskan aktiviti sebegitu di masa depan.

            Saya juga menghargai layanan masyarakat tempatan, terutama senyuman yang dilemparkan dan penyediaan makanan kepada saya. Apabila melihat mereka berasa puas hati atas kawasan tamu yang menjadi lebih bersih, ini telah menjadi kepuasan saya. Walaupun peluh dan kepenatan menyelubungi saya, saya tetap berasa berbaloi untuk menyumbangkan tenaga dan masa demi kebersihan dan imej kawasan tamu serta pekan Donggongon. Saya berharap dapat terus melibatkan diri dalam usaha khidmat masyarakat di tempat lain. Semua usaha yang dijalankan diharapkan dapat mengurangkan sampah dan meningkatkan tahap kebersihan alam sekitar.


2. Pameran & Seminar Literasi Bahasa Melayu






2.

Aktiviti PISMP Semester 3 (2013)
1. 新春联欢会 
- 手语表演



2. 书法比赛

3. Program 'My Beautiful Malaysia Day' 

- Mengikuti unit beruniform Pandu Puteri Kadet mewakili IPG Kampus Gaya 




No comments:

Post a Comment

Post a Comment