Sunday 17 March 2013

10. KEW MEI QI SEMESTER 2


 BINA INSAN GURU FASA 2
Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan mulia dan insane guru adalah Pembina genaradi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Jesturu, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui program yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolah ke arah pembangunan diri sebagai insa guru secara berterusan. Program ii diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Pada semester ini, kami dikehendaki menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Pada 22 September 2012, kami telahpun menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) fasa ke-dua. Program BIG kali ini dilaksanakan di Tamu, Donggongan dengan melibatkan seramai 120 orang guru pelatih yang terdiri daripada gabungan lima opsyen iaitu PISMP PC1, PISMP PC2, PISMP TESL G.1, PISMP TESL G.2 dan PISMP TESL G.3 Ambilan Januari 2012 yang diiring oleh tutor masing-masing. Saya berasa bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada program BIG ini.
Melalui program ini, saya sedar bahawa guru-guru haruslah sentiasa prihatin dan mencuba untuk memenuhi keperluan fisiologi murid-muridnya. Hal ini demikian kerana pada hari tersebut, kami dihendaki untuk berkumpul di perkarangan letak kereta seawall 6.30 pagi. Oleh itu, saya telah bergegas ke situ tanpa memakan sarapan pagi. Namun, apa yang saya berasa terharu ialah pihak pengurusan program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan menyediakan sarapan pagi untuk kami. Daripada insiden ini, ia memberikan iktibar kepada saya bahawa apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya harus mengambil berat keperluan fisiologi murid saya agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Penyediaan makanan sarapan pada pagi tersebut diibaratkan suntikan semangat yang kental bagi saya untuk melakukan yang terbaik pada hari tersebut.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang dedikasi dan sanggup berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-apa sahaja yang diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid kita. Apabila kami sampai ke destinasi kami, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kumpulan yang pertama ialah menyapu sekeliling tamu, kumpulan yang kedua dan ketiga pula diamanahkan untuk membersihkan rumpat-rumput manakala kumpulan keempat dan kelima ialah membersihkan longkang.  Saya berasa sangat terharu apabila semua peserta termasuk saya menerima apa-apa kerja yang diamanahkan kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup berkhidmat untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus berkorban apa jua, sama ada masa , tenaga, jiwa raga dan sebagainya untuk kebaikan dan masa depan murid-murid.
Sesungguhnya, program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 ini telah meninggalkan banyak kesan terhadap diri saya. Seperti mana yang kita sedia maklum, program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.
Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental, rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Melalui program ini, semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan saling tolong menolong antara guru pelatih telah berjaya dipupuk. Contonya, kami telah membersihkan kawasan tamu Donggongan secara berkerjasama. Secara tidak langsung, hubungan kami antara satu sama lain akan makin bertambah rapat, akrab dan kukuh. Makanya, saya menyedarkan bahawa seorang seorang manusia yang hidup dalam kumpulan dan komlopok, kita haruslah memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan kami tanpa mengira kaum, bangsa dan ras.
Daripada pergaulan dengan guru-guru pelatih yang berasal dari kumpulan lain sepanjang program khidmat masyarakat ini, kami berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam mengenali masalah yang dihadapi, amalan budaya dan tradisi mereka, cara pergaulan mereka dalam kumpulan mereka dan sebagainya. Walaupun masa pergaulan kami dengan kumpulan-kumpulan lain hanyalah selama setengah hari sahaja, namun kami berharap agar kami dapat bersama dengan kumpulan mereka lagi dalam program khidmat masyarakat yang akan diadakan pada masa yang akan datang. Makanya jurang di antara pelajar opsyen PC dan TESL dapat dieratkan.

Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.
Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.
Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun. 


PERHIMPUNAN DIJALANKAN SEBELUM MENJALANKAN  AKTIVITI KHIMAT  MASYARAKAT

MENCANGKUL RUMPUT 
BERSARAPAN SELEPAS BERGOTONG-ROYO



文化传承耀佳雅 

Transformasi Budaya, Apresiasi Warisan

 2012
BERGAMBAR DENGAN AJK-AJK

PERSEMBAHAN TARIAN


MALAM BUKA PUASA DI SURUA IPG KAMPUS GAYA





No comments:

Post a Comment